hari
malas aku dah sampai.. lebih2 lagi tengah tak ada mood.. mood swing..
biasalah...
anyway
aku nak share sikit cerita yang aku copy n paste ni..
PETIKAN
: ’Nota Hati Seorang Lelaki’ ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah
cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...
Entahlah
apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke
kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
”
Ada duit? Minta ayah sedikit..”
Saya
masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus
ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung
selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan
anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak
meragam.
”Emak,
ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik
saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak
reaksinya.
”
Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
”Takkan
5 ringgit?”
Emak
mengganguk.
Saya
rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli
dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan
ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah
selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah
apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota.
Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau
bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.
Begitulah
selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan
memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu
mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan
kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah
kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.
Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima.
Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar
menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya
(ayah).
Begitupun
setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran.
Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap
memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak
mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah
itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi dia ada
sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun,
secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu
sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar.
Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun
saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika
saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
”Nanti,
besarlah kereta kamu ini....” ujur ayah senyum.
Apapun
saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya
dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang
yang diselitkan dalam kocek anak saya.
” Eh
tak payahlah ayah...” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga
sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan
pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak
memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa
segan, duit diberi melalui anak.
”Kenapa,
dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya.
Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak
lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah
yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin
sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping
menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan
anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk
kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju
dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi
ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya
telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan
kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH.
Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda
ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
”
Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan
di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’
tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau
tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu
bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
”memberi
kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat
kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita
semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan.
Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,keredhaan Allah terletak kepada
keredhaan ibu bapa.”
Baiklah,
inilah sebenarnya rahsia ’perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh
tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa,
memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita
sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi
kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
hmm..
ada kebenarannya cerita ini kerana aku sendiri dah mengalaminya baru-baru ini..
beberapa
bulan lepas mak terpaksa menjalani pembedahan mata di pusrawi KL.
merasa
terpanggil untuk menyumbang maka aku, kakak dan adikku sama-sama tong-tong duit
untuk pembedahan tersebut.. dalam hatiku terdetik yang aku ikhlas menyumbang
untuk kebaikkan mak.. tidak sedikitpun aku harapkan balasan.. maka tiba masa
pembedahan dan mak selamat menjalaninya.. syukur padamu Ya Allah..
baru-baru
ini aku settlekan e filing incometax dan tanpa disangka pulangan wang dari LHDN
sungguh banyak kali ini.. aku macam tak percaya dengan jumlah kali ini namun
aku teringatkan sumbangan yang tak seberapa untuk mak baru-baru ini.. Hmmm...
Yakinlah aku bahawa sumbangan yang tak seberapa kepada ibu bapa kita pasti
dibalas berlipat ganda olehNya...