Showing posts with label PRU. Show all posts
Showing posts with label PRU. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

Ini Kalilah, Lain Kalilah.. Whateverlah..

either post gambar jari telah dicalit dakwat yang didakwa kekal namun tak berjaya kekal,

mahupun posting mengenai warga bangladesh mahupun indonesia mahupun myanmar yang kantoi..

semuanya berkitar mengenai hari yang teristimewa bagi seseorang yang berstatus rakyat Malaysia..

hari ini buat kesekian kalinya aku bakal mengundi sekali lagi bagi menentukan bakal kerajaan yang akan memerintah dan mentadbir negaraku yang tercinta ini..

semua orang tengah galak bercerita pengalaman masing-masing biarpun ada diantara mereka mungkin buat kali pertama memangkah..

aku seperti biasa mengekalkan ke"cool"an aku.. Cool la sangat.. haha..

buat tak tahu sudah.. yang penting ialah masa memangkah tu..

apa nak kecoh-kecoh pangkah siapa..

sedikit kemuskilan aku ialah lokasi membuang undi aku dan juga isteriku..

pada 2004 seingat aku, aku membuang undi di Sekolah Leftenan Adnan iaitu tempat yang sama dengan isteriku..

namun 2008 telah buat pertama kalinya aku bertukar tempat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, BBBangi.

manakala tempat membuang undi bagi isteriku masih kekal di Sekolah Leftenan Adnan Sg Ramal..

dan tahun ini sekali lagi aku dan isteriku tidak mengundi di tempat yang sama walaupun alamat rumah kami di IC SAMA.. aku ulangi SAMA.. Alamat rumah kami di IC ADALAH SAMA!!!

see the point??

point ialah alamat rumah sama namun tempat mengundi tak semestinya sama..

see that??

whatever lah kan..

tanggungjawab adalah lebih utama dari lokasi membuang undi..

ketaksuban serta kefanatikan terhadap parti ku lihat sebagai sesuatu yang tak boleh diterima akal walaupun ianya benar terjadi..

taksub sampai sanggup buat apa sahaja??

entahlah..

aku prefer untuk bertindak melalui hak ku dikertas undi..

tu pasal la satu parti ni duk 4 kali hantar kad kat aku..

aku ulangi sekali lagi..4 kali hantar kad kerumah aku..

4 kali ye tuan puan, memberitahu dimana aku perlu mengundi dan siapakah yang aku patut undi..

hello.. itu hak aku ok..

so apa yang aku buat ialah abaikan sahaja kerana pilihanku telah tetap..

insyaAllah..

keranamu jua..

so hijaukah atau birukah..

dacingkah atau bulankah atau matakah..

bagi aku sendiri yang pilih ya..

kerana aku tetap percaya dengan prinsipku yang ku pegang selama ini..

kita berhak diberi pilihan dan patut diberi pilihan..

jangan siapa yang berani untuk mengganggu gugat..

hehe..

pesanku kepada Keyboard Warrior..

korang nak sokong mana pun lantak korang la..

tapi seeloknya biarlah korang pun turut mengundi ye..

jangan duk hebat kat keyboard je..

sekali check mendaftar pun belum...

fikir-fikirkanlah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin