rasa sangat-sangat tak best..
entah.. perasaan aku je kot..
semalam sesi "mencari siapa dia culprit sebenar"
kita bila bercakap dengan hujah yang telah kita rancang memanglah hasilnya akan berpihak kepada kita kemenangannya..
well... aku cool dan buat muka poker sepanjang penghujahan..
tak mengapalah.. biarkan sahajalah benang yang basah tertegak jika itu kemahuan sebenar..
cuma satu.. kau boleh gunakan ayat al-quran, hadis sahih dan sebagainya tetapi kalau niat sebenar nak menegakkan benang yang basah dan mencari siapa culprit sebenar, kau pun sama la.. cakap A - Z mengenai hukum hakam, perli konsep keadilan dan sebagainya namun hakikat sebenar...
kau nak tahu kebenaran dengan temuramah satu persatu?? ikan bilis kalau jumpa ikan yu atau paus apa dia buat?? bolehkah kebenaran sebenar terdedah dengan hanya menyoal individu tertentu tanpa perbicaraan??
fact is kau bukan nak dedah perkara sebenar apa yang terjadi.. kau lebih nak mencari siapa yang membuat keadaan jadi huru hara atau dengan kata lain menggugat keharmonian kononnya..
adil?? apa maknanya adil?? meletakkan hukum pada sesuatu yang kau fikirkan sesuai mengikut keadaan bukannya adil beb.. adil kalau orang lain makan beratur kau makan meja khas? adil kalau orang lain bersusah payah kau dengan sedapnya mengaku ini semua kerja kau??
persoalan sebenar tidak terungkai namun hukum telah dijatuh dan aku lah culprit yang sebenar...
hmmm... aku tenang dan bersabar sebab aku menghormati mereka yang tertentu..
aku tak mahu dikatakan kurang ajar semasa acara tersebut berlangsung..
tak mengapa kau kata dan tuduh aku macam-macam..
tapi ingat... ini merupakan kali terakhir kau akan dapat kerjasama dari aku...
kau menegakkan benang yang basah sebab kononnya malu orang mengata unit kau..
sedarlah.. unit kau memang begitu dan pimpinan kau memang begitu..
aku tetap tenang dan cool..
tak ada apa yang perlu aku takutkan kerana aku tetap dengan pendirian aku..
aku tetap aku..
aku tak akan berganjak dengan pendapatku...
tak mengapalah....
ini mungkin masa mu...
1 comment:
cool
Post a Comment