Showing posts with label OUM. Show all posts
Showing posts with label OUM. Show all posts

Monday, 5 September 2016

Setahun 8 bulan yang dah berlalu...

14 dan 15hb Ogos 2016 lepas tarikh aku Final Exam dan Final semester di OUM. 
abis dah study MBA aku kat OUM.
amik sebab memang nak ambik dan rasa tercabar dengan keupayaan diri membuatkan aku sambung MBA.
start kelas dulu Jan 2015.. abis Ogos 2016.. not bad.. kira mencabar jugak MBA nih..
syukur alhamdulillah walaupun banyak cabaran dan dugaan terutama pada SEM 3 dan SEM4 yg lalu.
SEM 3 aku kena Chicken Pox.. lebih kurang 3 minggu sebelum final..
lucky sempat gak chicken pox tu kering dan aku amik peksa kat dewan OUM bangi.
SEM4 pulak aku kena Lung Infection jugak 2 minggu sebelum final..
1st paper aku tu aku belum discharge dari Az Zahrah.. 
nasib doktor sporting dan memahami.. dia release aku pagi tu amik exam..
aku juga bernasib baik kerana berjumpa dengan member satu kepala masa studi MBA ni..
Ahmad Fardeela, Shahril dgn Bro Amir.. dengan depa ni la kami kerap berdiskusi, studi, merapu, melepak kat McD sambil studi dan discuss dan lain2..
depa ni jugak datang wad aku studi masa aku kena Lung Infection SEM 4 dulu..
(nnt aku up gamba masa studi dalam wad eh..)

Syukur.. aku sebenarnya nak buktikan yang semua org mampu belajar dan boleh belajar..
Alhamdulillah dah habis pun study aku.. 


ni dengan Ahmad.. future Dr. ni..



as promise.. ni gamba masa study kat AzZahrah..

Saturday, 30 May 2015

Assalamualaikum dan Salam Kembali..

diam x diam dah 3 bulan jugak aku x masuk dunia blog ni..

seperti diketahui, aku sambung belajar amik master business administration..

so nak dapatkan rentak sambung belajar sambil bekerja ni amik masa jugak

sedikit tak teratur hidup aku sebab bila balik kerja aku dah kepenatan..

so masa bilanya aku nak paksa diri aku utk belajar?

kadang-kadang terlintas.. mengapa sekarang..

aku bidas balik mengapa tidak?

aku bersyukur ditemukan dengan rakan-rakan yg terbaik..

Shahril, Ahmad, Bro Amir dan Aku..

selalunya duk lepak kat library OUM Bangi tu kami la..

masa berlalu pantas.. setelah belajar kami pun peksa..

peksa merupakan satu perkara yang aku paling tak minat..

namun terpaksa jugak menempuhnya kerana itu sahaja satu-satu cara untuk mengukur kefahaman

habis peksa start dah kelas baru namun result yang keluar baru 2 paper je..

IT dan Economic aku score B dua-dua..

BMOM punya result tak keluar..

kelas semester 2 pun bermula..

dan tiba-tiba result BMOM keluar dan aku score A-...

cukup dah bagi aku kerana pengorbanan aku berbalas..

syukur padamu Ya Allah..







Monday, 2 February 2015

Cabaran Bermula...



sabtu dan ahad kebiasaannya selepas solat subuh aku akan kembali hibernate

namun sabtu lalu taklimat penting akan berlangsung pada hari tersebut

makanya selepas solat subuh terus siap2 dan cari apa barang keperluan yang patut..

pencil case aku yang lama, note pad atau kertas A4 dan lain2 barang

kul 8 dah sampai kat OUM dan terus masuk ke dewan taklimat

taklimat berlangsung dgn lancar sehinggalah kul 4 petang

then semalam kelas MBA aku dah bermula..

sampai lebih awal dalam 7:45 gi cari roti utk sarapan dan  air minuman..

kul 8 sampai kul 11 kelas pertama, rehat 30 minit.. Org & Business Mgmt

11:30 sampai 2:30 kelas kedua, rehat 30 minit.. IT for Mgr

kul 3 sampai kul 6 kelas ke tiga.. Manegerial Economics

fuuuhhhhh... back to back..

dah lama tak de perasaan macam ni..

tapi feeling dia lain sekarang..

masa undergraduate aku antara student tua.. kikiki..

masa postgraduate ni hampir semua rakan sekelas sebaya..

discussion become a lot easier and fun..

macam2 cerita dan pengalaman diaorang yang aku dengar..

ada yang bernasib baik dan ada juga yang kurang..


anyway semua tu merupakan pembakar semangat aku untuk perjuangan kali ini..

lagi pun bukannya lama...

habis lama pun 2 tahun...

dan lagi satu yang membuat aku untuk belajar ialah..

ni kat bawah ni..


aku dah berjanji dengan diri sendiri iaitu bila abis sahaja belajar ni aku akan sambar sebijik..

dah lama pun aku tak beli something yang besar untuk diri aku sendiri..

nak kata minat dah lama sangat aku gilakan motor ni..

tu pun nyaris je dah tersambar aritu..

tapi bila fikirkan aku kena capai sesuatu dalam hidup ni maka aku lupakan sementara niat tu..

anyway...

insyaAllah.. tak lama dah pun...

sabarlah wahai hati...


Sunday, 18 January 2015

persekolahan bermula sekali lagi..

sejak abis studi part time 2010 yang lalu aku plan nak sambung belajar lagi...

at least sebagai self satisfaction dan juga boleh digunakan untuk masa depan..

new aim sekarang ialah MBA..

maka pencarian tempat bermula kira-kira 3 tahun yang lalu..

cuma nak startnya bila aku masih tercari-cari rentak..

ada beberapa tempat yang aku dah finalised antaranya ialah MMU,OUM dan UPM..

dalam banyak-banyak tempat, OUM ni agak menarik perhatian aku kerana lokasinya yang hampir dengan rumahku sekarang..

maka 2 minggu yang lepas aku mengerakkan diri untuk terjah ke OUM..

sampai sahaja disana aku disambut oleh Timbalan Dekan OUM Bangi..

beliau memberi serba sedikit overview OUM serta program yang ditawarkan..

setelah berpuashati dengan penerangan beliau aku pun terus pulang dengan tersenyum lebar..

semalam aku hadir lagi ke OUM untuk membayar wang pendahuluan untuk sambung belajar..

sekali lagi aku diberi penerangan ringkas berkenaan program yang aku pilih iaitu MBA..

apa yang menariknya.. program MBA tersebut ada Majoring yang aku boleh pilih...

dan besar kemungkinan majoring yang akan aku pilih ialah HRM..

setelah selesai buat pembayaran online mayban2u..

aku pun beredar dari kampus OUM tersebut..

insyaAllah taklimat ialah pada 31 Januari dan kelas bermula 1 Februari 2015..

doakan aku ya... Amin2...







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin