Bertungkus lumus gak sejak balik dari bercuti aritu nak menyiapkan assignment aka Project Business Proposal aku tu.. Alhamdulillah tadi siap je kul 1 tghari tadi terus aku print dan hantar ke Office DE di MMU. Lepas je hantar assignment tu aku pening seketika memikirkan tempat makan dan makanan apa yang aku nak makan. Last2 fikir punya fikir aku decide makan di Kedai JS Maju Di NEO Cyberjaya.. Macam x percaya betul kawasan tu dah develope mcm tu sekali.. (sorry gambar tiada disertakan..) Yang aku perasan kat situ sikit punya banyak kedai2 yg berkonsepkan Arab.. Arabic Cafe la, Arab Dobi la, Arab Store (kedai runcit) la, dan ada 2 3 lagi la semua nama Arab.. Sekali tengok patut Cyberjaya namakan sahaja kawasan tu Arab Street atau Arab Walk.. haha.. eh.. aku makan apa x citer lagi kan.. Kat penghujung jalan yang banyak banyak Arab tu terselitlah Restoren JS Maju dan hujung sekali Restoren Masakan Melayu (maaf nama dah lupa..).. masuk2 je restoren tu aku lalu la kat kaunter yg hidangkan makanan tu.. Aiseh.. x de apa yang menarik.. dua kali aku jengah tapi x de jugak yang menarik perhatian aku untuk dimakan.. Last2 kali ketiga aku jengah aku terpandangkan sesuatu.. hmmmm.. Kari perut?? 1st Time aku tengok mamak masak kari perut, tapi perut lembu ke ni?? Mcm kecik2 sikit je.. Tanpa tunggu lama aku mintak nasi dan mula ceduk kari perut tersebut.. Aik?? asal macam ada tulang kambeng plak ni?? Maybe kari perut kambeng agaknya.. Order Limau Ais terus makan dengan penuh selera.. Hmm.. boleh tahan gak la.. Sejak lepas raya ni restoren lain mana bukak lagi so restoren mamak sahajalah menjadi tumpuan semua makhluk.. Al kisah pagi tadi ingat nak bungkus roti canai sebelum masuk opis pun terbantut sbb melihatkan ramai sangat makhluk di Hassan Cafe Seksyen 8 tu.. Pernah gak aku terfikir.. kenapa la kedai mamak lain x bukak cawangan dekat2 situ?? Korang tahu, sepanjang Seksyen 8 dan Seksyen 9 iaitu berhadapan Masjid Bangi Seksyen 9 tu kedai mamak hanya di Hassan Cafe tu sahaja.. Kalau ada pun kat sebelah belakang kat Pusat Sokongan Susuan Ibu tu.. Mana la x ramai giler orang tumpu kat situ.. hmm.. ok la masakan dia. kari kambeng tersebut x de bau dan tasty gak la.. Cuma yang kurang menarik kat sepanjang2 jalan Arab tu ialah kewujudan satu Life Cafe dengan Banner besar Carlsberg kat depan kedai tu.. hmm.. nampak gaya ramai la anak2 Arab yang mabuk detik hatiku... Dan.. makin banyak la accident kat cyberjaya ni nanti.. Adus.. Majlis Daerah Sepang buat apa huh?? Tidur ke?? nama je bukak opis besar kat Cyberjaya ni.. x kan korang bukak opis kedai jual2 arak mcm tu pun korang kasi bukak sewenang2nya jugak DAN kedai LIFE Cafe tersebut sebesar 2 lot kedai dah mula beroperasi jam 2 petang tadi.. Puas aku gigit jari aku kot2 aku bermimpi ke hapa..
No comments:
Post a Comment