Showing posts with label Marah ni. Show all posts
Showing posts with label Marah ni. Show all posts

Monday, 18 June 2012

Selamat Hari Bapa.. Hello... Dah buat salah mengaku je lah.. Ganti balik pasu bunga aku.. susah ke nak minta maaf??


Selamat Hari Bapa?? hehe.. Tak ada makna bagi aku.. Sebab aku bukan seorang bapa.. sampai bila?? entahlah.. mungkin dah rezeki aku setakat ni agaknya.. apapun tak ada apa nak dikesalkan.. cuma hidup perlu lebih tabah.. bila dah umur macam ni rakan2 sebaya asyik duk bercerita anak dah ke sekolah menengah, masuk asrama, dan ada yang dah nak ke menara gading.. namun aku.. hmmm....  Anyway.. arini aku habiskan masa di "kebun" di dengkil dan sebelah petangnya aku ke balakong sambil membawa Satay Willy Sg Ramal kepada  mak dan abah.. Alhamdulillah mak suka satay tu cuma abah dah biasa makan lambat so response abah aku tak tahu la pulak..



apa lak ceritanya ni.. hmmm.. agak panjang namun biarlah aku ringkaskan serba sedikit je ye.. hari rabu lepas waktu aku balik kerja aku terperasan something kat depan rumah aku.. tetiba ada kesan tanah merah dan aik.... mana pergi pasu bunga aku lagi satu?? sahlah dah ilang atau pecah sebab kesan tanah merah tu bersepah kat area pasu bunga yang tinggal.. ok lah.. mari kita mengira ya.. hari rabu sampai hari ahad kira dah berapa hari?? 5 hari kan?? selama 5 hari itu jugaklah tiada orang atau jiran yang datang dan bagitahu dia terlanggar pasu bunga tu.. so memo kat atas tu hari jumaat lagi aku dah prepare.. dan aku sanggup tunggu hingga hari ahad baru nak tampal memo tu.. ni gambar kat bawah ni aku tampal memo tu kat depan pintu pagar rumah aku..


Guys.. aku ni bukan la jenis kedekut tahi idung masin aka Haji Bakhil.. Pasu bunga tu kalu aku nak beli lagi dekat 100 bijik pun aku masih mampu.. yang aku agak bengang ialah... mengapa kita kalau dah rosakkan hak orang tak nak ganti atau berterus terang bagitahu kepada tuan punya.. apa ingat harta orang tu harta kita ke??

FYI, aku pun bukan nak kecoh-kecoh sangat pasal pasu bunga yang tak seberapa pun cuma aku nak orang yang bertanggungjawab tu mengaku dan ganti balik pasu aku.. itu je.. aku ni pun bukan jenis ganggu orang kat taman aku tu.. asal balik kerja je aku duk memerap kat rumah layan kucing aku lagi bagus.. DAN.. sebenarnya aku tahu siapa punya kerja yang pecahkan pasu bunga aku tu.. tak lain ialah jiran *tuuuu* rumah aku jugak.. aku nak tengok sampai bila dia tak nak mengaku.. malam sebelum kejadian memang kereta dia yang parking kat depan pasu bunga aku tu dan aku juga ada 2 - 3 orang saksi lain yang nampak kejadian dia bawak cangkul dan bersihkan sisa pasu bunga yang pecah tu.. best tak?? siap buangkan pasu yang pecah sebab takut aku nampak.. wakakakakakaka...

Tak pasal-pasal student Uniten yang duk menyewa depan rumah aku berjumpa dengan aku masa aku sampai rumah petang tadi.. belum sempat diaorang bukak mulut sebab takut aku tuduh diaorang, aku cakap kat diaorang aku dah tahu siapa yang pecahkan pasu bunga aku dan aku cakap kat diaorang aku tak tuduh diaorang.. diaorang juga turut nampak pelaku ada bawak cangkul bersihkan sisa pecahan pasu bunga tu.. so... nak cakap aku serkap jarang ke?? tak kan?? saksi ada 2 - 3 orang kan?? 



tak mengapalah.. aku akan tengok sampai bila pesalah tu nak berdiam diri.. gentleman la.. kalau dah salah mengaku je la dan mintak maaf.. susah ke?? jangan sampai aku mengamuk.. pernah tengok aku mengamuk?? better jangan lah..


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin