
Tak pernah aku rasa macam ni.. Dah masuk hari ketiga dari hari rabu haritu aku rasa tengkuk aku tak sedap. Aku tahu Blood Pressure (BP) aku naik dan itu adalah symptom yang aku akan dapat setiap kali BP aku naik meroket macam tu.. Aku nak rehat, kerja aku tengah banyak dan boss aku pulak bercuti, so kalau aku pun hilang dari opis jadi macam tak best la pulak. Nak tak nak aku pun terusla bekerja walaupun BP aku tu macam dah tak ada hari lain nak naik.. Yang peliknya setahu aku BP aku tu mudah je nak dipujuk untuk turun balik ketahap yang selamat, namun kali ini lain sungguh.. Sudahnya jumaat haritu aku pun jumpa lah doctor, nah amik kau.. 140/100 tinggi (normal 120/80)..
Sebabnya?? Aku tahu BP aku naik ni adalah semata kerana kerja dihujung tahun yang melambak dan mengejar Date Line membuatkan aku agak stress.. Masalah lain rasanya tak ada.. So dipendekkan cerita cuti hujung minggu aku habiskan dengan duduk dirumah dan tidur sahaja. Masuk hari ahad BP bertambah baik maka dapatlah aku kekebun di Dengkil. Isnin masih cuti dan pagi BP naik sedikit namun sudah kubalas dengan tidur dari pagi hingga ke pukul 5 petang. Alhamdulillah BP kembali pulih seperti sediakala.
Aku nak bercerita sedikit mengenai orang kita.. yelah, sape lagi kalau bukan orang melayu.. Aku ni bukanlah baik sangat atau dalam erti kata lain full dengan manners, tapi sejak kecik lagi mak dan abah aku dah ajar mengenai adab dan sopan serta pendidikan sivik.. Mana tak nya.. kalau aku agak kurang ajar je, rotan, penyapu malah hanger bajulah yang akan hinggap kat belakang badan atau kaki aku.. tu sebab aku x suka pakai seluar pendek weh.. satu malu sebab kesan kena belasah dulu2 ada lagi yang tertinggal kat tubuh aku dan satu lagi sebab aurat daa… apa dah besar panjang tak kan mak ayah korang yang nak tanggung dosa korang..
Ceritanya, orang kita ni aku sungguh, sungguh, sungguh, sungguh, sungguh tak faham.. tak faham sebab bila kita dalam sesuatu musibah atau kesusahan je mengapa pulak nak ditambah2 dengan ayat-ayat atau kata-kata negative dari diaorang nih.. Tak boleh ke kalau kita tahu orang tu dalam kesusahan atau musibah kita bagi sokongan moral dan support mereka dengan kata-kata yang membina, mendoakan kebaikkan malah membantu semana yang termampu. Ini tidak.. asal kita susah je ditambah la pulak dengan ayat-ayat atau kata-kata yang korang rasa nak lempang je orang yang bercakap tu.. contohnya.. “Itulah kamu, lain kali bla, bla, bla..”, “Apa la nak jadi dengan kamu ni.. bla, bla, bla…”, “ Aku dah kata, kau tak mahu dengar bla, bla, bla” dan bermacam-macam lagi kan?? Ala korang sure pernah dengar sendiri kan..
Aku berpendapat either orang melayu kita ni memang kuat hasad dengkinya ataupun memang dari kecik mak abah diaorang tak ajar mengenai moral support ataupun kata-kata manis ni.. Moral support ni kalau diikutkan adalah satu bentuk doa, satu bentuk galakan, satu bentuk bantuan yang kita sendiri tak Nampak tetapi kesannya sangat positif kepada mereka yang mendengarnya ataupun ditimpa musibah.. Satu lagikalau dah tak tahu sangat nak komen apa, bukan ke lebih baik kita berdiam diri… Memang benar, bila kita banyak bercakap kita akan mudah tersalah cakap dan berdiam diri itu ada kalanya sangat bagus..
Aku nak tambah lagi satu lagi cerita yang aku dapat tahu dari seseorang dan dari apa yang aku alami dari suatu tempat.. Aku dengar dan tahu kisah ni buat aku rasa simpati sangat dengan seseorang yang aku dah anggap seperti adik aku.. Betapa dalam baik ada buruk, dalam senyum ada tersirat suatu kebencian, dalam diam penuh dengan gelora dan semua tu hanya lakonan semata dan ibarat ditikam dari belakang aku rasa sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sedih, simpati, bengang, lakonan, dan senyum yang dibuat-buat bertambah ketara setelah dimaklumkan tentang penyingkiran.. huh.. alasan yang bodoh nak digula-gulakan sebagai alasan untuk disingkirkan.. Busuknya hati padahal diri sendiri pun pernah sakit kronik yang tidak ada tanda bakal sembuh.. masih tak tahu itu merupakan petunjuk dari Allah?? Bertaubatlah sementara masih sempat.. Yang menikam dari belakang tu hentikanlah kepura-puraan mu.. Aku naik menyampah dan meluat.. huh.. semua ni merupakan satu konspirasi besar.. Tak mengapalah adikku.. kau bersabarlah.. Rezeki Allah masih luas terbuka di merata mukabumi ini.. Hanya satu sahaja, selagi abangmu masih disitu kau akan mendapat sokongan yang tak berbelah bahagi dariku.. Itu janjiku..
1 comment:
owh tengQ.. tengQ... tengQ....
Post a Comment