lama tak post pasal The Red1 weh..
dia sihat-sihat sahaja alhamdulillah..
cumanya...
tapak kasut dia dah mula haus..
haus pulak dalam keadaan yang tidak rata..
haus sebelah dalam..
kalau dibiar akan nampak lah benang tapak kasut dia tu..
so sebagai langkah precaution aku decide untuk tukar tapak kasut dia..
maka 23hb yang lepas aku redah ke Bukit Kemuning untuk berjumpa sahabat lama
kedai tayar Ah Siong..
untuk pengetahuan semua..
Ah Siong ni aku mula kenal masa aku mula tukar rim sukan pertama aku dulu..
juga pada kereta pertama aku Si Biru sebelum dia tukar identiti kepada TheRed2..
lama dah weh.. 1994 dulu..
ni wajah Si Biru..
waktu ni dalam road tour ke Lumut, Ipoh dan Kuala Kangsar Perak..
giler ensem si biru waktu itu..
dan.. masih ensem bagiku hingga kini atau sampai bila-bila..
ok lah berbalik dengan berjumpa si Ah Siong Bukit Kemuning tadi..
kalau tengok betul-betul gambar atas tu, kondisi tapak kastu TheRed1 amat mendukacitakan..
amat bahaya lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan hampir setiap hari sekarang ni..
maka tayar dibawah ni menjadi pilihan..
MAXXIS MA-E1 165/55/14 0513 23/03/13
hehe..
165/55/14 tu bermaksud lebar 165, tebal 55 dan diameter 14 inchi
0513 bermaksud minggu ke 5 untuk tahun 2013
23/03/13 tu tarikh aku beli daa.. hehe..
anyway.. dah siap pasang tayar maka seterusnya proses buat alignment termasuk camber dan toe dijalankan..
fuuuu... mana la tayar tak makan sebelah dalam dan asyik nak ke kiri..
tengoklah screen kat atas tu..
maka proses pembaikan pun dijalankan...
tiba-tiba pomen alignment tu bagitahu ada satu benda lagi aku kena tukar..
ni haaa....
benda alah tu namanya lower arm ..
daripada TheRed1 ni lahir 2004 yang lalu hingga kini benda ni tak pernah ditukar..
so "worth it" la kalu aku tukar sekarang..
maka setelah proses penukaran dibuat siaplah TheRed1..
hasilnya..
memang "Superb" handling jadi ringan..
terbaiklah untuk meneruskan perkhidmatan...