bagai satu tamparan tepat kepadaku pagi tadi ketika aku sedang menghadiri taklimat kerjaya di Dewan Abu Zarim ILSAS...
panggilan telefon dari Abg Zaher mengejutkan aku dan bagai dipanah petir aku terus rasa lemah dan longlai..
nendaku Hajjah Tijah Binti Haji Ali telah kembali ke rahmatullah dan pergi buat selamanya...
pergi dan tak akan kembali lagi..
baru sabtu lalu aku mendapat perkhabaran dari bonda mengatakan nenda kini di rumah Wak Ahmad Saidi iaitu abang kepada bapaku di kampung..
memang nenda agak uzur ketika itu..
tak sangka keuzurannya kali ini merupakan satu tanda yang beliau akan pergi buat selamanya...
tiada lagi senyuman serta usikan darinya yang akan kedengaran setiap kali aku pulang ke kampung..
usikan dari nenda merupakan satu gurauan yang padaku sedikitpun aku tidak ambil hati..
bila lagi nak ada anak ni.. begitulah usikkannya...
belum rezeki atuk.. begitulah jawabku setiap kali diusik..
yang membuat aku sedikit terubat, aku alhamdulillah dapat berjumpa dengannya pada hari raya aidilfitri yang lepas..
ingatannya cukup kuat.. dia masih ingat aku.. dan tidak pernah silap menyebut namaku..
namun itu semua hanyalah satu memori yang akan terpahat dilubuk hati sanubariku sampai bila-bila..
Al Fatihah buat Nenda Tersayang Hajjah Tijah Binti Haji Ali..
pemergianmu kami iringi dengan doa dan surah Al-Fatihah..
bersemadilah dikau dengan aman disana..
InsyaAllah bila sampai ketikanya kami juga akan menurutimu kelak...


