Ni merupakan mod Mekanikal yang paling aku gemari kerana saiznya yg agak cumel..
Mekanikal Mod ni diberi nama DS-Mod V2
oh ya mod ni aku beli dalam bulan lepas
Kenapa aku suka DS Mod ni ya??
simple yet ianya jenis Telescopic..
maknanya bodynya boleh dipanjangkan atau dipendekkan mengikut bateri yang kita gunakan..
ok.. dalam dunia vaping ni ada beberapa jenis rechargeable bateri yang sangat biasa dijumpai..
antara yang sangat famous.. 18650, 18490, 18350 dan beberapa jenis lagi..
senang je nak kenal bateri ni sebab ada label kat setiap bateri tu.. hehe..
18650 bermaksud.. 18mm ialah untuk diameter dan 65 ialah 65mm panjang..
so kalau 18350 pulak ialah 18mm diameter dan 35mm panjang..
begitulah seterusnya..
kalau nak pakai yang tahan lama carilah yang mAh nya tinggi sedikit..
contoh 18350 800mAh akan lebih cepat kena recharge daripada 18350 1200mAh..
ni basic konsep maaaa... ingat lagi KCL KVL??
kembali kepada DS Mod V2, kenapa ada V1, V2 dan V3 ya??
biasalah.. setiap batch pengeluaran untuk Mech Mod ni pasti ada upgrade yang dilakukan oleh pengeluar..
ni sedikit yang aku perasan V1 member aku dan V2 aku punya..
satu V1 agak kasar buatannya.. Firing button punya coating pun tak berapa cantik..
tengok perbezaan saiz diameter di Firing Button V1 dan V2..
V2 sebelah kirilurus dari body firing button hingga keatas..
manakala V1 sebelah kanan body di Firing Button agak besar sedikit..
yang lain-lain tak nampak beza sangat lah..
anyway.. aku tengah stop vaping dan smoking kejap kerana dilanda sakit tekak dan batuk..
biasalah.. macam rokok jugak kadang-kadang alu ter"over dose" lalu sakit tekak pun melanda..
malam kelmarin dengan ubat batuk serta fisherman friends yang dah habis aku pun gagal untuk melelap mata lalu terbatuk serta berkokok hingga keawal pagi..
haha.. nampak macam kesian je tiada siapa pun pedulik kan..
actually wifey ada terbangun sebab dengar aku duk batuk dan buat air bagi legakan sedikit batukku..
alhamdulillah pastu leh sambung batuk.. eh.. sambung tido dengan aman..
ok.. ni posing maut masuk majalah mangga dan URTV aku punya Mech Mod..
leh la dengan Tank AGA T+ siap pyrex..
so vaping menggunakan "Mesh" la sekarang..
satu lagi set up yang baru dipelajari dan digunakan..
korang perasan dak kenapa vaping ni selalu buat meet dekat kedai minum atau mamak??
hehe.. tak ada sebab apa sebenarnya.. tak kan la nak lepak kat tepi jalan atau dalam tandas awam kot??
hehe.. vape ni perlu minum air agar tekak tak kering..
so tempat lepak paling best mcm hobby lain ialah kedai mamak la.. hehe..
sebelum mengundur diri..
ni set up Dripping Tank member aku punya Voller SS-C dan DS Mod aku..
DS Mod sebelah kiri..
Voller SS-C punya special ialah Firing Button leh set kat bawah atau kat atas..
hehe.. ok la.. sambung lagi lain kali eh..












