






"Sometimes you have to forget what's gone,Appreciate what still remains,and look forward to what's coming next"







Diam tak diam, dah 3 tahun lebih aku berblog ni rupanya.. Entri aku yang pertama adalah pada 25 November 2008.. Masa tu bahasa blog ni agak carca marba dan rojak buah habis.. Aku berblog untuk meluahkan apa yang ada didalam perasaan serta kepala otak aku dan kadang-kadang tu biasalah, emosi menguasai fikiran jadi hasilnya satu karya yang beremosi jugalah.. Adakah aku menyesal kerana menceburi arena blogging ini?? Tidak.. Sama sekali tidak.. Bagi aku, apa yang aku nak lakukan akan aku fikirkan dan teliti berulangkali sebelum aku ambil keputusan menjalankannya.. Mengapa?? Berdasarkan pengalaman hidup dan apa yang telah aku pelajari serta diajar, maka penelitian serta pemikiran perlu dibuat sebelum suatu keputusan dibuat.. Kerana bagi aku, aku tak mahu aku membuat sesuatu kerana trend, terikut-ikut, terpaksa ataupun dipaksa.. Lebih buruk lagi kalau kita dilihat seperti hangat-hangat tahi ayam.. Dan bagiku berblog merupakan tempat aku untuk mengajar diriku serta berkongsi pengalaman hidup dengan sesiapa yang berminat untuk belajar bersama-sama denganku.. Tak kiralah berapapun usia mereka.
Benar, didalam hidup kita ini bukan hanya yang tua sahaja tempat kita mendapatkan rujukan, mereka yang lebih muda juga jangan kita pandang remeh atau sinis kerana setiap manusia ada keistimewaan masing-masing yang kita tidak ketahui.. Dan apa yang paling penting sekali didalam hidup kita ini ialah, keperluan untuk merendah diri tanpa mengira masa. Tak rugi pun kalau kita merendah diri kerana ilmu yang kita ada hanyalah seperti setitik jarum dilautan, itulah perbandingan ilmu manusia dengan ilmu Allah S.W.T yang Maha Pencipta..
Sebenarnya plan asal aku hari ini ialah untuk pulang ke kampong isteriku di Pahang, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksa aku tunda keesokkan hari (Hari Isnin). Syukurlah kerana hari isnin masih lagi merupakan hari cuti bagi Malaysia kerana tarikh 1 Januari yang jatuh pada hari ahad. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bakal bersekolah rasanya ada yang akan membuat lawatan mesra ke sekolah anak-anak masing-masing atas sebab orientasi dan pendaftaran. Jadi peluang sebegitu secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mendapat maklumat serta menziarahi bakal tempat anak-anak mereka menimba ilmu.. Teringat pula aku pada hari dimana aku terbangun dari tidur dan hari tersebut merupakan hari pertama persekolahan.. Dah 22 tahun pun peristiwa tersebut berlaku dan apa yang aku masih ingat sampai sekarang ialah aku seperti rasa kehilangan sesuatu iaitu alam persekolahan.. Kalaulah dapat aku ulangi semula zaman persekolahan tersebut aku rasa aku tak akan mensia-siakan alam tersebut dan akan belajar bersungguh-sungguh serta menikmatinya tanpa rasa jemu.. Hmmm.. Kenangan tetap akan menjadi sejarah dan segalanya telah kusimpan dengan rapi dan ia merupakan lipatan sejarah didalam kehidupanku.
Hendak ku teruskan namun mata semakin berat dan sebelah pagi yang tinggal berbaki beberapa jam sahaja lagi ini aku terpaksa memandu untuk ke Pahang. So aku rasa aku patut berundur diri buat masa ini dan insyaAllah ada masa terluang akan aku masukkan entri yang lain didalam blogku yang tak seberapanya ini.. Sehingga itu.. Assalamualaikum semua..

