Thursday, 14 July 2011

orang tua, rumah perlindungan, bekas masjid, emosi, gangguan mental, 100 hari sebelum...., ditinggalkan dan keikhlasan


hmmmm..

macam pelik kan entri aku kali ini??

al kisah...



semalam buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ku ke rumah jagaan orang2 tua..

actually ini adalah salah satu program CSR yang opis aku jalankan..

sedikit happy pasal ini kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke rumah jagaan orang2 tua..

sedikit sedih kerana program sebegini seringkali tidak diminati oleh golongan muda..

sedikit terharu kerana melihat keadaan yang agak daif tempat tersebut..

sedikit terhibur bila dilayan mesra oleh penghuni2nya..

sedikit insaf bila mendengar kisah2 yang terjadi disebalik tabir..

sedikit marah kerana telah 10 tahun namun bantuan yg diharapkan hanya menjadi impian..

sedikit dan segala sedikit aku boleh huraikan namun apakan daya..




kata kata dari penjaga "Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti" sangat menyentuh jiwa dan sanubariku..

"Sekarang masa mereka... Mana tahu satu hari nanti rumah ini kita pulak yang menghuninya.."

tersentak.. menyentuh jiwa..

namun itulah hakikat..

walau pahit namun itulah kenyataan..



ada anak tetapi anak tidak peduli..

ada anak tetapi anak tergamak meninggalkan ibubapanya di hentian bas..

ada anak tetapi anaknya meninggalkan ibubapanya kerana tiada keuntungan yang didapati daripada menjaga orang tuanya..

ada anak tetapi anaknya merasa malu kerana ibubapanya cacat..

ada anak tetapi anak2 menginaya kedua ibubapanya..

ada anak tapi serupa macam tiada anak..

ada anak tapi lebih baik tiada anak jika sedemikian rupa..



itu baru sebahagian daripada kisah suka duka mereka yang sempat aku dengar..

2 jam aku rasakan terlalu cepat berlalu namun cukup untuk menyedarkan aku..

membuat aku rasa sedih..

membuat aku rasa terharu..

membuat aku hampir menitiskan air mata..

kesimpulan yang dapat aku simpulkan ialah..

sayangilah kedua ibubapa selagi mereka masih bernyawa...




yang membuat aku terhibur ialah bila melayan gelagat penghuni disitu..

daripada "Pakcik Garang", "Pakcik Manja" dan berpuluh lagi penghuni disitu membuat kita mengingatkan kembali kepada kedua ibu bapa kita..

Lawatan sesingkat ini pasti akan aku sertai lagi jika ada kesempatan..

insyaAllah..


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin