Showing posts with label No Comments. Show all posts
Showing posts with label No Comments. Show all posts

Friday, 30 May 2014

satu hari yang terrrrrrrrsangat sibuk...

satu hari yang sangat sibuk semalam..

awal pagi selepas subuh dah mencari Geran keta..

jenuh mencari selongkar semua kotak2

cari dalam kereta..

cari lagi sekali dalam kotak.. akhirnya jumpa Geran2 tersebut..

pukul 8.30 pagi start Cik Perak dan drive ke Proton Servis di Pusat Industri Selaman..

selalunya Cik Perak aku hantar di ABP Proton Servis di Presint 14..

tapi semalam tak sempat nak booking.. jadi ke Industri Selaman je la kali ni..

selesai servisb Cik Perak dah pukul 11..

aku ke Bangi Utama @ Warta Bangi..

kat belakang tu ada satu Agen Etiqa Takaful @ Agensi Khiron..

aku suka pegi sini sebab dia ada mesin MyEG..

so beli insuran keta-keta tu dan terun print RoadTax..

bayar je la amaun yang dikehendaki..

janji settle..

jam dah kul 12,

amik isteriku dirumah dan terus shoot ke PPUKM..

aku kena sampai kat kaunter sebelum kul 1 sbb nak amik no giliran awal utk sesi sblah petang..

alhamdulillah sedikit rushing tapi berjaya gak dapat nombor awal untuk sesi petang kul 2 tu..

selesai urusan di PPUKM aku lapar teramat..

sebab isteriku nak beli kasut, apalagi singgah mines la..

selesai urusan dia beli kasut baru pi makan..

makan kami tak memilih sangat..

cuma semalam teringin nak makan pizza..

ke pizza hut la petang semalam dalam mines tu..

selesai pizza hut baru la nak cari baju aku..

aku dah bertahun tak membeli dan belah baju terutama baju2 kerja..

so semalam jalan punya jalan punya jalan singgah di butik Chardon..

aku geramkan jacket Chardon tu sebab 1 saiz besar dia ada..

2 sebab harga dia RM109 je..

eh..eh.. RM109 tu untuk 2 helai encik...

waaaa... terus tak tunggu lagi aku sambar 2 helai jacket dan 5 helai kemeja lengan pendek..

kesemuanya 50% off...

hehehe.. sekali beli ambik kau...

selesai mines aku singgah jap taman impian ehsan..

jengah orang tua..

lepas tu baru la balik rumah...

sibuk....

fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

baru dapat menarik nafas...




Tuesday, 21 May 2013

.........

demmit... 




masuk ni dah 3 4 draf aku tong sampahkan..

nak bercerita tak tahu dari mana nak aku mula..

nak berkongsi tak tahu dengan siapa nak mendengar..

mungkin aku perlu lebih kerap mengadu denganNya..






kerana hanya Dia yang Maha mendengar...


Sunday, 12 May 2013

Ku Terima Seadanya...

nak posting dan sharing something tapi fikiranku buntu..

dah ada draf something but finally decided not to post it becoz nak kurangkan post yang macam mintak simpati..

bukan lah nak mati sangat dah..

dan bukan la nazak atau desperado..

sharing something nice lebih baik right??

tapi tu la...

banyak benda happened to me BUT aku terus terang cakap sangat2 buntu..

buntu nak cerita yang mana satu..

cuma apa yang aku boleh share ialah..

kalau kita benar-benar mahukan sesuatu.. Go For It..

Usaha sungguh-sungguh, doa dan bertawakkal..

sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Pemurah..

Dia lebih tahu apa yang nak diberikanNya kepada kita..

jika Dia kata jadi, maka jadilah..

jika ianya sudah tertulis rezeki kita, maka terimalah dengan sebaiknya..

never-never-never doubt dengan segala pemberianNya..

apapun life must go on as usual..

bak kata dalam meeting management kat opis aku.. BAU..

Business As Usual..

tak rugi dan tak untung apa-apa pun..

cumanya kita pasti macam rasa kekurangan kan..

nak buat macamana..

terima sahajalah ketentuanNya....









Monday, 18 June 2012

Selamat Hari Bapa.. Hello... Dah buat salah mengaku je lah.. Ganti balik pasu bunga aku.. susah ke nak minta maaf??


Selamat Hari Bapa?? hehe.. Tak ada makna bagi aku.. Sebab aku bukan seorang bapa.. sampai bila?? entahlah.. mungkin dah rezeki aku setakat ni agaknya.. apapun tak ada apa nak dikesalkan.. cuma hidup perlu lebih tabah.. bila dah umur macam ni rakan2 sebaya asyik duk bercerita anak dah ke sekolah menengah, masuk asrama, dan ada yang dah nak ke menara gading.. namun aku.. hmmm....  Anyway.. arini aku habiskan masa di "kebun" di dengkil dan sebelah petangnya aku ke balakong sambil membawa Satay Willy Sg Ramal kepada  mak dan abah.. Alhamdulillah mak suka satay tu cuma abah dah biasa makan lambat so response abah aku tak tahu la pulak..



apa lak ceritanya ni.. hmmm.. agak panjang namun biarlah aku ringkaskan serba sedikit je ye.. hari rabu lepas waktu aku balik kerja aku terperasan something kat depan rumah aku.. tetiba ada kesan tanah merah dan aik.... mana pergi pasu bunga aku lagi satu?? sahlah dah ilang atau pecah sebab kesan tanah merah tu bersepah kat area pasu bunga yang tinggal.. ok lah.. mari kita mengira ya.. hari rabu sampai hari ahad kira dah berapa hari?? 5 hari kan?? selama 5 hari itu jugaklah tiada orang atau jiran yang datang dan bagitahu dia terlanggar pasu bunga tu.. so memo kat atas tu hari jumaat lagi aku dah prepare.. dan aku sanggup tunggu hingga hari ahad baru nak tampal memo tu.. ni gambar kat bawah ni aku tampal memo tu kat depan pintu pagar rumah aku..


Guys.. aku ni bukan la jenis kedekut tahi idung masin aka Haji Bakhil.. Pasu bunga tu kalu aku nak beli lagi dekat 100 bijik pun aku masih mampu.. yang aku agak bengang ialah... mengapa kita kalau dah rosakkan hak orang tak nak ganti atau berterus terang bagitahu kepada tuan punya.. apa ingat harta orang tu harta kita ke??

FYI, aku pun bukan nak kecoh-kecoh sangat pasal pasu bunga yang tak seberapa pun cuma aku nak orang yang bertanggungjawab tu mengaku dan ganti balik pasu aku.. itu je.. aku ni pun bukan jenis ganggu orang kat taman aku tu.. asal balik kerja je aku duk memerap kat rumah layan kucing aku lagi bagus.. DAN.. sebenarnya aku tahu siapa punya kerja yang pecahkan pasu bunga aku tu.. tak lain ialah jiran *tuuuu* rumah aku jugak.. aku nak tengok sampai bila dia tak nak mengaku.. malam sebelum kejadian memang kereta dia yang parking kat depan pasu bunga aku tu dan aku juga ada 2 - 3 orang saksi lain yang nampak kejadian dia bawak cangkul dan bersihkan sisa pasu bunga yang pecah tu.. best tak?? siap buangkan pasu yang pecah sebab takut aku nampak.. wakakakakakaka...

Tak pasal-pasal student Uniten yang duk menyewa depan rumah aku berjumpa dengan aku masa aku sampai rumah petang tadi.. belum sempat diaorang bukak mulut sebab takut aku tuduh diaorang, aku cakap kat diaorang aku dah tahu siapa yang pecahkan pasu bunga aku dan aku cakap kat diaorang aku tak tuduh diaorang.. diaorang juga turut nampak pelaku ada bawak cangkul bersihkan sisa pecahan pasu bunga tu.. so... nak cakap aku serkap jarang ke?? tak kan?? saksi ada 2 - 3 orang kan?? 



tak mengapalah.. aku akan tengok sampai bila pesalah tu nak berdiam diri.. gentleman la.. kalau dah salah mengaku je la dan mintak maaf.. susah ke?? jangan sampai aku mengamuk.. pernah tengok aku mengamuk?? better jangan lah..


Friday, 23 March 2012

Perangai Yang Macam Taik...

fact is fact..

kalau benda dah tak betul selama ni takkan kita nak teruskan selamanya..

semalam merupakan satu hari yang agak panassssss....

bermula dengan event biasa yang dinamakan perhimpunan pekerja..

setelah semua selesai macam biasa ada jamuan makan diadakan..

makan punya makan punya makan maka kita pun kenyanglah..

terperasan juga ada sorang kakitangan kontrak berjalan berlenggang keluar dari kantin

dalam hati aku bertanya jugak, aih... mamat ni tak makan ke??

selalunya dia musti makan..

rupanya ada cerita disebalik mengapa mamat tu tak makan tadi..

mamat tersebut tengah beratur nak mengambil makanan namun..

tiba-tiba beliau telah diberitahu supaya tidak makan makanan yang disediakan..

alasannya makanan tersebut hanya untuk staff..

aku mula-mula terfikir mungkin makanan tidak mencukupi..

jadi mungkin atas alasan tersebut beliau tidak dibenarkan makan..

selasai makan aku masuk kedalam ketempat hidangan makanan,

YaAllah.. terus darah aku menyirap..

lauk pauk semua ada banyak lagi..

dan ada segolongan manusia sedang scavenge lauk pauk tersebut..

hati ku mula berbelah bahagi..

ya betul rezeki ada tak baik membazir namun..

kalau ada orang lain yang tak dibenarkan makan dan majlis masih belum tamat..

boleh kah kita atau sopankah kita untuk membungkus makanan yang dihidangkan??

perkara masih panas dan aku buat komen di FB..

mungkin agak sedikit provokatif namun niatku bukan nak menembak sesiapa

seperti biasa setelah di Fb sudah tentu ramai yang membacanya..

datanglah seorang insan yang tidak bersetuju dengan tindakan aku..

sekali lagi aku terangkan dan nyatakan bukan niatku nak mengenakannya..

aku menyalahkan sistem yang telah wujud sekian lama..

mengapa bila ada function hanya staff yang diberikan makanan?

berapa sen lah sangat nilai makanan dengan harga pengorbanan serta titik peluh kakitangan kontrak yang selama ini membantu memajukan tempat kerja?

mengapa mereka dinafikan hak untuk makan bersama kita??

adakah mereka manusia kelas kedua sehinggakan hanya dibenarkan makan setelah staff selesai makan??

YaAllah.. mereka juga manusia dan BUKANnya BINATANG..

aku kat rumah sendiri kadang-kadang pastikan kucingku makan terlebih dahulu barulah aku makan inikan pula tempat kerja yang gah dengan semangat team work dan pelbagai serta inisiatif namun bab-bab kemanusiaan seperti makanan dan free gift seperti menjadi rebutan?

pernah ke kalau kita pergi ke satu jamuan, kita tidak dibenarkan makan?

ataupun kita hanya dibenarkan makan setelah tuan rumah selesai makan??

Shit!!!! cubalah letakkan diri kita ditempat mereka..

undang-undang buatan manusia dan bukannya Hukum Allah..

so bertimbang rasa lah sedikit..

itu sebabnya jika selama ini amalan yang telah kita amalkan itu tidak betul,

adakah kita nak teruskan amalan tersebut??

masa untuk berubah.. sampai bila kita nak melayan pekerja kontrak kita sebegitu rupa?

dalam hati kalau kita dah tersimpan niat nak bawak balik lauk pauk sebelum kita datang ke majlis tersebut... eloklah berubah...

tak terasa berdosakah kita sedang orang lain tidak dibenarkan makan dan kita pula mengambil hak mereka??

makanan jangan dibuat main.. ia menjadi darah daging dan keturunan..

so janganlah disalahkan anak cucu serta keturunan kita sekiranya mereka juga bertindak seperti itu dilain masa sekiranya kita masih tidak sedar dan berubah..

YaAllah aku sungguh malu dengan perangai manusia sebegitu..

semoga aku tidak tergolong didalam golongan tersebut..




Tuesday, 10 January 2012

lerrrrrr....

entah.. tak tahu apa aku tengah rasa sekarang..

pelik ada, musykil pun ada.. whatever lah..

tak mengapalah..

kalau dah tak nak jawab nak buat macam mana..

penatlah..

aku pun umur dah berapa nak layan karenah pelik-pelik ni..

kalau ada kesempatan fikirlah sendiri..

kalau rasa ini semua salah aku, maka teruskanlah tindakan sebegini..

tapi kalau rasa salah sendiri, aku tak suka nak marah-marah pun..

macam aku cakap tadi.. aku dah penat..

penat nak marah-marah..

penat dengan komen-komen negatif..

penat nak layan ini semua..

mean time aku nak senyap dan bersendiri..

nokhtah...

Tuesday, 27 December 2011

140/100 dan PHD





Tak pernah aku rasa macam ni.. Dah masuk hari ketiga dari hari rabu haritu aku rasa tengkuk aku tak sedap. Aku tahu Blood Pressure (BP) aku naik dan itu adalah symptom yang aku akan dapat setiap kali BP aku naik meroket macam tu.. Aku nak rehat, kerja aku tengah banyak dan boss aku pulak bercuti, so kalau aku pun hilang dari opis jadi macam tak best la pulak. Nak tak nak aku pun terusla bekerja walaupun BP aku tu macam dah tak ada hari lain nak naik.. Yang peliknya setahu aku BP aku tu mudah je nak dipujuk untuk turun balik ketahap yang selamat, namun kali ini lain sungguh.. Sudahnya jumaat haritu aku pun jumpa lah doctor, nah amik kau.. 140/100 tinggi (normal 120/80)..

Sebabnya?? Aku tahu BP aku naik ni adalah semata kerana kerja dihujung tahun yang melambak dan mengejar Date Line membuatkan aku agak stress.. Masalah lain rasanya tak ada.. So dipendekkan cerita cuti hujung minggu aku habiskan dengan duduk dirumah dan tidur sahaja. Masuk hari ahad BP bertambah baik maka dapatlah aku kekebun di Dengkil. Isnin masih cuti dan pagi BP naik sedikit namun sudah kubalas dengan tidur dari pagi hingga ke pukul 5 petang. Alhamdulillah BP kembali pulih seperti sediakala.

Aku nak bercerita sedikit mengenai orang kita.. yelah, sape lagi kalau bukan orang melayu.. Aku ni bukanlah baik sangat atau dalam erti kata lain full dengan manners, tapi sejak kecik lagi mak dan abah aku dah ajar mengenai adab dan sopan serta pendidikan sivik.. Mana tak nya.. kalau aku agak kurang ajar je, rotan, penyapu malah hanger bajulah yang akan hinggap kat belakang badan atau kaki aku.. tu sebab aku x suka pakai seluar pendek weh.. satu malu sebab kesan kena belasah dulu2 ada lagi yang tertinggal kat tubuh aku dan satu lagi sebab aurat daa… apa dah besar panjang tak kan mak ayah korang yang nak tanggung dosa korang..

Ceritanya, orang kita ni aku sungguh, sungguh, sungguh, sungguh, sungguh tak faham.. tak faham sebab bila kita dalam sesuatu musibah atau kesusahan je mengapa pulak nak ditambah2 dengan ayat-ayat atau kata-kata negative dari diaorang nih.. Tak boleh ke kalau kita tahu orang tu dalam kesusahan atau musibah kita bagi sokongan moral dan support mereka dengan kata-kata yang membina, mendoakan kebaikkan malah membantu semana yang termampu. Ini tidak.. asal kita susah je ditambah la pulak dengan ayat-ayat atau kata-kata yang korang rasa nak lempang je orang yang bercakap tu.. contohnya.. “Itulah kamu, lain kali bla, bla, bla..”, “Apa la nak jadi dengan kamu ni.. bla, bla, bla…”, “ Aku dah kata, kau tak mahu dengar bla, bla, bla” dan bermacam-macam lagi kan?? Ala korang sure pernah dengar sendiri kan..

Aku berpendapat either orang melayu kita ni memang kuat hasad dengkinya ataupun memang dari kecik mak abah diaorang tak ajar mengenai moral support ataupun kata-kata manis ni.. Moral support ni kalau diikutkan adalah satu bentuk doa, satu bentuk galakan, satu bentuk bantuan yang kita sendiri tak Nampak tetapi kesannya sangat positif kepada mereka yang mendengarnya ataupun ditimpa musibah.. Satu lagikalau dah tak tahu sangat nak komen apa, bukan ke lebih baik kita berdiam diri… Memang benar, bila kita banyak bercakap kita akan mudah tersalah cakap dan berdiam diri itu ada kalanya sangat bagus..

Aku nak tambah lagi satu lagi cerita yang aku dapat tahu dari seseorang dan dari apa yang aku alami dari suatu tempat.. Aku dengar dan tahu kisah ni buat aku rasa simpati sangat dengan seseorang yang aku dah anggap seperti adik aku.. Betapa dalam baik ada buruk, dalam senyum ada tersirat suatu kebencian, dalam diam penuh dengan gelora dan semua tu hanya lakonan semata dan ibarat ditikam dari belakang aku rasa sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sedih, simpati, bengang, lakonan, dan senyum yang dibuat-buat bertambah ketara setelah dimaklumkan tentang penyingkiran.. huh.. alasan yang bodoh nak digula-gulakan sebagai alasan untuk disingkirkan.. Busuknya hati padahal diri sendiri pun pernah sakit kronik yang tidak ada tanda bakal sembuh.. masih tak tahu itu merupakan petunjuk dari Allah?? Bertaubatlah sementara masih sempat.. Yang menikam dari belakang tu hentikanlah kepura-puraan mu.. Aku naik menyampah dan meluat.. huh.. semua ni merupakan satu konspirasi besar.. Tak mengapalah adikku.. kau bersabarlah.. Rezeki Allah masih luas terbuka di merata mukabumi ini.. Hanya satu sahaja, selagi abangmu masih disitu kau akan mendapat sokongan yang tak berbelah bahagi dariku.. Itu janjiku..

Tuesday, 6 December 2011

Suatu petang di Bus Stand mengadap MINLON..


Mengambil isteriku di Hentian Komuter Serdang merupakan tugas wajib setiap hari..

Disebabkan hari ini komuter agak lewat maka aku mengambil keputusan untuk menunggunya di hentian bas berhadapan bangunan Minlon..

Sementara menunggu aku menyalakan bekalan “oksigen”ku sambil duduk dihentian tersebut..

Sambil menyedut bekalan “oksigen' tersebut aku menikmati pemandangan kereta lalu lalang serta gelagat orang dipersekitaran. Dari kejauhan aku terlihat kelibat satu makhluk Allah yang satu ni.. Dengan rambut yang agak tak terurus, berbaju T dan berseluar pendek.. Seluar pendeknya agak lain macam sedikit bila kuamati dari jauh.. Kelibatnya kulihat semakin hari semakin dekat dengan tempat aku duduk dan akhirnya dia duduk disebelahku.. Ya Allah.. Dia hanya pakai seluar dalam sahaja rupanya.. Patut la nampak begitu lain macam kelihatannya dari jauh.. Ok.. Dengan hati yang tenang serta menenangkan diri aku teruskan menyedut “oksigen” tersebut sambil buat tak tahu sahaja dengan gelagat makhluk Allah tersebut.. Sekali sekala aku lihat dia memandangku dan bekalan “Oksigen” yang ku sedut..

“Mintak rokok tu..” katanya memulakan bicara..

Aku: “Nah..” Rokok yang berbaki tak sampai suku tersebut aku serahkan kepadanya..

Makhluk Allah: Senyap dan terus menyedut “oksigen” yang ku beri..

Aku: “Kenapa tak pakai seluar?” tanyaku kepadanya..

Makhluk Allah: Senyap tanpa berkata apa-apa..

Makhluk Allah: “Nak pegi mana?” dia pulak bertanya kepadaku..

Aku: Tanpa menjawab soalannya aku tanya semula “Kenapa tak pakai seluar?”

Makhluk Allah: Mungkin sebab agak berang dia menjawab “Mana boleh!!” “Diaorang kan ahli keluarga aku nanti…. Bla.. bla.. bla..

Aku: (kataku dalam hati)Ah.. lain aku tanya lain pulak dia jawab… pastu dia terus membebel tanpa aku ketahui buah butir apa yang dikatanya.. Aku capai sebatang lagi rokok dan terus aku serahkan kepadanya memandangkan “oksigen” yang tadi dah nak habis pun semasa aku serahkan kepadanya..

Sambil beredar dari situ memandangkan isteriku hampir tiba di komuter aku pesan padanya.. “Simpan rokok tu..”

Terus aku tinggalkannya dan bergerak kearah kenderaanku.. Sambil masuk kekeretaku dari anak mataku, aku perasan dia mengekoriku sehingga ke sebelah pemandu.. Tiba2 kedengaran cermin keretaku diketuk olehnya.. “Nak apa??” tanyaku kepadanya..

“Mintak 2 Ringgit nak buat tambang bas..” pulak dah.. aku turunkan sedikit cermin dan capai 5 ringgit dan terus serahkan kepadanya.. “Terima kasih bang” Aik.. Boleh pulak ucap terima kasih?? Kataku dalam hati sambil beredar dari situ…

Sunday, 13 November 2011

dipersimpangan....



hmmmmmm... macam mana nih???

Ya Allah.. kuatkan semangatku..

kekalkan imanku..

berilah aku petunjuk..

didalam pemilihan ini...

Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui..


Tuesday, 1 November 2011

hmmmmm.. could this be real??

Kill 'Em All and Ride the Lightning (1983–1984)

Master of Puppets (1984–1986)

...And Justice for All (1988–1990)

Metallica (1990–1993)

Load, ReLoad, Garage Inc., and S&M (1994–1999)

Napster controversy (2000–2001)

St. Anger (2001–2005)

Death Magnetic (2006–2011)

Lulu and Untitled Tenth Studio Album (2011–present)




Studio albums


Band members

Current members

Former members

Timeline




Awards

Grammy Awards:[150]

MTV Video Music Awards:

American Music Awards:

  • 1996: Favorite Artist: Heavy Metal/Hard Rock: Metallica – Load
  • 1996: Favorite Metal/Hard Rock Song – "Until It Sleeps"

Billboard Music Awards:

  • 1997: Billboard Rock and Roll Artist of the Year – Metallica (RIAA Diamond Award)
  • 1999: Catalogue Artist of the Year – Metallica
  • 1999: Catalogue Album of the Year – Metallica

Kerrang! Awards:

  • 2003: Hall of Fame – Metallica
  • 2003: Best International Band – Metallica
  • 2004: Best Band on the Planet – Metallica
  • 2008: Inspiration Award Winner – Metallica
  • 2009: Best Album – Death Magnetic

Saturday, 6 August 2011

RM24.5 Million Blue Diamond???







huhuhu....

Thursday, 14 July 2011

orang tua, rumah perlindungan, bekas masjid, emosi, gangguan mental, 100 hari sebelum...., ditinggalkan dan keikhlasan


hmmmm..

macam pelik kan entri aku kali ini??

al kisah...



semalam buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ku ke rumah jagaan orang2 tua..

actually ini adalah salah satu program CSR yang opis aku jalankan..

sedikit happy pasal ini kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke rumah jagaan orang2 tua..

sedikit sedih kerana program sebegini seringkali tidak diminati oleh golongan muda..

sedikit terharu kerana melihat keadaan yang agak daif tempat tersebut..

sedikit terhibur bila dilayan mesra oleh penghuni2nya..

sedikit insaf bila mendengar kisah2 yang terjadi disebalik tabir..

sedikit marah kerana telah 10 tahun namun bantuan yg diharapkan hanya menjadi impian..

sedikit dan segala sedikit aku boleh huraikan namun apakan daya..




kata kata dari penjaga "Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti" sangat menyentuh jiwa dan sanubariku..

"Sekarang masa mereka... Mana tahu satu hari nanti rumah ini kita pulak yang menghuninya.."

tersentak.. menyentuh jiwa..

namun itulah hakikat..

walau pahit namun itulah kenyataan..



ada anak tetapi anak tidak peduli..

ada anak tetapi anak tergamak meninggalkan ibubapanya di hentian bas..

ada anak tetapi anaknya meninggalkan ibubapanya kerana tiada keuntungan yang didapati daripada menjaga orang tuanya..

ada anak tetapi anaknya merasa malu kerana ibubapanya cacat..

ada anak tetapi anak2 menginaya kedua ibubapanya..

ada anak tapi serupa macam tiada anak..

ada anak tapi lebih baik tiada anak jika sedemikian rupa..



itu baru sebahagian daripada kisah suka duka mereka yang sempat aku dengar..

2 jam aku rasakan terlalu cepat berlalu namun cukup untuk menyedarkan aku..

membuat aku rasa sedih..

membuat aku rasa terharu..

membuat aku hampir menitiskan air mata..

kesimpulan yang dapat aku simpulkan ialah..

sayangilah kedua ibubapa selagi mereka masih bernyawa...




yang membuat aku terhibur ialah bila melayan gelagat penghuni disitu..

daripada "Pakcik Garang", "Pakcik Manja" dan berpuluh lagi penghuni disitu membuat kita mengingatkan kembali kepada kedua ibu bapa kita..

Lawatan sesingkat ini pasti akan aku sertai lagi jika ada kesempatan..

insyaAllah..


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin