"Sometimes you have to forget what's gone,Appreciate what still remains,and look forward to what's coming next"
Friday, 7 June 2013
Siap jua akhirnya..
Sunday, 12 May 2013
Ku Terima Seadanya...
Tuesday, 10 January 2012
lerrrrrr....
Sunday, 20 November 2011
EGOku...

Tuesday, 15 November 2011
sms lagi?? tak terima, tengah tido, malas nak jawab, terlupa bla..bla..bla...

Friday, 5 August 2011
"Atas Tarikh"

Wednesday, 29 December 2010
Metamorphosis diri 2

Wednesday, 15 December 2010
Metamorphosis diri

Bila langkah tanpa bicara
Bila bicara tanpa suara
Bila suara tanpa erti
Berakhirkah mimpi?
Bermula kosong tanpa makna
Mengisi ruang semampu mungkin
Penuh impian meninggi diri
Perlukah diri?
Tongkah arus tiada henti
Pengorbanan diri tiada erti
Mencari pelangi dihujung hari
Dimanakah diri?
Satu perlukan dua
Dua perlukan tiga
Mungkinkah ini hanya realiti
Hanya diKau yang lebih mengerti
Genggam bara tanpa gentar
Mandatori diri biar sukar
Motivasi minda kian mekar
Kehidupan yang segar
Memuji melangit tak terkata
Membangga diri tak terkira
Duniawi semata tiada makna
Apa yang dibangga?
Bercakap umpama gegar
Gegak gempita menggegar dunia
Tindakan tiada semata dusta
Apakah makna?
Perjalanan tiada nokhtah
Memburu impian nan pasti
Menyerah kalah berilusi
Itukan pasti
Melangkah bukan kalah
Berundur bukan mati
Menyusun gerak langkah
Pastikan jaya…
Thursday, 3 June 2010
Aku dalam dilemma..
ada orang cakap "life begins at 40"
aku...
hmmm.....
lagi 2 tahun lagi sampai la umur aku kat nombor keramat tu..
lately ni aku macam hilang punca,
terasa macam diawang-awangan..
feel lost, feel emptyness dan macam tercari-cari sesuatu..
tu la pasal aku lebih banyak mendiamkan diri sekarang..
ni blog aku ni pun aku terasa kadang-kadang macam malas dah nak buat lagi..
what say u huh??
by the way, kalu ada sesiapa nak komen dipersilakan..
apa pendapat korang?? To be or not to be??
mean time...
ni ada sedikit gambar aktiviti aku 2 3 minggu lepas..
Restoren Mohd Chan Abdullah, 1st Chinese Muslim Restaurant @ B.B.bangi dan merupakan cawangan ke 4 Restoren ni kat Lembah Kelang ni..Try la search kat www.mohdchan.com.my


Ok.. Ahad lepas aku ke Muor.. Sepupu aku Ijan kawen.. dan aku balik sana naik Persona.. aduh.... lembab....



Uik?? apa ni?? hehe.. ni la masalah aku setiap kali ke Pakar An Nur.. Especially bila amik Blood Sample.. Urat tenggelam, so sampai 3 tempat dia nak dapatkan sample darah aku..
Uish.. apehal lak ni?? The Red 1 nak kena langgar ke?? ni bukan langgar je ni.. silap2 leh jadi lempeng The Red 1...
Actually saje je nak mensensasikan gambar ni.. Land Cruiser ni aku minat giler sebab.. korang tengok la sendiri saiz serta ketinggiannya.... HUGE!!!!

