Mengambil isteriku di Hentian Komuter Serdang merupakan tugas wajib setiap hari..
Disebabkan hari ini komuter agak lewat maka aku mengambil keputusan untuk menunggunya di hentian bas berhadapan bangunan Minlon..
Sementara menunggu aku menyalakan bekalan “oksigen”ku sambil duduk dihentian tersebut..
Sambil menyedut bekalan “oksigen' tersebut aku menikmati pemandangan kereta lalu lalang serta gelagat orang dipersekitaran. Dari kejauhan aku terlihat kelibat satu makhluk Allah yang satu ni.. Dengan rambut yang agak tak terurus, berbaju T dan berseluar pendek.. Seluar pendeknya agak lain macam sedikit bila kuamati dari jauh.. Kelibatnya kulihat semakin hari semakin dekat dengan tempat aku duduk dan akhirnya dia duduk disebelahku.. Ya Allah.. Dia hanya pakai seluar dalam sahaja rupanya.. Patut la nampak begitu lain macam kelihatannya dari jauh.. Ok.. Dengan hati yang tenang serta menenangkan diri aku teruskan menyedut “oksigen” tersebut sambil buat tak tahu sahaja dengan gelagat makhluk Allah tersebut.. Sekali sekala aku lihat dia memandangku dan bekalan “Oksigen” yang ku sedut..
“Mintak rokok tu..” katanya memulakan bicara..
Aku: “Nah..” Rokok yang berbaki tak sampai suku tersebut aku serahkan kepadanya..
Makhluk Allah: Senyap dan terus menyedut “oksigen” yang ku beri..
Aku: “Kenapa tak pakai seluar?” tanyaku kepadanya..
Makhluk Allah: Senyap tanpa berkata apa-apa..
Makhluk Allah: “Nak pegi mana?” dia pulak bertanya kepadaku..
Aku: Tanpa menjawab soalannya aku tanya semula “Kenapa tak pakai seluar?”
Makhluk Allah: Mungkin sebab agak berang dia menjawab “Mana boleh!!” “Diaorang kan ahli keluarga aku nanti…. Bla.. bla.. bla..
Aku: (kataku dalam hati)Ah.. lain aku tanya lain pulak dia jawab… pastu dia terus membebel tanpa aku ketahui buah butir apa yang dikatanya.. Aku capai sebatang lagi rokok dan terus aku serahkan kepadanya memandangkan “oksigen” yang tadi dah nak habis pun semasa aku serahkan kepadanya..
Sambil beredar dari situ memandangkan isteriku hampir tiba di komuter aku pesan padanya.. “Simpan rokok tu..”
Terus aku tinggalkannya dan bergerak kearah kenderaanku.. Sambil masuk kekeretaku dari anak mataku, aku perasan dia mengekoriku sehingga ke sebelah pemandu.. Tiba2 kedengaran cermin keretaku diketuk olehnya.. “Nak apa??” tanyaku kepadanya..
“Mintak 2 Ringgit nak buat tambang bas..” pulak dah.. aku turunkan sedikit cermin dan capai 5 ringgit dan terus serahkan kepadanya.. “Terima kasih bang” Aik.. Boleh pulak ucap terima kasih?? Kataku dalam hati sambil beredar dari situ…
No comments:
Post a Comment