tanggal 27 februari 2014 aku mendapat satu berita yang mengejutkan..
selepas disember lalu aku melalui sesi temuduga, maka hari itu 27 feb 2014 aku mendapat satu email..
email tersebut beserta dengan surat.. surat yang telah aku tunggu sekian lama..
surat tawaran kenaikan pangkat sebagai pegawai pengurusan dan pentadbiran, gred e12
masakan tidak aku menunggu surat ini sekian lama..
aku pernah belajar secara part time ataupun PLK di UiTM selama 5 tahun pada tahun 2000..
aku terpaksa berhenti kerana pointer aku tidak melayakkan aku utk meneruskan pengajian walaupun aku telah habiskan 5 tahun sebelum ini utk belajar.
tahun 2006 aku mengorak langkah dengan meneruskan pengajian ke MMU dan bertukar bidang ke HRM.
genap 4 tahun ataupun 12 semester pengajian aku habiskan dengan hanya1 repeat paper.
tahun 2010 aku menamatkan pengajian pada bulan April dan convo aku ialah pada bulan Julai 2010.
selepas tamat pengajian aku dah mula memohon utk kenaikan pangkat namun rupanya kpi aku x lepas 55% dan menyebabkan aku terpaksa menunggu sedikit masa lagi..
tahun 2013 aku rasa kehangatannya apabila pada hujung tahun tersebut aku dipanggil untuk sesi temuduga..
aku sesi temuduga aku tak rasa risau atau gentar kerana tugas aku sebelum ini banyak berdepan dengan orang ramai, jadi kalau ada sesi temuduga pun aku rasa macam sesi presentation je..
alhamdulillah sesi temuduga telah aku lalui dengan terbaik dan satu soalan yang telah aku jangkakan akan dilontarkan kepadaku..
"kalau en. asmade ditukarkan luar dari lembah kelang ni macam mana?"
aku yang memang dah standby dengan jawapan menjawab dengan penuh sopan soalan yang dilontakan..
"saya terpaksa menolak encik sebab saya kena jaga kedua orang tua saya.. mereka berdua kena buat pemeriksaan kerap di HUKM dan mereka berdua mengharapkan saya untuk urusan pergi dan balik ke HUKM. lagipun hanya saya sahaja yang paling dekat dengan rumah kedua orang tua saya"
panel temuduga bagi lagi satu soalan yang agak maut kalau nak dijawab
"jadi en.asmade mengurangkan peluang en.asmade untuk kenaikan pangkat dengan tindakan sebegitu.."
sudah jadi kebiasaan ku iaitu aku gemar bagi jawapan yang membuatkan orang tak boleh nak menjawab lagi jika aku bersuara.. pendek kata aku ni suka jawapan anti-klimaks..
"tak mengapalah encik kalau saya tak naik pangkat pun sebab itu sahaja kedua orang tua saya yang masih ada"..
tengok lah jawapan aku.. memang panel terus terdiam dan tak boleh nak tanya lagi..
bukan niat aku nak kenakan mereka namun memang itu jawapan aku yang seikhlas mungkin kerana aku memang tak pandai sngat nak menipu..
selesai temuduga maka sesi menunggu pun bermula.. hari berganti hari.. minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.. 27 febuari itu lah berita gembira yang aku tunggu-tunggu.
aku kena lapor diri pada 3 mac di Pejabat Pengurus Besar (Projek Utama) di Amcorp Mall.
pada tarikh yang ditetapkan aku pun terpacaklah di tingkat 6 Amcorp Mall awal-awal pagi dengan hati yang sungguh berbunga..
dipendekkan cerita.. sesi pengenalan diri antara aku dengan Pengurus Kanan Operasi Datuk Shuhaimi bertukar menjadi mimpi ngeri..
"inilah orang kita Datuk yang akan ke Projek Perai" ujar Pn. Saidatul Nur kepada Datuk Shuhaimi..
berderau darah aku... aku ni salah dengar ke?? sekali lagi Pn. Saidatul Nur memperkenalkan aku sebagai pegawai yang akan bertugas di Projek Perai kepada salah seorang pegawai lain yang berada dalam bilik Datuk Shuhaimi.
hmmmm... aku dah jadi tak tentertam dan serba salah..
cukup lunch hour sahaja aku minta diri untuk kembali ke stesen.
dengan HR stesen aku berbincang dan bertanya pendapat..
beliau tidak dapan nak menolong banyak..
aku dah nekad.. jika tak dapat bertukar dengan sesiapa sahaja di sekitar lembah kelang aku akan tolak kenaikan pangkat tersebut..
alasan aku mudah dan firm... mak ayah aku siapa yang nak tengok??
so daripada aku tak tenteram kerja di perai memikirkan mak ayah serta isteri aku disini lebih baik aku tolak tawaran kenaikan pangkat tersebut..
entahlah mungkin nak dijadikan cerita.. kalau niat kita ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan olehNya..
satu hari aku call HR Projek Utama.. tetiba satu hamba Allah minta nak bercakap dengan aku.. beliau memperkenalkan diri sbgai Riduan. Beliaulah banyak menasihatkan aku supaya jangan tolak tawaran tersebut, sebaliknya buat surat atau email ke Dato' Muhammad Razif terus dan mohon beliau pertimbangkan permohonan aku berdasarkan alasan2 aku..
so bermulalah satu karangan yang panjang lebar ke Vice Presiden Human Resource TNB dan aku emailkan melalui PA beliau.
sehari selepas itu PA beliau email kepadaku bahawa email aku telah diterima olehnya dan diFWD ke Dato Muhammad Razif sendiri..
sama jugak, sedikit kesabaran diperlukan dalam proses-proses yang aku kena lalui dan tempuh ni.
tanggal 17 april 2014 aku dikejutkan sekali lagi oleh Kak Faridah dengan satu surat Pertukaran Penempatan Kenaikan Pangkat Pegawai Pengurusan dan Pentadbiran, Gred E12..
Syukur padaMu YaAllah.. Permohonanku diterima.. dan aku kena melapor diri ke Ibu Pejabat Bahagian Penjanaan pada 21april 2014..
selepas itu bermulalah jamuan dan ucapan tahniah yang ku terima..
serius aku berjanji dengan diriku sekiranya aku ditukarkan ke tempat selain lembah kelang aku akan tolak tawaran tersebut... kerana aku memikirkan mak dan ayah aku tiada siapa lagi yang mereka nak harapkan.. tak mengapalah aku berkorban untuk mereka berdua.. rupanya Allah Maha adil.. Maha mendengar dan Mengetahui... Setiap semua yang terjadi ada hikmanya..
anyway.. aku dah dekat seminggu berada di HQ Generation ni... terlintas nak share dengan korang.. tu yang aku start mengetuk papan kekunci..