Showing posts with label Transformasi. Show all posts
Showing posts with label Transformasi. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

Tabahkan hati.. Bersihkan minda dan sentiasa berfikiran terbuka serta positif..



dah sebulan lebih aku kat HQ..
macam-macam aku nampak dan alami..
tapi setakat ni aku masih boleh absorb apa saja..
maybe sebab pengalaman lepas bekerja dengan bermacam jenis orang membuatkan aku bersedia..
bersedia menghadapi berbagai karenah serta perangai orang..
terus terang aku cakap berkawan dengan orang yang gred gajinya rendah ni mereka lebih jujur..
tah la bagi aku gred gaji je atau pangkat je rendah.. namun mereka mempunyai hati budi yang lebih mulia..
mereka lebih berterus terang dan tidak hipokrit atau berpura-pura..

pernah tak korang jumpa orang yang senyum dan dalam masa yang sama mencebik bibir??
pernah tak korang jumpa orang yang buat donno je padehal masing-masing pernah berjumpa sebelum ini??
pernah tak korang jumpa orang yang tak menjawab sepatah haram padahal tak ada orang lain pun kat sekitar tempat tu..
pernah tak korang dapat email yang kutuk korang dalam email yang sama sbb kes fwd-fwd email la ni..
hipokrit kan?? berpura-pura..

prinsip aku so simple..
kau baik dengan aku, aku akan 1000 kali baik dengan kau..
kau buat tak tahu dengan aku maka aku akan 1000 kali buat tak tahu dengan engkau..
tak susah pun kan...

buat apa la aku nak pening-pening kepala..
baik aku layan mereka-mereka yang lebih ikhlas didalam segalanya..
tidak hipokrit..
tidak berpura-pura..
tapi apapun aku tak akan mengalah..
ini sahaja peluang kerjaya yang aku ada..
aku tak akan lepaskan atau mengalah...

bagi aku biarlah kita seikhlas mungkin dalam berkawan..
siapa la diri kita tanpa kawan yang baik..
pepatah dulu2 ada pernah berkata..
nak kenal kita siapa maka kita lihatlah kawan2 kita...
ikhlas jujur toleransi sentiasa bersangka baik..
itulah rahsia untuk kita kekal didalam berkawan..

InsyaAllah...

Sunday, 13 January 2013

Transformasikah?


inilah rupa keretaku 9 tahun yang lalu ketika aku membelinya..


yang bawah ni dikenali dengan Move Aerodown (aku pakai sekarang bodikit ni)





manakala yang bawah ni pulak dikenali dengan Move Peanut 


yang kaler putih ni Move RS


yang merah kat bawah ni dipanggil Move SARD (wide body)


ni pulak antara legend dlm keluarga Move dipanggil Aero Magic Jr.


seterusnya yg putih bawah ni Move DCN


Flat Green ni American Metal 1


Si Kuning ni dikenali dengan American Metal 2


seterusnya Move Urban Rapid


yang terakhir ni Move Casual Memorial



begitu banyak kan bodikit untuk dipasang atau digantikan ke Kenari ini..

entahlah.. rasa macam dah sedikit boring dengan bodikit sekarang..

walaupun yang aku pakai sekarang ni agak sesuai untuk orang yang dah pencen main bodikit..

namun......

masa yang akan menentukan..

adakah aku akan tukar ataupun tidak...

hmmm...

so tunggu....



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin