diam tak diam dah hari jumaat arini..
entri ni aku karang setelah orang semua dah mula meninggalkan opis..
aku??
kenapa aku tak balik lagi?
orang umah aku tak sihat jadi dia tak kerja dan berehat dirumah..
jadi aku tak menjemputnya seperti biasa di Hentian Komuter Serdang..
satu minggu yang agak panas ini ku kira telah aku lalui dengan seribu rasa..
perasaan yang bercampur baur dan sebagainya..
dari sibuk berjumpa customer hinggakan berjalan ke selatan tanah air bagai terasa baru semalam sahaja berlalu..
isu hangat angkara status di FB secret group yang bukan lagi secret menambah sedikit perasa didalam kehidupanku..
kini aku tahu dan lebih faham apa itu maknanya kawan dan siapa yang boleh dinamakan sahabat dan apakah itu Back Stabber..
setelah selesai hari mencari siapa Culprit yang menghuruharakan keadaan tempoh hari, aku perasan ada 4 5 orang yang bertanyakan samada aku Ok atau tak..
mula-mula aku tak perasan dan aku jawab aku ok je la..
kemudian aku terfikir.. oooooo... ni mesti lepas event firing tu terjadi rasanya mereka risaukan aku kot-kot moral aku down selepas kejadian..
haha.. aku mula tersenyum seorang.. betapa dalam banyak-banyak orang ini ada jugak yang sependapat dengan ku rupanya..
entahlah.. malas aku nak mengungkit peribadi orang, bahkan untuk bicarakannya pun aku rasa sangat tak selesa..
tak mengapalah.. aku kenal dia sejak masuk kerja sehingga kehari ini dan aku lihat perubahannya sedikit demi sedikit..
sedangkan pantai berubah, inikan pula manusia..
aku sedar aku siapa.. namun setelah apa yang terjadi aku berjanji dengan diriku, jika engkau boleh bertindak sedemikian pada diriku tak mungkin lagi keadaannya akan sama selepas ini.
aku bukan berdendam sebab bagiku biarlah Allah sahaja yang menjadi pengadil..
sebab dia yang Maha Pencipta..
cuma aku tak akan jadi sama seperti dulu..
no more anything from me...
kau dengan pendapat engkau..
biar aku meneruskan kehidupan aku tanpa memeningkan kepalaku..
EGO kau memang begitu..
dari dulu tak berubah..
tegakkan benang basah seperti yang engkau mahukan..
puaskan hati engkau dengan segala bicaramu seperti aku tunggul kayu didalam sesi mencari siapa culprit tersebut namun aku tetap cool dan buat muka poker seolah-olah bukan aku culprit yang sebenarnya...
tak mengapalah..
itulah kemahuanmu kan??
sebelum mengakhiri entri dihari jumaat yang mulia ini..
esok juga merupakan hari yang agak sibuk bagi kelabku..
invitation untuk keudara di TV3 telah tertunai pada pagi Khamis 29 Mac 2012 jam 7.30 pagi..
esok kami akan bersama Aman Palestine berconvoy dari Masjid Jalan Duta ke Masjid Shah Alam demi menyokong event Pembebasan Palestine..
convoy yang akan disertai hampir 100 biji kenderaan Perodua Kenari serta beratus lagi kenderaan lain akan diescort oleh Polis menuju ke destinasi..
hmm.. doaku semoga hari esok akan berlangsung dengan jayanya.. InsyaAllah.. Amin..
No comments:
Post a Comment