Thursday, 12 April 2012

hanya kau yang sudi menemaniku dikala aku memerlukan.. terima kasih TheRed 1..

quite a busy and a hectic day seminggu dua ni..

ke pasir gudang lagi aku awal minggu aritu..

awal pagi seawal 4.20 pagi TheRed 1 setia menemani aku ke arah selatan tanahair..

4:20 Bangi

4:50 Seremban

5:04 Pedas Linggi

5:15 Sempadan Melaka

5:31 Ayer Keroh

5:40 Jasin Merlimau

5:44 Sempadan Johor

5:46 Tangkak

6:02 Pagoh

6:26 Yong Peng (Solat Subuh 10 minit)

6:47 Ayer Hitam

6:52 Machap

7:00 Simpang Renggam

7:10 Sedenak

7:23 Tol Gelang Patah (RM 39.10)

7:28 Kulaijaya

7:32 Tol Senai

7:53 Exit Tol Masai Pasir Gudang (RM 7.60)

percaya atau tidak semua ini aku catit di handphone sepanjang aku memandu

satu nak hilangkan mengantuk

dua nak hilangkan boring sepanjang memandu

syukur aku tiba dengan selamat di destinasi

walaupun hujan serta angin agak kuat disepanjang lebuhraya

membuatkan TheRed agak terhuyung hayang

Hotel Selesa Pasir Gudang..

dimana acara Vendor Day gabungan 4 stesen SJPJ, SJJC, SJTJ & SJSI

selesai acara di Hotel Selesa aku menuju ke arah Tampoi

Makcik ku iaitu adik kepada ibuku menungguku disana..

sempatlah singgah di KIPMart Tampoi Indah

sebelum aku kerumahnya di Taman Tampoi Indah untuk mandi dan solat jamak qasar

selesai menunaikan tuntutan Ugama aku melihat2 keretanya iaitu

Chevrolet Aveo yang dah mencecah 10 tahun

sebelum aku mengajarnya cara untuk meletakkan RQ ETB

hanya setelah dia membaiki kebocoran di Valve cover nanti..

tak tunggu lama aku teruskan pemanduan kearah utara semula..

di Tol Senai Utara untuk ke JPO.

malas nak membelibelah

so aku layankan sahaja apa yang ada dijual disana..

murah??

anda nilaikan sendiri jika ada kesempatan kesini nanti..

pemanduan diteruskan kearah utara

dengan jalan yang agak sesak

hujan turun dan berhenti..

lori bermaharajalela di lebuhraya..

aku agak mengantuk dan berhenti sekali lagi di Hentian R&R Machap..

sedikit pisang salai ku beli

memandangkan makanan kegemaranku itu sangat susah untuk diperolehi di sana

aku teruskan lagi pemanduan dengan kadar kelajuan yang kadang-kadang laju

kadang-kadang perlahan..

kemengantukan semakin menyerlah bila kegelapan kian menjelma..

entah..

berapa kali aku memandu sambil terlelap

dari lorong laju aku ke lorong kiri dan pemanduan semakin perlahan..

hentian Ayer Keroh aku berehat sekali lagi sambil menyegarkan mata dan muka..

agak segar sedikit aku kembali bertarung dilebuhraya..

kemengantukan semakin menyerlah apabila tiba di lebuhraya 3 lorong

dan aku kembali ke lorong paling perlahan..

entah berapa kali aku memotong lori yang sama yang mana

kemudiannya ia memotongku kembali..

terasa seksanya nak menyampaikan ke senawang

dan melalui seremban..

dah tak tertahan lagi ..

hentian R & R Seremban menjadi tujuanku..

dihadapan Shell tersebut aku melelapkan mata

ingatkan sekejap..

hampir 45 minit juga rupanya..

9:00 -----> 9:45

setelah betul-betul segar aku kembali bertarung dilebuhraya

hinggalah aku tiba dengan selamat ke rumahku..

keesokkan harinya syukurlah merupakan hari cuti

juga aku habiskan dengan berehat dan tidur hingga ke petang

akibat keletihan yang teramat sangat..

apapun syukurlah..

aku selamat didalam perjalananku

demi tugas...


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin