Huh.. Tahun Baru 2012 bakal menjelma dalam sejam setengah sahaja lagi. Bagi sesetengah orang, mungkin malam ini dihabiskan dengan bertumpu ditempat tumpuan ramai seperti Dataran Merdeka, Putrajaya, Dataran Kemerdekaan Shah Alam (mendengar Ceramah Ustaz Azhar) dan beberapa tempat lain lagi, namun bagi aku.. Nak suruh aku keluar malam-malam ni kecuali urusan penting selain NOS atau berjumpa rakan sekepala bukanlah yang aku suka sangat untuk pergi, lebih-lebih lagi nak bersesak-sesak dengan orang ramai, mengadap jem sana sini.. ahhhh.. menyusahkan je.. tak adventurous?? Adventurous aku cara lain beb.. Adventurous aku adalah menaikkan Adrenalin dengan menaiki 4 roda.. Tak kacau orang, aku happy.. huhu..
Aku Alhamdulillah sihat cuma selepas dinner tadi perutku naik gastric.. aduh… satu penangan apabila makan ubat yang aku cukup tidak suka.. namun apa nak buat.. hidupku kini kena bergantung dengan beberapa ubat yang sangat penting atau jika aku engkar untuk memakannya akan menyebabkan beberapa organ penting aku akan cepat rosak.. detail ubat?? Tak perlulah kot.. Oh ya.. bengkak pergelangan kaki aku sejak 2 3 hari lalu semakin susut dan ibuku yang agak kurang sihat semalam telahpun kembali pulih semasa aku menziarahinya di balakong semalam. Lupa aku nak mengingatkan diriku sendiri, lain kali kalau makan kacang tu beringat la sikit.. haha.. Wadey yang aku beli di hadapan Restoren La Rizz Sg Merab tu sangat, sangat, sangat, sangat, sangat “Tempting”.. Ada besar saiz biskut Merrie kot yang menyebabkan aku menelan sebanyak 2 bijik.. selalunya wadey yang aku jumpa kecik sikit atau sama besar saiz Biskut Oreo kot..
Aku suka nak mengulas mengenai status FaceBook rakan sekelas aku semasa di STTJ Seremban dulu.. Dia aku kenali semenjak tahun 1988 merupakan rakan sekelas aku yang agak pendiam.. Statusnya berbunyi begini.. “Selamat Datang Tahun 2012.. Life Begin at 40..” … hmm.. tersentap jugak aku sebab macam baru teringat yang aku akan berumur 40 tahun pada Jun 2012 ini.. tersentap bukanlah kerana takut dah makin tua atau umur makin singkat ni, namun aku kadang-kadang terfikir.. apakah yang telah aku capai sepanjang aku diberikan peluang untuk bernafas selama ini.. “Not Much Actually…” Itulah yang ada dan bermain didalam kepala aku.. Namun untuk mempertikaikan atau mengeluh bukanlah cara aku.. Apa yang aku fikir ialah untuk pencapaian dunia dan akhirat.. Untuk akhirat telahpun aku buat satu langkah pada hari lahir aku yang lepas, untuk dunia sahaja yang aku rasa aku masih belum puas untuk mencabar diri ku sendiri.. mungkin itulah azam aku untuk tahun ini..
Kehidupan semakin mencabar, “financially” - aku dapat rasa yang kehidupanku semakin stabil.. hutang yang kecik semua dah hampir selesai.. The Red 1 dah habis bayar, The Red 2 pula memang dah lama habis bayar cuma “The Rise of The Red 2” masih aku tidak dapat tunaikan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.. “emotionally” - aku rasa emosi aku kadang-kadang semakin tidak terkawal.. marah?? Dah berumur ni marah hampir tiada dalam kamus aku.. Cuma kecik hati sahaja yang semakin menjadi-jadi.. puas sudah aku elak, pujuk diri dan cuba berfikir lebih positif namun sudahnya kelaut jugak.. Mungkin sebab itu aku semakin stress agaknya sekarang.. Tak pernah aku alami BP yang tinggi dalam masa yang agak lama seperti yang aku alami sekarang.. agaknya bila kita kecik hati, stress semakin menjadi dan BP pun jadi kelaut la sudahnya.. entahlah.. aku kena banyak muhasabah diri dan berfikir lebih, lebih, lebih, lebih, lebih dan lebih positif.. Dan apa yang aku buat jika masih berkecil hati?? Mendiamkan diri.. Terbukti berkesan kerana semasa berdiam diri membuatkan aku banyak berfikir sendiri.. Itu lebih baik kan.. Dan…. Hentikan mengganggu orang..
Kalau korang perasan, entri aku dah semakin kurang bergambar.. aku rasa aku akan teruskan begitu kerana kalau nak tengok gambar maka pergi kat album kat FB la.. banyak gambar dah aku tempek kat situ.. Blog ni akan aku saratkan dengan perkataan yang membuat korang menyampah nak baca blog aku selepas ini.. hanya yang betul-betul tegar dan serius didalam berblog sahaja yang faham mengapa aku bertindak demikian.. sementara bercakap mengenai blog, aku cukup tak faham mengapa perlu ada Wordless Wednesday.. Mungkin rabu merupakan hari malas bagi semua orang untuk menulis atau menaip membuatkan Wordless Wednesday ni sangat popular.. Entahlah.. bagi aku, kalau dah tak ada mood tu tak payah tulis atau up entri baru dan duduk diam-diam sudah.. kalau tidak pun mengapa tidak Wordless Monday?? Monday kan permulaan bagi minggu dan dah tentu merupakan hari bermalas-malasan bagi semua orang sebab dah lama bercuti dan bersuka ria pada penghujung minggu..
Haha.. karang punya karang punya karang, tinggal setengah jam sahaja lagi nak count down tahun baru.. ahhh.. aku peduli apa.. bukan ada dalam sambutan perayaan islam pun.. Rasulullah S.A.W dulu tak sambut pun.. Baginda sambut Awal Muharram.. Itulah sepatutnya kita sambut.. Ini tidak.. haih.. entahlah dunia sekarang.. Dalam FB pun dah sibuk orang wish “Happy New Year” la.. ada jugak yang buat lawak jangan masuk jamban pukul 11:59 ni kerana kalau korang masuk korang akan keluar setahun kemudian.. Dey!!!! Nak lawak pun biarlah pakai otak sikit.. Bangang ke hapa.. 31/12/2011 bertukar ke 01/01/2012 tu setahun ke?? Kalau 31/12/2011 ke 31/12/2012 tu barulah cuukup setahun.. FB ni kadangkala lebih banyak buruk dari baik.. entahlah.. aku kadang-kadang terfikir nak “Deactivate” je account aku, namun bila fikirkan rakan-rakan buatkan aku berfikir semula tindakan aku itu.. Cuma aku cukup, cukup, cukup berhati-hati lah sekarang bila di FB.. bukan apa.. just “precaution”…
Ingatkan sikit je nak up entri kali ni.. ni dah masuk page ke 2 dah bila aku karang di Words ni.. hehe.. sikit lagi la ya.. Hehe.. Entri aku sebelum ni mengenai aku lupa Anniversary aku kan?? Haaa.. Selepas balik dari kerja hari khamis lepas aku terus ke William.. mengapa William?? Aku dengan wife aku suka makan western daaa.. tapi suka-suka pun tak ada lah kami pi makan western setiap minggu.. so nak dijadikan special maka bila “Special Occasion” je la kami pi makan western.. Sebelum tu. Gerai William dah jadi Restoren William ye.. Gerai bawah pokok tu dah demolish untuk member laluan kepada gerai-gerai baru namun yang agak mengecewakan, hampir kesemua dipenuhi oleh peniaga Ca Ya Nun Alif.. Ah.. Pedulik la.. Yang penting William masih ada.. Lokasi baru Restoren William tu ialah apabila korang masuk je simpang ke kanan dihadapan Kompleks tinggal yang dah jadi kolej tu ada row of shop lot sblah kanan korang.. so kalausebelah kiri tu a gerai lama William kan.. First junction shop lot tu korang amik kanan dan pegi sampai hujung nanti sebelah kanan hujung tu lah kedai William, U won’t miss it.. senang je.. kalau tak tahu jugak Pakcik Google kan ada.. Wife aku makan Nasi Goreng Tom Yam Ayam Goreng Pandan (Fuuuuuhhh panjangnya nama nasi goreng dia..) Punyalah banyak nasi goreng dia dan dia punya taste.. fuuuuuuhhhhh…… Awesome…. Tah mengapa Steak kegemaran aku agak lewat tiba, namun setelah bersabar menunggu hasilnya memang terbaaaeekkkkk…. Licin… hehehe.. Sesekali Special Dinner mcm ni bagus untuk mengeratkan hubungan suami isteri.. tak percaya?? Cubalah…
Ok lah…Ini entri aku yang terakhir untuk tahun 2011 ini.. So.. Jumpa esok di tahun baru 2012… Assalamualaikum…
No comments:
Post a Comment