Friday, 23 March 2012

Perangai Yang Macam Taik...

fact is fact..

kalau benda dah tak betul selama ni takkan kita nak teruskan selamanya..

semalam merupakan satu hari yang agak panassssss....

bermula dengan event biasa yang dinamakan perhimpunan pekerja..

setelah semua selesai macam biasa ada jamuan makan diadakan..

makan punya makan punya makan maka kita pun kenyanglah..

terperasan juga ada sorang kakitangan kontrak berjalan berlenggang keluar dari kantin

dalam hati aku bertanya jugak, aih... mamat ni tak makan ke??

selalunya dia musti makan..

rupanya ada cerita disebalik mengapa mamat tu tak makan tadi..

mamat tersebut tengah beratur nak mengambil makanan namun..

tiba-tiba beliau telah diberitahu supaya tidak makan makanan yang disediakan..

alasannya makanan tersebut hanya untuk staff..

aku mula-mula terfikir mungkin makanan tidak mencukupi..

jadi mungkin atas alasan tersebut beliau tidak dibenarkan makan..

selasai makan aku masuk kedalam ketempat hidangan makanan,

YaAllah.. terus darah aku menyirap..

lauk pauk semua ada banyak lagi..

dan ada segolongan manusia sedang scavenge lauk pauk tersebut..

hati ku mula berbelah bahagi..

ya betul rezeki ada tak baik membazir namun..

kalau ada orang lain yang tak dibenarkan makan dan majlis masih belum tamat..

boleh kah kita atau sopankah kita untuk membungkus makanan yang dihidangkan??

perkara masih panas dan aku buat komen di FB..

mungkin agak sedikit provokatif namun niatku bukan nak menembak sesiapa

seperti biasa setelah di Fb sudah tentu ramai yang membacanya..

datanglah seorang insan yang tidak bersetuju dengan tindakan aku..

sekali lagi aku terangkan dan nyatakan bukan niatku nak mengenakannya..

aku menyalahkan sistem yang telah wujud sekian lama..

mengapa bila ada function hanya staff yang diberikan makanan?

berapa sen lah sangat nilai makanan dengan harga pengorbanan serta titik peluh kakitangan kontrak yang selama ini membantu memajukan tempat kerja?

mengapa mereka dinafikan hak untuk makan bersama kita??

adakah mereka manusia kelas kedua sehinggakan hanya dibenarkan makan setelah staff selesai makan??

YaAllah.. mereka juga manusia dan BUKANnya BINATANG..

aku kat rumah sendiri kadang-kadang pastikan kucingku makan terlebih dahulu barulah aku makan inikan pula tempat kerja yang gah dengan semangat team work dan pelbagai serta inisiatif namun bab-bab kemanusiaan seperti makanan dan free gift seperti menjadi rebutan?

pernah ke kalau kita pergi ke satu jamuan, kita tidak dibenarkan makan?

ataupun kita hanya dibenarkan makan setelah tuan rumah selesai makan??

Shit!!!! cubalah letakkan diri kita ditempat mereka..

undang-undang buatan manusia dan bukannya Hukum Allah..

so bertimbang rasa lah sedikit..

itu sebabnya jika selama ini amalan yang telah kita amalkan itu tidak betul,

adakah kita nak teruskan amalan tersebut??

masa untuk berubah.. sampai bila kita nak melayan pekerja kontrak kita sebegitu rupa?

dalam hati kalau kita dah tersimpan niat nak bawak balik lauk pauk sebelum kita datang ke majlis tersebut... eloklah berubah...

tak terasa berdosakah kita sedang orang lain tidak dibenarkan makan dan kita pula mengambil hak mereka??

makanan jangan dibuat main.. ia menjadi darah daging dan keturunan..

so janganlah disalahkan anak cucu serta keturunan kita sekiranya mereka juga bertindak seperti itu dilain masa sekiranya kita masih tidak sedar dan berubah..

YaAllah aku sungguh malu dengan perangai manusia sebegitu..

semoga aku tidak tergolong didalam golongan tersebut..




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin