Sunday, 20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H


Selamat Hari Raya Aidilfitri, 1430H diucapkan kepada semua yang sudi menyinggah di blog saya yang tak seberapanya ini.. Hari ini merupakan kemenangan bagi mereka yang sabar dan telah berjaya menempuh dugaan sepanjang tempoh Bulan Ramadhan yang lalu. Betul la orang cakap, kalau kita bersungguh-sungguh didalam segala hal, InsyaAllah kita akan berjaya. Aku dengan dugaan tak terbangun semasa bersahurnya, dugaan lapar yang teramat akibat kesan ubat yang aku makan semasa sahur dan hampir sahaja aku diserang gastrik namun aku teruskan juga puasa aku. Syukurlah aku berjaya dan cukup 30 hari penuh puasa aku untuk tahun ini.

Hmm.. Malam tadi setelah berbuka aku macam blur-blur samada nak balik kampung malam tadi jugak atau pagi keesokkan harinya.. Tapi setelah melihat isteriku yang sibuk dan tak berehat daripada pagi kerana menyiapkan ketupat, rendang dan sedikit lauk pauk untuk dibawa balik ke kampung maka Veto daripada aku memutuskan untuk membuat perjalanan sebelah pagi sahaja memandangkan faktor-faktor keselamatan dan keadaan semasa. Diskusi dengan isteriku juga membuat resolusi yang sama so kata sepakat dicapai. Gambar kat atas tu merupakan gambar jalan di Lebuhraya Silikon (terkenal dengan sesak diawal pagi) dan hampir semua perjalanan aku sehingga kekampung isteriku juga menggambarkan pemandangan yang sama.. Alangkah bagusnya kalau pagi-pagi time nak pergi kerja jalan lengang macam ni..(hehehe.. jangan mimpi la...)


hmm apa-apalah kan.. btw aku nak share beberapa sms yang aku terima dan agak menarik untuk share bersama-sama kat entri kali ini...

Ya Allah.. Diakhir Ramadhan yang barkah ini,
Muliakanlah dan Sayangilah saudara-saudaraku yang sedang membaca sms ini...

Kurniakanlah Ball Bearing Turbo..

Teguhkanlah External Wastegate..

Sejukkanlah Intercooler..

Kuatkanlah Forged Pistonnya..

Berilah kenikmatan penukaran gearnya..

Jauhkanlah ia dari OverBoost..

Suburkanlah benih KeTURBOannya pada zuriat keturunannya..

Dan masukkanlah ia didalam DRAG race dengan jayanya..


Amin ya Allah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Dzahir dan Batin



Dan tak lupa juga pantun jawa kepada mereka-mereka yang berkenaan ( Yang faham la ya.. )

Nyimpen jenang nang jero tin
arek digowo mareng suro

keluputan kulo lahir batin

salah silap njalok ngapuro


Bocah cilik mangan sego

sego dipangan karo gulo
wes suwi orak ngomong jowo

dino royo njalok ngapuro


Buko poso lawuh'e gereh

njegor sunge dicaplok boyo

keluputanku sing akeh akeh

kito 0 - 0 lah yo...

Selamat Hari raya semua..sebelum terlupa aku ingin memohon maaf yang tidak terhingganya kepada kalian semua atas apa sahaja kesalahan yang telah samada secara sedar ataupun tidak yang telah aku lakukan.. aku tahu aku kadang2 agak kasar kerana mungkin kerana ianya juga cara aku mendapat ilmu.. Segala nya aku lakukan tanpa sedar dan ianya amatlah aku kesali dan bukanlah niat sebenarku. Apapun sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Dzahir batin tulus ikhlas dari dalam lubuk hatiku..

p/s: Kredit gambar Kad Raya Upin & Ipin kepada Blog Anak Sungai Derhaka

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin