"Sometimes you have to forget what's gone,Appreciate what still remains,and look forward to what's coming next"
Sunday, 7 July 2013
Wajah kesayangan hamba.. (Hail Amir)
Friday, 29 March 2013
Wak Madi
Saturday, 26 May 2012
My NEKO..
Sunday, 15 January 2012
HERO - kau menyentuh isi hatiku..
Friday, 24 June 2011

Errrkkk.. X kan bulan puasa ada hantu??
Aksi Kucing Kesayanganku..
Abdul Rahman aka PoPo telah pergi buat selamanya..
Ya Allah... kau Balas lah Perbuatan Si Pembunuh Kucing...
Monday, 21 December 2009
Ya Allah... kau Balas lah Perbuatan Si Pembunuh Kucing...
aku dah x tahu nak cakap apa...
aku x minta pun duit korang untuk beli makanan kucing setiap minggu 2 3 kali..
malah aku x minta pun korang beli pembersih lantai untuk cuci najis kucing yg kucing2 aku berak kat lantai rumah aku setiap hari..
apalagi nak suruh korang cuci najis2 tu setiap hari..
so kenapala engkau jadi sungguh kejam dan aku rasa engkau lebih kejam lagi daripada Radovan Karadzic malah lebih kejam lagi daripada Regim Pol Pot...
Subhanallah.. aku dah rasa cukup geram dan marah dan aku tahu kucing2 aku x kan kacau atau berak kat rumah engkau tetapi kenapa engkau tergamak dan bersifat IBLIS sanggup meracun kucing2 aku???
Aku doa padamu YaAllah.. Segala kesusahanku segala titik peluh serta kepenatan aku serta isteriku selama membela kucing2 itu maka engkau tunjukkanlah pada makhluk2 itu bahawa siapa yang lebih berkuasa serta berhak menentukan nyawa makhluknya dimuka bumiMu ini Ya Allah...
Dalam 2 hari dah 4 ekor yang telah mati... dan beberapa ekor lagi tengah nazak...
Aku sayang kucing2 aku tu seperti nyawaku... dan bayangkanlah betapa kejamnya makhluk yang bertopengkan manusia itu.. apalah dosa kucing2 aku yang aku kira kalau disergah pun sudah berlari seribu langkah.. Kenapa perlu diracun????
Aku bukanlah kaya tetapi kalau dikira sudah ribuan ringgit kubelanjakan demi kucing2 ku dan apa yang pasti ialah kucingku memang berak didalam rumah.. So apa masalah engkau sebenarnya pembunuh kucing???
Ingatlah... sekuat mana pun engkau, sebenci mana pun engkau pada binatang Kesayangan Rasulullah itu, jangan sampai aku tahu.... jangan sampai aku tahu bahawa engkau yang meracun kucing2 aku...
aku dah x mampu untuk menangis, begitu juga isteriku... namun hati kami sedih melihat kucing2 kami nazak serta menghembuskan nafas terakhir didalam keadaan yang sungguh tersiksa...
aku percaya balasan Allah tetap ada dan aku x akan berhenti berdoa...
doa orang2 yang terinaya sentiasa makbul... Amin....
Wednesday, 18 November 2009
Tuesday, 8 September 2009
Errrkkk.. X kan bulan puasa ada hantu??

Abdul Rahman yg telah pergi..Last weekend.. Perkara yang paling pelik dan mengejutkan aku berlaku masa aku tgh lepak2 mengadap HBO sesambil buat assignment. Ya Allah.. Kaler sebijik 100% serupa.. badan agak gempal sedikit berbanding Abdul Rahman yang dulu dan pandai menyahut bila nama gelaran Abdul Rahman ini dipanggil dia menyahut!! Walau suara x sama namun keletah serta manjanya saling x tumpah seperti Abdul Rahman yang dulu.. Dan buat pertama kalinya juga sejak Abdul Rahman pergi aku lihat isteriku teramat ceria dgn kucing ini.. semangatnya seperti pulih sediakala.. Wallah Hu' Alam.. Sepanjang aku duduk disini sekali pun x pernah aku lihat kelibat kucing yang sama kaler seperti Abdul Rahman, alih2 ni dia seperti dijelmakan semula.. Tu yang aku ingat hantu?? haha.. hantu mana ada daa.. Syaitan, Jin, Iblis ada la.. nak pulak bulan puasa ni.. Kan semua kena rantai sekarang.. Apapun Abdul Rahman yang baru ni semakin kerap datang ke rumahku dan mula tidur serta makan dan minum disini.. Entahlah.. nak kata kucing orang aku sendiri pun x pasti.. harapanku biarlah dia nak tinggal dirumahku... (oh ya.. kucing2ku semua dibiar bebas dan tidak dikurung.. ) Subhanallah.. hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Friday, 7 August 2009
Abdul Rahman aka PoPo telah pergi buat selamanya..
Tak tahu bagaimana nak aku ceritakan perasaan aku pada masa ini.. Kucing yang paling aku sayang telah pergi buat selamanya selepas waktu maghrib tadi.. Tiada perkataan yang dapat aku ucapkan, tiada kata-kata yang aku mampu katakan, hanya perasaan sedih yang menyelubungi diriku ketika ini..
Kini dia pergi buat selama-lamanya dan aku tidak akan dengar lagi suaranya menyahut panggilanku setiap kali aku memanggilnya. Tidak akan ada lagi kucing yang akan baring disebelahku ketika aku menonton TV atau melayari internet, tidak akan ada lagi kelibatnya yang setia menunggu aku suami isteri pulang kerumah setiap petang atau kelibatnya yang setia menunggu isteriku memasak didapur atau kelibatnya yang menunggu di tembok antara ruang tamu dan dapur..
Aku redha dengan pemergiannya.. Aku tahu Allah lebih sayangkan dia… Sebelum ini pun Allah telah memanjangkan umurnya untuk menemani kami suami isteri walaupun dia pernah jatuh dari tingkat atas ke bawah ketika kecil dan dia masih panjang umur selepas kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal pada wajahnya dimana rahangnya telah beralih dari kedudukan asal, kelopak mata kanannya tidak boleh rapat dan lelangitnya koyak akibat kemalangan tersebut. Usaha kami suami isteri menghantarnya ke Vet berhampiran telah menampakkan hasil walaupun wajahnya tidak pulih seperti dahulu. Sebulan lebih dia di vet tersebut sementara lukanya pulih dan baik sebelum aku dan isteriku mengambilnya semula. Namun setelah peristiwa tersebut dia seolah-olah faham dan seperti berterima kasih dengan menjadi kucing yang paling mendengar kata dan tidak banyak kerenah..
Cuma aku sedikit terkilan kerana sewaktu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir tadi aku tiada disisinya……………………………………………………………………...
Allah Maha kuasa……
Monday, 20 April 2009
DariNya kita datang.. KepadaNya kita kembali..
hmmm....
patut la harini aku rasa x sedap hati je sepanjang hari..
Petang tadi sewaktu aku sampai dirumah aku park kereta macam biasa kat garage aku yang comel tu.. Sebaik keluar dari kereta aku terbau sesuatu yang amat aku kenal sangat bau tersebut.. Bau bangkai... Aku mula tercari2 kot2 ada bangkai tikus ke hapa ke kat pokok-pokok bunga aku... Dah puas mencari namun aku masih x jumpa punca bau tersebut, last2 aku berdiri kat pagar rumah aku tu.. Satu van bawak budak2 sekolah lalu depan rumah aku, aku masih buat x tahu lagi.. Tetiba sebaik sahaja lalu depan rumah aku tu aku terdengar satu suara budak dari dalam van tu berkata.. "Eeeiii Kucing mati...!!" Ya Allah tersentap hati dan naluri aku.. Sepantas kilat aku mula meninjau2 kat luar pagar tu.. Memang betul la orang cakap.. Kata2 budak ni memang betul.. Masa usia sekecil itu budak2 ni x pandai nak menipu.. Di satu sudut sebelah kanan rumah aku kelihatan sekujur jasad kucing yang aku amat kenal sangat... Nak menitis dah air mata aku.. Baru je malam tadi aku usap2 kucing yang aku dan isteriku namakan Muhammad ni.. Memang sah, itu jasad Muhammad... Aku buat cool dan masuk kedapur untuk amik barang2 utk sempurnakan jasad kucing tersebut.. Sedikit pun tidak aku beritahu isteriku, kerana aku x sanggup untuk lihat dia menangis semalaman jika dia tahu kucingnya mati.. Dah banyak kali aku experience benda yang sama, so aku rasa aku perlu rahsiakan dulu.. nanti la dia dah ok2 sikit aku bgtahu...
Nak tahu panjang x panjang umur Muhammad ni dia hampir mati 2 kali.. Masa kecik dia sakit mulut berbuih dan bau busuk dan aku suspect dia termakan racun... Kegigihan isteriku memelihara serta membersihkan Muhammad dan menyuapkan susu serta air akhirnya membuatkan dia semakin sihat dan montel hinggalah kehari dia ditemui mati tadi..
Kali kedua pula ketika suatu petang yang agak gelap hampir 2 minggu lalu sedang aku nak memasukkan kereta aku, aku secara tiba2 terlihat satu kelibat melintas depan kereta ku. Sempat juga aku menekan brek, Ya Allah.. aku hampir melenyekkan si Muhammad ni.. Sebelah malamnya aku tengok kaki dia sedikit bengkak namun x langsung terdengkot2 dia berjalan.. Syukurlah.. Umurnya masih panjang..
Namun.. Hari ini merupakan kali terakhir aku akan lihat jasadnya.. Allah lebih menyayanginya....
Sunday, 25 January 2009
Binatang Kesayangan Rasulullah
Abdul Rahman (dulu Popo), Aminah, Mariam, Usin, Saat, Omar, Laila, Chimin, Aishah, Fatimah, Mina, Muad, Muhammad, Comel dan beberapa ekor lagi yang M.I.A..
Dalam banyak2 tu ada sekor yang sangat aku sayang, dah tentu la Abdul Rahman....
Ada citer sikit pasal Rahman ni.. Dia asalnya seekor kucing yang sihat, lincah, comel dan sempurna. Aku ingat lagi satu pagi masa dia kecik mak dia si Aminah ni pindahkan dia ke tingkat satu rumah aku. Biasala kucing kecik kan suka explore merata, dan secara x sengaja dia ter"reverse" bila nampak aku bangun pagi2 tu. Dah reverse tu terjatuh la pulak ke tingkat bawah. Bedebuk aku dgr dia jatuh.. Aku dah panic trus turun tgk dia x bergerak dah, mak dia pun turun gak nk tgk anak dia siap sound effect la.. Meow2... hehe... Last2 org umah aku amik letak dia kat atas balik.. Agaknya mmg umur panjang, aku balik kerja elok ja dia sihat... Kuasa Allah semua tu... Tu citer masa dia kecik..
Ada satu malam tu, biasa mcm ne pun dia musti balik mkn malam pastu kalu dia rajin dia merayau le balik.. Ini malam tu dpd aku balik kerja sampai ketengah mlm dia x balik2... Keesokkan paginya wife aku bangun awal nak cari dia la kononnya. Tup2 dia dah ada kat muka pintu dapur dengan berdarah2 kat mulut dan telinga. Yang aku x sanggup tgk tu mulut dia rahang sblah kiri dah jatuh sikit. Dia mengeow perlahan, mengadu dia sakit agaknya.. Kalau orang dah terpikik terlolong kena mcm tu ini apalagi kucing yg sebesar mana je.. Terus aku dgn wife aku x pergi kerja pagi tu dan amik keputusan antar ke Vet yg dekat rumah aku tu.. Kelinik Haiwan tu pulak pulak kul 10 pagi baru bukak, sementara tu isteri aku la yg bersihkan darah2 yang keluar dari mulut dan telinga dia tu. Aku tengok dia mmg dah lemah, darah byk hilang agaknya sampai mengeow pun x larat. Tepat kul 10 trus antar ke VET. Doktor tu tengok agak terkejut gak, trus dia bg Pain Killer kat Rahman sbb katanya kucing ni tgh shock... Sambil2 tu dia bersihkan dan sapu ubat kat luka luar, dia bgtahu kena operate si Rahman sbb rahang dia tercabut dari socket dan lelangit dia koyak. Kalu x operate dia akan mati. Tanpa pikir panjang terus aku dgn wife aku setuju je, masalahnya kena buat kat Bangsar sbb klinik ni operation kecik2 boleh la diaorg buat. Yang besar2 punya operation diaorg antar kat Vet kat Bangsar.
Lepas siap2 cuci dan inspect Rahman terus diaorg antar ke Bangsar. Aku tgk wife aku sayu je bila tgk si Rahman dlm keadaan lemah, terbaring dlm transporter tu.. Petang tu diaorg telefon ckp Rahman dah ada kat klinik dan dah selamat operate. Mlm tu jugak aku dgn wife aku pi tgk kat kelinik. Berdawai dan berjahit bawah mulut dia dgn bulu kat area kepala abis dicukur dan kena pakai neck collar. Masa aku dtg tu keadaan dia lemah, makan x boleh jadi Doktor msukkan air dlm badan dia.. Doktor ckp dia kena tahan kat klinik tu dlm 2 minggu jugak sbb dia nk masukkan air dan rawat dia. So dlm 2 minggu tu hari2 la aku dgn wife aku melawat dia kat klinik tu.. Masuk minggu kedua doktor ckp dia kena tahan lagi seminggu lagi baru dia boleh keluar. Aku dgn wife aku setuju je sbb takut papehal kang kami bukan reti sgt.
Cukup minggu ketiga bila dia dah agak sihat dan dah boleh mkn makanan yg lembut2 barulah doktor berani nak release. Aku tgk sedih betul keadaan dia, walaupun dah operate mulut Rahman senget rahang bawah tu dan mata dia sebelah kanan agak terkebelakang sikit. Dan dia bernafas agak kuat berbunyi mcm org tidur berdengkur, rasanya musti akibat lelangit dia yg terkoyak dan x bercantum dgn betul.. Tapi syukurlah, yg peting aku dan isteri dah buat yg terbaik utk menyambung nyawanya. Kalu aku x hantar vet hari tu confirm dia dah mati. Kos??? Hmmm... Kos operation dan menginap kat klinik boleh buat bayar bumper depan dan belakang Aerodown dan Side Skirt L9... RM900+... Entahlah.. aku x pernah rasa membazir dgn apa yg aku dan wife aku dah buat utk Rahman.. Sekurang2nya dia masih bernyawa hingga kehari ini dan manala tahu mungkin dgn apa yg aku dan isteri aku buat pada Rahman, dia mendoakan kami berdua... Dan sampai hari ini aku tgk dan nampak Rahman seolah2 faham dan berterima kasih kpd kami berdua atas apa yg telah kami lakukan dulu. Dia seakan2 faham dan menjadi kucing yg paling baik dan x de buat hal langsung didalam rumah. Jangan la ada kucing lain cuba menceroboh rumah aku, confirm dia akan hambat smpai terkencing2 kucing lain tu... Nak manja dgn aku cukup pandai dia, kucing lain mana ada yg baring dekat2 aku untuk diurut atau diusap. Tu gambar kat atas tu gambar dia masa tgh lena tidur kat sebelah aku.
Apa yg aku ceritakan ni bukan utk menunjuk2 atau apa, cuma nak share dgn semua bahawa binatang juga ada hak untuk hidup seperti manusia. Janganlah kita seksa binatang kesayangan Rasulullah kerana kita sendiri tidak tahu mungkin dia adalah jelmaan makhluk yang diturunkan Allah utk menguji kita... So kepada yg x suka kucing tu halau je sudahlah... jgn sesekali seksa atau hina ciptaan Allah. Jangan bg aku nampak korang sepak2 kucing, confirm korang kena sepak balik dgn aku... hahahaha... Jangan cabar.... So ni antara gambar2 lain yg aku download... Enjoy... Kalu x suka kucing boleh blah.. jgn baca lagi dah blog aku... Out U go....











Cute kan?? Hmm.. ada satu teknik aku nak share dgn semua.. Kucing sebenarnya suka bermasyarakat, janganla korang kurung dia sekor2 tanpa kawan, mau naik gila nnt kucing korang tu. Lg satu, kucing ni jiwa sensitif, jgn marah2 kat kucing nnt dia merajuk... Lg satu dia cepat rasa tense, utk kurangkan ketegangan, korang usap2 la badan dia dan teknik yg aku buat pulak ialah selalu urut tengkuk dia, syok dowh... Kdg2 sampai nk tertidur kucing bila kena urut tengkuk dia... Cubalah...


















.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)