Gempak kan?? Dapat kat aku siapla.. Akan ku spray kaler MERAH... huhu.. Trus jadi The Red 3 la jawabnya.. hehehe.... Aku Gilak!!!!
ABIS...
TAMMAT
Wednesday, 26 May 2010
and the routine start again and again and again...
mood untuk berblog masih samar2 dan macam semakin jauh..
sejak abis study aritu aku macam hilang punca dan macam tercari-cari sesuatu..
apa maknanya ek??
aku kena start buat something ni, else for sure my life will be bored..
apa yang aku nak buat??
hmm.. entahlah..
balik rumah routineku seperti biasa, mengadap astro yang dah semakin mengarut
cerita dah beratus kali diulang tayang serta cerita-cerita yang kononnya seram..
aku bukan takut tengok cerita seram ke, puaka ke, iblis ke, syaitan ke, lucifer ke, satan ke, jembalang ke, penanggal ke, penunggu ke, Ju-On (yang x On On - X boleh blah langsung cerita hantu korea ni, aku siap ketawa sorang2) dan bermacam lagi cerita yang kononnya seram...
ah... stereotype betul kalu dah cerita hantu ni terutama cerita hantu malaysia..
yang aku heran, apa la yang dibesar-besarkan sangat cerita2 macam tu??
balik2 cerita hantu, balik2 cerita seram, balik2 cerita syaitan, balik2 cerita iblis... HELL kan??
bagaiman la minda serta fikiran orang melayu ni nak berkembang..
eh.. dah melalut plak sampai cerita2 hantu..
hmm.. any suggestion apa yang boleh aku buat??
hmmmmmmmmmmmmmmmm............
Tuesday, 19 January 2010
Entri Green Day feat American Idiot - 21 guns
ok la.. up date terkini kenderan comelku itu..
cuba tengok gambar kat bawah ni agak2 korang tahu tak apa ke jadah menatang tu??
hmm... aku ni nak kata gilakan kereta memang pun...
so bila dah minat aku jenis x boleh duduk diam dan musti aku godek kereta aku tu..
so barang terbaru yang dalam fikiran aku ialah menda alah tu la..
tu yang kat bawah tu...
nampak tak??
nampaknya cermin mata aku tu jodohnya dgn aku sampai ke penghujung..
Dengan bingkai frameless cermin mata tersebut aku dah menggantikan 4 cermin mata,
dan akhirnya sabtu lepas setelah berkhidmat selama hampir 5 tahun,
hayatnya berakhir setelah bingkai tersebut patah..
kalau cermin pecah boleh tuka je cermin, ni dah bingkai yg patah..
terpaksalah....
tu kat bawah tu cermin mata aka teropong aku yg terbaru..
actually cermin dia tu temporary je tu.. aku mintak "Steele Bore"..
Namun akibat hari tersebut hari sabtu dan stok kat pengedarnya dah abis aku terpaksa la pakai sementara semingga minggu depan..
anyway, power x berubah R: 275, L: 125
Cerita mcm mana power tersebut terlalu ketara berbeza ada kisahnya..
ni semua pasal cabut gigi geraham bongsu la ni..
2 batang gigi geraham bongsu dicabut dalam 2 hari berturut2...
Resulting = Rabun aka Tambah Power cermin mata
design atau cutting cermin tu sama je mcm yg dulu, cuma bungkai frameless tu je yg lain..
aku kurang gemar kaler itam, chrome aka silver menjadi pilihan namun yg ada hanyalah hitam tu dan gold... haih...
belasah je la hitam.. nampak mcm org tua skit..
gold ni kang nampak mcm org kaya je.. hehe..

aku sebenarnya dah lama mengidamkan rim sukan kat bawah ni...
Black Racing 2 piece
kalau tak dapat BR dapat Watanabe pun ok gak.. hehe..
Watanabe 3 piece.. rega market mcm nak bunuh orang je sekarang ni..
well.... rega brapa??
senang cerita aku dapat ni thru Japan Bid..
Kawan aku yg uruskan semua.. So aku cuma perlu tunggu je ketibaan rim tersebut dari Jepun..
hmmm... rasa tak sabar nak kesana..
memang cita2 aku nak kesana sejak kecil..
insyaAllah kot.. if everything goes well akan aku jejak juga Tanah Air Samurai dan Ninja tu..
ada la mission skit.. eh.. mana leh citer.. nnt dah sampai sana aku citer la..
Monday, 4 January 2010
ARINI.....
Arini abis sudah nikmat berkereta setiap pagi tanpa jem pasal cuti sekolah dah abis..
Arini ari pertama bekerja tahun baru 2010..
Arini ramai mak bapak turut masuk ke sekolah..
Arini kat opis aku juga ramai yg bercuti pasal masuk sekolah..
Arini nyaris punch kad aku berkaler merah..
Arini aku tersangkut dlm jem hanya kerana mak bapak turut masuk sekolah..
Arini ada staff baru dan budak LI kat opis..
Arini aku masuk opis paling singkat masa pasal menguruskan yg kat atas line ni..
Arini aku keluar opis pasal nak uruskan bil Air SYABAS di 2 tpt..
Arini aku kena pegi Salak Tinggi dan pastu,
Arini aku kena disuruh pegi Banting dari Salak Tinggi..
Arini aku disuruh photostat walaupun urusan dah hampir selesai..
Arini aku merayau di Pekan Banting nak cari kedai photostat
Arini aku lepas photostat pegi semula ke pejabat SYABAS itu..
Arini lepas selesai urusan aku tengok jam..
Arini aku ingat nak selesaikan 2 urusan tapi..
Arini hanya selesai satu urusan..
Arini aku terpaksa amik cuti di hari lain untuk selesaikan urusan yg lg satu..
Arini lepas tengok jam aku buat keputusan utk bercuti je pasal lama sgt keluar opis..
Arini aku balik umah awal..
Arini aku terlupa bawak medicine
Arini aku tak makan ubat
Arini aku makan tengahari kul 4.30ptg..
Arini aku bengang pasal opis aku tutup panel kat klinik ni..
Arini aku lepas bengang balik umah dan berehat awal..
Arini satu hari aku x sentuh komputer dan dah balik umah baru sentuh..
Arini aku bukak blog dan tgk ramai yg x update blog mayb sbb cuti masuk sekolah jugak..
Arini aku banyak merapu
Arini aku banyak menyumpah org gila bawak kereta mcm haram kat atas jalan..
Arini hari yg paling banyak menguji kesabaran aku kat atas jalan..
Arini aku banyak berfikir dan termenung..
Arini aku dah tak tahu nak type aku kat entri ni lagi...
Arini dahhhh aku nak stop...










