Showing posts with label My Hero. Show all posts
Showing posts with label My Hero. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

berkorban apa sahaja..


pengorbanan..

sering dilupakan..

inilah wira yang tak didendang..



tersalah langkah....

buruk akibatnya...


namun bagiku..

mereka tetap sang hero..

pengorbananmu kuhargai...



Thursday, 3 January 2013

RIP PW 1 (RTD) Kanang anak Langkau (1945-2013)

Agak sedih bila terbaca mengenai berita ini..



pic Credit to Blog Serius


aku amat menyanjungi pekerjaan beliau..

mungkin sebab aku membesar didalam keluarga tentera..

abah merupakan salah seorang yang telah berjuang untuk negara menentang pengganas komunis diserata malaysia..

aku masih ingat sewaktu kecil aku ditinggalkan di kem bersama kakak dan adikku ketika abah "operasi"

dengar macam best je kan operasi.. namun apa yang didengar tidaklah seindah rupa..

abah dan seluruh anggota tentera bergadai nyawa untuk negara

menentang saki baki pengganas komunis ketika awal 70'an hingga akhir 80'an..

kami hidup di kem keadaan keselamatan memang terkawal namun..

abah serta anggota tentera lain yang menyertai operasi sanggup menggadai nyawa demi negara yang tercinta..

setiap kali abah pulang kami cukup berasa lega..

manataknya.. setiap kali operasi kami mula risau, risau dengan keselamatan abah serta anggota tentera yang lain..

sebab itu hingga kini aku amat sayangkan abahku.. biarpun beliau sedikit uzur namun aku tetap kagum dengannya..

dialah heroku.. dialah supermanku.. dialah yang paling aku sanjung selain anggota tentera yang lain..

menggadai nyawa demi negaraku yang tercinta..

itulah sebabnya bila terbaca kisah atau berita pemergian hero-heroku ini aku agak sedih..

biarpun tidak aku kenali mereka, namun jasanya cukup untuk membuat aku mengagumi mereka..

apakan daya peluangku untuk berbakti seperti mereka sudah tertutup apabila aku gagal temuduga pengambilan pegawai kadet di Kem Sg. Ara, Pulau Pinang hampir 23 tahun lalu..

mak pernah memujukku ketika aku gagal temuduga tersebut..

mak kata.. "Tak mengapalah.. Kalau tak jadi Tentera, Jadilah Jurutera"

kerja tu pun berbakti kepada negara jugak tu..

demi mengenang jasa Mendiang Kanang Anak Langkau dibawah ini ada sedikit artikel yang aku copy dan paste dari Wikipedia.. baca dan hayatilah kisah hidup mendiang..


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kanang anak Langkau (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.
Dilahirkan di JulauSarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah HitamPerak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.
Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.

'Agi Idup Agi Ngelaban!'

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin