Showing posts with label orang baru. Show all posts
Showing posts with label orang baru. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

Tabahkan hati.. Bersihkan minda dan sentiasa berfikiran terbuka serta positif..



dah sebulan lebih aku kat HQ..
macam-macam aku nampak dan alami..
tapi setakat ni aku masih boleh absorb apa saja..
maybe sebab pengalaman lepas bekerja dengan bermacam jenis orang membuatkan aku bersedia..
bersedia menghadapi berbagai karenah serta perangai orang..
terus terang aku cakap berkawan dengan orang yang gred gajinya rendah ni mereka lebih jujur..
tah la bagi aku gred gaji je atau pangkat je rendah.. namun mereka mempunyai hati budi yang lebih mulia..
mereka lebih berterus terang dan tidak hipokrit atau berpura-pura..

pernah tak korang jumpa orang yang senyum dan dalam masa yang sama mencebik bibir??
pernah tak korang jumpa orang yang buat donno je padehal masing-masing pernah berjumpa sebelum ini??
pernah tak korang jumpa orang yang tak menjawab sepatah haram padahal tak ada orang lain pun kat sekitar tempat tu..
pernah tak korang dapat email yang kutuk korang dalam email yang sama sbb kes fwd-fwd email la ni..
hipokrit kan?? berpura-pura..

prinsip aku so simple..
kau baik dengan aku, aku akan 1000 kali baik dengan kau..
kau buat tak tahu dengan aku maka aku akan 1000 kali buat tak tahu dengan engkau..
tak susah pun kan...

buat apa la aku nak pening-pening kepala..
baik aku layan mereka-mereka yang lebih ikhlas didalam segalanya..
tidak hipokrit..
tidak berpura-pura..
tapi apapun aku tak akan mengalah..
ini sahaja peluang kerjaya yang aku ada..
aku tak akan lepaskan atau mengalah...

bagi aku biarlah kita seikhlas mungkin dalam berkawan..
siapa la diri kita tanpa kawan yang baik..
pepatah dulu2 ada pernah berkata..
nak kenal kita siapa maka kita lihatlah kawan2 kita...
ikhlas jujur toleransi sentiasa bersangka baik..
itulah rahsia untuk kita kekal didalam berkawan..

InsyaAllah...

Tuesday, 2 July 2013

jika dunia penuh dengan orang pregnant..



kepada adikku yang sakit2 dah masuk bulan ke 8 pregnant, abg doakan semoga dikau dikurniakan kesihatan dan kekuatan sehingga ke hari bersalinmu kelak..

semoga dirimu juga dilindungi Allah selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik... Amin...

buat adikku yang baru mengesahkan ke"pregnat"nannya.. abg ucapkan tahniah.. tahniah kerana setelah keguguran tempohari Allah berikanmu semula kegembiraan itu.. doa banyak2 kali ini ya..

semoga kegembiraan kali ini berkekalan dan pangilan kakak untuk faqihah itu berkekalan.. Amin...

hehe..

tajuk cukup merapu..

antara kegembiraan dan kerisauan serta kesakitan...

kesemua ku rasa hari ini..

apapun Allah Maha berkuasa..

semuanya dibawah kekuasaaanNya..

semoga ada sesuatu yang baik juga buatku dan isteri satu hari nanti..

entahlah.. tak dapat aku bayangkan bagaimana rasanya kegembiraan itu..

sudah tentu happy kan...

happy nak sambut orang baru..

happy nak membeli belah barang-barang keperluan orang baru..

happy nak menjadi ibu dan bapa..

happy nak bermain dengan anak2..

dan happy untuk segalanya..

aku doakan agar kebahagiaan kalian berkekalan..

diberikan kesihatan dan kekuatan sepajang tempoh hamil dan semasa hendak bersalin..

hmmmm...

indahnya......


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin