Showing posts with label Kenarianz Club. Show all posts
Showing posts with label Kenarianz Club. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

Aku, Mantan Mr.P dan Kenarianz...





setelah cukup haul maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba..
melepaskan sesuatu yang kita cukup jaga, cukup belai dan kita cukup teliti bukanlah mudah..
terasa sesuatu yang sukar digambarkan mahupun diceritakan kepada sesiapapun dilubuk hati ini..
namun atas dasar kepercayaan dan rasa hormat tanggungjawab sebagai seorang pemimpin..
aku merelakan dan merestuinya..

bergelar sebagai seorang Presiden ataupun pemimpin bagi sebuah kelab permotoran amatlah tidak aku sangka sama sekali ketika menyertai sebuah keluarga besar Kenarianz..
kisah suka duka, susah senang dan tawa gembira bersama sebuah kelab yang cukup kukuh suatu masa dahulu bukanlah mudah untuk aku ceritakan mahupun gambarkan dalam bentuk penulisan terutama didalam blogku yang tak seberapanya ini..
senang cakap, hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimanakah nikmat berkelab ini..
dari Kenarianz lah aku mengenal apa itu erti sahabat sejati..
dari Kenarianz lah aku belajar dan memupuk jati diri yang unggul..
dari Kenarianz lah aku belajar apa itu erti pengorbanan..
dari Kenarianz lah aku mengenal erti kecintaan kepada komuniti dan sahabat mahupun keluarga besar..
dari Kenarianz lah aku belajar dan mengetahui segalanya..

tahun 2005 aku mula daftarkan diri di Forum Kenarianz.com
tahun 2006 aku mula aktif turun NOS setiap jumaat malam sabtu..
aku akan berada di NOS setiap minggu kecuali aku demam ataupun ada urusan yang tak dapat dielakkan..
NOS atau Nes-O Session, konsep yang amat mudah..
tempat untuk kita belajar bersosial dengan orang lain..
tempat untuk kita belajar sesuatu yang kita namakan pergaulan..
bukan kita tak pernah bergaul, namun bergaul di persekitaran tempat kerja dan rumah adalah sesuatu yang amat berbeza kerana NOS merupakan tempat kita bergaul dengan golongan yang mempunyai satu minat dan kegilaan pada satu kenderaan yang bernama Perodua Kenari...

dari NOS aku punyai beratus rakan dan sahabat yang sanggup bersusah senang bersamaku di apa sahaja situasi dan semasa..
di NOS juga aku belajar apa itu erti SMD, Convoi, Family Day, Annual General Meeting (AGM), AutoShow, Radio Amatur, Program Berbuka Puasa bersama Anak Yatim, Asian Festival Of Speed (AFOS), Joint TTS bersama Kelab lain dan bermacam aktiviti bermasyarakat lain yang sangat berfaedah dan memberi manfaat kepada mereka yang terlibat serta masyarakat persekitaran.


tahun 2006 dan seterusnya 2007 menyaksikan Kenarianz mula bergerak kearah pendaftaran kelab secara berdaftar ke ROS memandangkan banyak faedah diperolehi sekiranya sesebuah kelab itu berdafar secara sah dengan pendaftar pertubuhan ataupun ROS.
tahun 2008 menyaksikan satu berita gembira yang mana pendaftaran Kenarianz dengan pendaftar pertubuhan telah diluluskan pada  8hb Ogos 2008 dengan nombor pendaftaran 1392-08-WKL..



tahun 2009 menyaksikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama yang dijalankan di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan pelantikan Presiden Kedua En. Adi Iskandar Elias memegang jawatan Presiden 2009/2011 selepas En.Zulhizain sebagai Protem Presiden 2007dan Presiden 2008.
pada tahun 2011 AGM kedua Kenarianz dijalankan di Permaisuri Beach Resort juga di Port Dickson, Negeri Sembilan.


pada Mesyuarat Agung Tahunan 2011 tersebut menyaksikan aku dilantik sebagai Presiden ketiga Kelab Kenarianz untuk sessi 2011/2013.





masa berlalu dan bejalan tanpa kita sedar..
tahun 2013 Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan pada 5hb januari 2014 yang lalu menyaksikan buat julung kalinya Presiden Kenarianz disandang oleh seorang wanita..
mesyuarat yang dijalankan di Kompleks JKKN, Kota Kinabalu, Sabah dengan sebulat suara dan beliau Ainiliza Usli atau dikenali dengan nama Neija 13 menang tanpa bertanding sebagai Presiden Kenarianz sessi 2014/2016.



serba sedikit inilah sejarah kisah perjalanan hidup sebuah kelab yang bernama Kenarianz..
aku walaupun sedikit terharu, namun dengan bangga dan rela hati menyerahkan tugas yang aku pikul selama 2 tahun yang lalu kepada beliau..
semoga Kenarianz akan terus maju jaya dan terus berkembang disamping meneruskan legasinya sebagai sebuah kelab permotoran yang mengutamakan persahabatan dan kekeluargaan sebagai teras utama didalam kelab yang kami cintai...

tiada apa yang lebih membanggakan aku selain dari terus mempunyai rakan dan sahabat sekelab dimerata pelusuk tanah air disamping ikatan kekeluargaan besar Kenarianz terus utuh tanpa terjejas dimamah usia..
biarlah kami dikatakan kolot serta tidak glamour namun ikatan yang terbina sejak sekian lama semakin utuh dan terus berkembang dengan sikap utama sayangkan kelab terus dipupuk dan disemai dihati sanubari setiap ahlinya..

Selamat Maju Jaya Kenarianz...

Once A Kenarianz.. Always A Kenarianz...



Mantan Presiden Kenarianz Sessi 2011/2013
Asmade Bin Haji Salam
Nick Forum BHF 1932



Tuesday, 21 June 2011

Sepakat & muafakat membawa berkat, bersatulah demi Kenarianz tercinta..







Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sahabat, rakan dan keluarga Kenarianzku semua..

Diam tak diam dah 8 tahun Kelab Kenarianz ini ditubuhkan dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan inayahnya kita masih terus berada di arena permotoran tanah air ini. Jika direnung dan difikir kembali sedalam-dalamnya, apakah yang menjadikan kita sebagai satu kelab yang paling bertahan lama maka kita akan ketemui jawapannya.

Perselisihan faham, pertelingkahan, berlainan pendapat merupakan asam garam didalam kita berkomuniti, namun apa yang paling penting ialah bagaimana cara untuk kita meneruskan apa yang kita perjuangkan selama ini dengan cara yang paling berhemah serta mencapai “consensus” bersama-sama tanpa menimbulkan masalah dikemudian hari.

Persefahaman, bersatu hati, sebulat suara, bersependapat serta kasih sayang sesama ahli kelab merupakan kunci serta perkara yang paling penting didalam komuniti yang unik seperti kenarianz. Itulah antara rahsia mengapa kita masih terus bertahan sehingga kini. Memiliki aksesori terkini, rim sukan berjenama, cat berharga 4 angka, absorber berjenama milik kenderaan Ralli, jentera terkuat dan berprestasi tinggi tidak akan bemakna jika minat kita itu tiada orang yang sudi berkongsi serta menghargai.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh… Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat.. Begitulah bunyi kata-kata yang kita saban kali dengar semenjak kita kecil sehinggalah masa kini. Apa yang terjadi tidak akan terjadi dengan sendiri dan begitulah kenarianz. Kenarianz tidak akan bertahan sehingga kini jika tiada ahli-ahli yang bersatu hati, bersemangat “Truly Kenarianz” dan sanggup berkorban untuk kelab walau apa pun dugaan. Kita adalah kita dan semua perlu memainkan peranan sebagai ahli seumpama didalam satu bahtera semua orang perlu menyumbang tenaga tak kira hatta sebesar zarah sekalipun.

Demi masa depan kenarianz, kitalah yang akan mencorakkan halatuju serta mengemilangkan kenarianz dimata masyarakat. Janganlah kita hanya bersama ketika senang tetapi ketika susah kita menghilangkan diri serta menyepikan diri. Buktikan kepada masyarakat bahawa kita adalah kenarianz sebenar dengan apa sahaja yang kita buat kita akan jadikan ia yang terbaik dan dalam masa yang sama kita akan gembira melaksanakannya. Slogan “ We are not the best.. But.. We are the best in whatever we do” perlu dihayati dan ditanam didalam hati setiap kenarianz dan semoga masa depan kenarianz akan terus gemilang dan bersinar.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama jadikanlah Kenarianz satu kelab yang kita banggakan dan kita sayangi hingga keakhir hayat. Tahniah sekali lagi kepada Kelab Kenarianz sempena ulang tahun ke 8.

Yang menjalankan tugas,


Asmade Bin Salam

Presiden

Kelab Pemilik dan Komuniti Perodua Kenari Malaysia (Kenarianz) 1392-08-WKL

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin