Thursday, 29 December 2011

Anniversary ke 15.. Terima kasih Sayang...





Ya Allah.. Aku terlupa…

Something trigger aku pagi tadi semasa mendengar radio Sinar.fm.. korang agak-agak apa??
Aku baru teringat 24/11 yang lalu sepatutnya adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan aku yang ke 15..
MasyaAllah.. aku betul-betul terlupa..

Aku: Sayang tahu tak 24/11 dah lepas??
Isteri: Ada apa ek?? (Terdiam seketika).. Laaaa tarikh kita kawen..
Aku: Nasib la dua2 lupa.. Hehehe..
Isteri: hehe (Sambil Tersenyum).. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita Abang..
Aku: Selamat Hari Ulangtahun.. (Selamat aku.. dia pun terlupa..)

Hmmm.. Apa nak buat, dah masing-masing terlupa..
Hampir 17 tahun yang lalu aku kenal seorang insan yang mana dia akhirnya aku kahwini dan dia jugalah yang menjadi isteriku hingga ke saat ini..

Pelbagai asam garam kehidupan berumahtangga telah aku lalui sepanjang tempoh itu..
Perselisihan faham, pertengkaran dan segalanya telah aku lalui.. Persefahaman, bertolak ansur, pengorbanan, kepercayaan merupakan amalan yang kami lakukan dan formula tersebutlah yang membuatkan kami kekal hingga saat ini dan doakan agar kami kekal buat selamanya..
Aku nak bercerita panjang lebar namun hati bercampur baur dengan pelbagai perasaan membuatkan aku rasa aku akhiri entri kali ini hanya setakat ini sahaja.. Apa yang penting ialah aku dah plan untuk Special Dinner kat tempat favorite kami sambil aku memberinya Special Gift..

Apapun aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberiku peluang untuk berkongsi hidup dengan seorang insan yang bernama Rahimah Bte Othman…

2 comments:

Unknown said...

Happy Anniversary.....
Semoga kekal hingga akhir hayat

Asmade Salam said...

Terima kasih Ibu Faqihah... ;-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin