Sunday, 18 December 2011

Suku Hari di Cyberjaya..

Satu perangai pelik aku ialah aku sangat, sangat, sangat, sangat memilih apabila nak meletakkan kenderaan aku dimana-mana. Sebabnya?? Salah satu atas sebab keselamatan samada dicuri ataupun dilanggar tanpa sengaja oleh pemandu-pemandu Malaysia yang kebanyakkannya bawak kereta dengan lesen beli gamaknya. Dicuri ni dah tentulah paling aku risau dan dilanggar tanpa sengaja juga turut merisaukan kerana sikap bertanggungjawab atas apa yang dilakukan samada sengaja atau tidak bagi orang Malaysia ini sangat, sangat, sangat, sangat kurang. Dah beberapa kes dah terjadi dimana apabila kereta diparkir dan apabila tuan punya kereta kembali dari menyelesaikan urusan, kereta mereka terdapat kesan kemek atau calar balar yang sangat teruk dan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk memperbaiki kesan “sentuhan tidak sengaja” tersebut.

Mengapa aku sibuk-sibuk nak cerita sangat ni ek?? Petang tadi aku ke satu restoren di Cyberjaya kerana ada satu mesyuarat disana. Mesyuarat buat kat Restoren?? Nak buat macam mana, Kompleks Kejiranan P16 yang selalu aku sewa bilik telah mengetatkan peraturan mereka dimana kalau nak sewa kena tulis surat permohonan bagai dan tempahan dikaunter tidak dilayan. Dah la kena 3 hari awal pulak Karenah Birokrasi yang agak ketat tersebut membuat aku naik menyampah. Nasib baik restoren tersebut mempunyai ruangan bilik Air Cond yang baru disewa oleh mereka dan yang menambah baik lagi ialah tiada orang lain selain kami dibilik sebesar-besar tersebut. Kereta ku?? Dah tentulah aku letak dihadapan restoren tersebut dan aku memang boleh melihatnya walaupun dari dalam bilik Air Cond tersebut.

Setelah selesai mesyuarat yang bermula dari 6.30 petang dan selesai pada jam 12 tengah malam maka kami ambil keputusan untuk sambung lepak kat sebelah luar restoren tersebut agar memudahkan kami untuk menyedut Oksigen. Al Maklumlah, duduk dalam bilik berAir Cond mana leh sedut Oksigen. Sedang lepak-lepak tu tiba-tiba Azril memberitahuku, “Kena keta abang tu.. Keta MyVi putih tu reverse..” Ujarnya lagi.. Aku yang dari tadi lemau akibat kepenatan dan kemengantukkan terus segar dan Adrenalin terus berjalan macam baru lepas lari 100M. Tanpa berlengah terus aku meluru ke The Red1 aku tu. Kereta MyVi tu pulak macam tak bersalah terus je reverse dan kedepan sehingga dia berjaya keluar dari kotak parking disebelah keretaku. Untuk mengelak dia melarikan diri aku terus berdiri dihadapan MyVi tersebut. Tott rakanku memeriksa pintu belakang keretaku dan jelas kelihatan kesan calar yang agak dalam (jangkaan awalku).

Ikut hati yang panas nak je maki budak yang bawak MyVi tersebut, alih2 terus-terus je speaking dan dari gaya slangnya dia bukan orang sini. Entah Arab sebelah mana tah, nasib baik bukan Awang Hitam. Memula berdalih kata dia tak langgar kereta aku, namun jelas cat putih dari kereta MyVi tersebut “melekat” dipintu blakang sebelah driver. Akhirnya dia mengaku nak cepat sebab nak pulangkan kereta sewa tersebut. Hati ni rasa bengang je sebab puas la aku pilih parking dan alih-alih kena jugak “ciuman mesra” dari kereta lain. Puas aku telek dan tengok sebab nak menilai keseriusan kerosakkan tersebut dan tengah aku menelek-nelek damage The Red1, datang la rakan-rakan mamat tadi dan ada antara mereka yang berkata kesan cat putih tersebut boleh hilang hanya dengan polish. Aku kata balik kepada mereka “You slammed into my car and then I’m the one who should pay for the cost of the polish??”. Dia tanya kepadaku berapa kos untuk polish. Aku cakap kepadanya aku sendiri pun tak pasti dan cadangkan esok sahaja pergi kekedai polish bersamanya. Tiba-tiba ada satu minah ni bersuara.. “I think the cost is around RM50..” Aku balas balik.. “Are you sure??” Terus dia terdiam. Salah satu lagi rakan mamat ni cakap kesan cat putih tersebut boleh hilang dengan polish.. Sekali lagi aku ulang dengan nada yang agak keras “He’s the one who slammed into my car and then I’m the one who should pay for the cost of the polish??”. Terdiam jugak mamat Arab tu bila aku balas katanya.

Aku bukanlah nak marah tapi bila dah dua kali orang cakap benda yang sama dan pokoknya adakah aku yang kena tanggung kos atas kecuaian orang lain yang buat aku agak meninggi suara disitu. Fikirkan dia islam dan mamat tu cakap dia akan tanggung kos polish maka aku berlembut dan tidak memarahinya pun. Setelah ambil detail dia dan keretanya serta berjanji akan berjumpa keesokkan harinya maka aku bertambah cool. Turut membuat aku cool ialah katanya dia seorang pelajar MBA di MMU. Aku kembali kemejaku dan tak lama selepas itu mamat tadi kembali membawa rakannya yang berjanji akan “cuba” menghilangkan kesan “ciuman mesra” tersebut dari keretaku. Dia kemudian berlalu dan menurut rakannya dia pergi mengambil cecair polish berserta kain untuk cuba menghilangkan kesan tersebut. Dia kembali tak lama kemudian dengan barangan yang dijanjikan dan terus menonyoh kain dan cecair polish keatas kesan “ciuman mesra” tersebut. Alhamdulillah.. Hilang juga kesan tersebut dan syukurlah hanya calar sahaja yang juga telahpun hilang dan tiada kesan kemek. Dah settle semua aku salam kedua-dua mereka dan ucap kan terima kasih dan dengan sedikit pesanan agar berhati-hati memandu di lain kali kepada mamat tersebut. Main point yang aku nak cakap disini ialah itulah sebabnya aku cukup memilih bila hendak meletakkan kenderaan ku.. huhu.. sekian, masa pun dah menunjukkan pukul 5 pagi.. masa untuk tidur…

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin