Salam...
Bertemu lagi kita di alam blog..
Syukur Alhamdulillah, aku dah berjaya menamatkan pelajaranku di MMU..
Bukan untuk dibangga tapi sebagai membuktikan orang macam aku juga masih boleh berjaya dan usia tak menghalang untuk kita belajar selagi kita kuat semangat dan mahu mengubah diri kita sendiri..
Aku pernah belajar di UiTM dan aku pernah gagal.. 5 tahun kuhabiskan masa dan berkorban dari segala segi namun akhirnya aku menemui kegagalan.. Adakah aku putus asa?? Tidak.. Sama sekali tidak.. Putus asa bukanlah sebahagian daripada kamus hidup aku selama ini.
Sebaik sahaja mengetahui aku gagal, usaha pertama aku adalah merayu.. Dekan Fakulti Kejuruteraan............ pun sudah aku temui namun akhirnya aku akur iaitu kemampuanku untuk meneruskan pelajaran disana hanya setakat itu sahaja..
Pekara seterusnya yg aku lakukan ialah menenangkan diri aku dan mencari jalan serta peluang untuk meneruskan perjuanganku di mana2 institusi lain.. Akhirnya setelah dalam seminggu berusaha serta mencari2 akhirnya hanya ada 2 tempat yang menawarkan peluang untuk orang2 sepertiku meneruskan pelajaran tanpa bercuti daripada tugas. Ianya penting bagi aku kerana komitment kepada keluarga serta tugas2 yang disandang sekarang tidak mengizinkan untuk aku meneruskan pelajaran secara Full Time.. Ya. Memang Berat... Namun itulah yang aku terpaksa lakukan.
2 tempat tersebut ialah MMU dan OUM. Setelah menimbang2 serta membuat sedikit research maka keputusan dibuat iaitu aku memilih MMU sebagai tempat untuk aku menyambung perjuanganku yang terbantut sebelum ini berdasarkan ianya berdekatan dengan rumah, tempat kerja dan menawarkan peluang yang terbaik untuk orang2 seperti aku..
Pada jumaat yang lepas, itulah tarikh keramat didalam lipatan sejarah hidup aku kerana itulah tarikh terakhir, kertas terakhir peperiksaan aku bagi seluruh pengajian aku di MMU. Terus terang cakap aku jawab paper tersebut dengan tenang dan hati yang sedikit teruja. Yang lagi best, itulah buat kali pertama sepanjang pengajian aku di MMU aku dapat Table Peperiksaan NO 1!!! Ya.. Meja depan sekali dan No 1 didalam Multi Purpose Hall MMU tersebut.. Dan yang buat lagi mengharukan ialah aku memerlukan masa hanya sejam daripada keseluruhan masa peperiksaan paper tersebut iaitu 2 jam. Dah abis jawab, aku semak 2 3 kali dan bila betul2 dah puas hati maka aku angkat tangan dan mintak keluar awal daripada invigilator di dewan tersebut..
Apa perasaan aku eh?? Aku rasa sungguh terharu dan rasa ingin menitiskan air mata namun aku berjaya kekang dan sudahnya hatiku bercampur aduk antara sedih, gembira, terharu dan bersyukur... Perkara pertama yang aku buat sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan ialah menelefon 2 wanita yang sangat penting didalam hidup aku.. Ibuku dan isteriku.. Tatkala aku merasa susah hati, berkecamuk, berdebar-debar semasa menghadapi minggu peperiksaan, kedua2 insan inilah yang banyak menenangkan hatiku.. Memberiku jalan serta ketenangan dan kedamaian bagi aku.. selain mereka aku juga turut menghargai beberapa insan lain yang juga sangat penting dalam hidup aku kerana tidak putus2 memberi semangat dan dorongan kepadaku tatkala aku amat memerlukan.
Yang buat aku bertambah terharu, yang sama badge dengan aku semasa intake June 2006 dahulu hanya aku dan seorang wanita berketurunan Siam iaitu Jeang Nee sahaja yang berjaya menamatkan pengajian mengikut masa yang ditetapkan. Dua orang lagi rakanku yang berbangsa Cina telah tamat pengajian awal 2 semester sebelum aku dan Jeang Nee.. Terus terang cakap, Jeang Nee ni walaupun berbangsa Siam namun masa mula2 bertemu dengannya dahulu mati2 aku ingat dia berbangsa melayu, fasih dari segi pertuturan dan tingkah laku.
Bersaing dengan bangsa lain di MMU ni membuat aku bertambah cekal, kuat semangat dan tidak cepat mengalah. Uncle Wong contohnya tamat pengajiannya sama dengan anaknya yang juga turut belajar di universiti yang sama. Membuat kisah ini bertambah klasik ialah, dia akan menghadiri Graduation Day bersama2 dengan anaknya.. Korang tahu berapa usia Uncle Wong ni? 2 tahun lagi nak Bersara Wajib!!! Pernah ku utarakan soalan apa yang membuat dia ingin sambung study walaupun usianya sudah lanjut.. Jawabnya ringkas....Self Satisfaction.... Aku terus terdiam dan berfikir sejenak... Dari situlah semangatku semakin berkobar2 dan membara.. Jika Uncle Wong boleh mengapa aku tidak?? Dan lagi satu ialah aku ingin buktikan kepada segelintir kecil anak bangsaku yang menganggap Sambung Belajar ni perkara yang susah, tidak mahu memeningkan kepala dan tidak penting kerana telah bergaji yang agak lumayan pada fikir mereka..
Ada ke yang berfikiran begitu atau aku hanya mengada2kan cerita?? Ada...
Perlukah aku untuk untuk menghuraikan lebih lanjut? Hmmm... Tak perlulah rasaku.. cukuplah sekadar aku ingin berkongsi dengan semua yang aku PERNAH GAGAL namun AKU TIDAK PATAH SEMANGAT dan aku berjaya akhirnya menamatkan pengajian ku setelah 9 tahun (di 2 Universiti).. Sekali lagi ingin aku katakan bukanlah aku ingin riak serta takbur, namun sebagai menjadi pengajaran dan pedoman kepada anak bangsaku yang lain bahawa JANGAN PUTUS ASA dan JANGAN PATAH SEMANGAT jika anda gagal... Kegagalan bukanlah penamat buat segalanya.. Jadikanlah ia sebagai pembakar semangat serta berusahalah dengan lebih gigih serta cekal demi masa depan dirimu serta bangsaku... Bangunlah serta sedarlah... Ketika bangsa kita melayu sedang leka tidur, sibuk ber"Face Book", Mengutuk sesama bangsa sendiri, Cepat terasa, Low self Esteem, Low Morale, Tahu nak Melawan, Membangkang, Iri Hati, Dengki Khianat pada bangsa sendiri, Dendam tak sudah2 walaupun kemaafan dipohon, Berbangga dengan perkara duniawi, dan seribu macam perkara lagi... bangsa2 lain sibuk menimba ilmu, menajamkan fikiran, memadatkan minda, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, sambung belajar, berusaha bersungguh-sungguh, berkorban harta dan masa demi kemajuan bangsa mereka...
Kita??
Adakah mereka yang kita fikir nampak bijak ni sebenarnya bijak?? Ya aku akui ada yang bijak, ada yang tiap semester dapat Anugerah Dekan in terdiri dari golongan bangsa mereka, namun ada juga antara mereka yang average je serupa macam aku.. namun apa yang membezakkannya ialah mereka ni berusaha dan tidak kenal erti penat, gagal serta putus asa.. dan semangat merekalah yang aku telah tanamkan didalam hati sanubari aku sejak bersaing dengan mereka. Mereka tak pernah anggap aku sebagai musuh, ada antara mereka yang sungguh tinggi budi pekerti, rela berkongsi knowledge dan pengetahuan malah ada antara mereka yang tidak segan silu bertanya denganku jika ada perkara yang mereka kurang faham ataupun ingin berkongsi semata2 denganku.. Truely Professional dan no Racist at all..
Pelik kan?? Namun itulah realiti...
Kepada Bangsaku..
Bangunlah, bukalah mata dan kembangkan minda.. Jangan duk asyik mengeluh, berbangga dengan benda yang tak sepatutnya (Contohnya.. Nak Tukar enjin kereta.. Itu pun nak dibangga atau dibesar2kan sampai Up kat Face Book hampir setiap hari??) Budak.... Kalau aku layan kau, aku pun dah serupa macam kau.. bila kita cakap baik2 serta melawak dia terasa hati.. bila dah diminta maaf still tak leh nak accept.. Kau memang seorang Bangsa Melayu namun Bangsa yang jenis Lemah Fikiran, Low Self Esteem, Cepat terasa hati, merajuk, suka memanjang2kan cerita dan tak sedar diri.. Aku bukan nak bersaing dengan bangsaku dari segi kekuatan enjin, kepoweran kereta, kecantikan kereta, keSunRoofan kereta, Kekerapan kereta masuk Autoshow (Namun tak pernah memang pun..) dan lain2.. Kau masih berhingus dan bersekolah rendah lagi aku dah start main kereta.. Kalau kau baru nak merasa Turbo 120HP, Aku dah rasa Turbo 250HP, Boost 2 Bar dan naik "kereta yang bawak kita"....So lupakan je lah kisah2 yang lalu.. Bangunlah dah ubahlah sikap serta terokailah minda.. janganlah berfikiran sempit seperti Adnan Sempit... (Ni cerita yang laku dan ramai peminat dari bangsaku..???) Allah tak akan ubah nasib sesuatu bangsa selagi dia tidak berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri..
Maaf kalau ada yang terasa namun Demi Allah niatku tidak pernah terlintas untuk memperkecilkan kalian... Aku bangga bila lihat melayu pakai kereta mewah, punyai rumah besar dan seribu macam kemewahan namun biarlah yang bukan jenis lupa diri dan Allah..
Ingatlah.. Sekiranya kita Kufur Nikmat serta tidak bersyukur, Tidak Mustahil sekiranya suatu hari nanti Allah akan tarik balik nikmat kita yang kita bangga-banggakan sangat tu.
Sekali lagi aku minta maaf jika ada yang terasa.. Yang baik itu daripada Allah S.W.T dan yang Tidak baik merupakan kelemahan daripada diriku ini..
Berbalik kepada cerita sambung belajar tadi.. So apa perancangan akan datang?? Didalam kepalaku sudah ada beberapa perancangan.. Namun buat masa ini akan aku kaji beberapa option dan cadangan serta perancangan.. InsyaAllah dengan izinnya serta limpah kurnia dan inayahnya akan aku fikirkan serta rancang segala yang terbaik demi masa depanku..
Tidak mustahil sesuatu yang mustahil untuk berlaku pada zaman ini.. Apapun aku sungguh bersyukur dan berterima kasih kepadamu Ya Allah...