setelah cukup haul maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba..
melepaskan sesuatu yang kita cukup jaga, cukup belai dan kita cukup teliti bukanlah mudah..
terasa sesuatu yang sukar digambarkan mahupun diceritakan kepada sesiapapun dilubuk hati ini..
namun atas dasar kepercayaan dan rasa hormat tanggungjawab sebagai seorang pemimpin..
aku merelakan dan merestuinya..
bergelar sebagai seorang Presiden ataupun pemimpin bagi sebuah kelab permotoran amatlah tidak aku sangka sama sekali ketika menyertai sebuah keluarga besar Kenarianz..
kisah suka duka, susah senang dan tawa gembira bersama sebuah kelab yang cukup kukuh suatu masa dahulu bukanlah mudah untuk aku ceritakan mahupun gambarkan dalam bentuk penulisan terutama didalam blogku yang tak seberapanya ini..
senang cakap, hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimanakah nikmat berkelab ini..
dari Kenarianz lah aku mengenal apa itu erti sahabat sejati..
dari Kenarianz lah aku belajar dan memupuk jati diri yang unggul..
dari Kenarianz lah aku belajar apa itu erti pengorbanan..
dari Kenarianz lah aku mengenal erti kecintaan kepada komuniti dan sahabat mahupun keluarga besar..
dari Kenarianz lah aku belajar dan mengetahui segalanya..
tahun 2005 aku mula daftarkan diri di Forum Kenarianz.com
tahun 2006 aku mula aktif turun NOS setiap jumaat malam sabtu..
aku akan berada di NOS setiap minggu kecuali aku demam ataupun ada urusan yang tak dapat dielakkan..
NOS atau Nes-O Session, konsep yang amat mudah..
tempat untuk kita belajar bersosial dengan orang lain..
tempat untuk kita belajar sesuatu yang kita namakan pergaulan..
bukan kita tak pernah bergaul, namun bergaul di persekitaran tempat kerja dan rumah adalah sesuatu yang amat berbeza kerana NOS merupakan tempat kita bergaul dengan golongan yang mempunyai satu minat dan kegilaan pada satu kenderaan yang bernama Perodua Kenari...
dari NOS aku punyai beratus rakan dan sahabat yang sanggup bersusah senang bersamaku di apa sahaja situasi dan semasa..
di NOS juga aku belajar apa itu erti SMD, Convoi, Family Day, Annual General Meeting (AGM), AutoShow, Radio Amatur, Program Berbuka Puasa bersama Anak Yatim, Asian Festival Of Speed (AFOS), Joint TTS bersama Kelab lain dan bermacam aktiviti bermasyarakat lain yang sangat berfaedah dan memberi manfaat kepada mereka yang terlibat serta masyarakat persekitaran.
tahun 2006 dan seterusnya 2007 menyaksikan Kenarianz mula bergerak kearah pendaftaran kelab secara berdaftar ke ROS memandangkan banyak faedah diperolehi sekiranya sesebuah kelab itu berdafar secara sah dengan pendaftar pertubuhan ataupun ROS.
tahun 2008 menyaksikan satu berita gembira yang mana pendaftaran Kenarianz dengan pendaftar pertubuhan telah diluluskan pada 8hb Ogos 2008 dengan nombor pendaftaran 1392-08-WKL..
tahun 2009 menyaksikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama yang dijalankan di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan pelantikan Presiden Kedua En. Adi Iskandar Elias memegang jawatan Presiden 2009/2011 selepas En.Zulhizain sebagai Protem Presiden 2007dan Presiden 2008.
pada tahun 2011 AGM kedua Kenarianz dijalankan di Permaisuri Beach Resort juga di Port Dickson, Negeri Sembilan.
pada Mesyuarat Agung Tahunan 2011 tersebut menyaksikan aku dilantik sebagai Presiden ketiga Kelab Kenarianz untuk sessi 2011/2013.
masa berlalu dan bejalan tanpa kita sedar..
tahun 2013 Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan pada 5hb januari 2014 yang lalu menyaksikan buat julung kalinya Presiden Kenarianz disandang oleh seorang wanita..
mesyuarat yang dijalankan di Kompleks JKKN, Kota Kinabalu, Sabah dengan sebulat suara dan beliau Ainiliza Usli atau dikenali dengan nama Neija 13 menang tanpa bertanding sebagai Presiden Kenarianz sessi 2014/2016.
serba sedikit inilah sejarah kisah perjalanan hidup sebuah kelab yang bernama Kenarianz..
aku walaupun sedikit terharu, namun dengan bangga dan rela hati menyerahkan tugas yang aku pikul selama 2 tahun yang lalu kepada beliau..
semoga Kenarianz akan terus maju jaya dan terus berkembang disamping meneruskan legasinya sebagai sebuah kelab permotoran yang mengutamakan persahabatan dan kekeluargaan sebagai teras utama didalam kelab yang kami cintai...
tiada apa yang lebih membanggakan aku selain dari terus mempunyai rakan dan sahabat sekelab dimerata pelusuk tanah air disamping ikatan kekeluargaan besar Kenarianz terus utuh tanpa terjejas dimamah usia..
biarlah kami dikatakan kolot serta tidak glamour namun ikatan yang terbina sejak sekian lama semakin utuh dan terus berkembang dengan sikap utama sayangkan kelab terus dipupuk dan disemai dihati sanubari setiap ahlinya..
Selamat Maju Jaya Kenarianz...
Once A Kenarianz.. Always A Kenarianz...
Mantan Presiden Kenarianz Sessi 2011/2013
Asmade Bin Haji Salam
Nick Forum BHF 1932