Jumaat semalam kesempatan orang belum ramai bekerja diambil oleh aku dan 2 rakan sekerja untuk bersolat di Masjid Besi Putrajaya (maaf nama aku x tahu) ni. Ini merupakan pertama kali aku bersolat di masjid ini dan komen aku ialah ianya sangat cantik dan menyamankan walaupun tidak berpendingin hawa sepenuhnya. Rekaannya dan senibinanya yang unik amat mengagumkan aku. Parking?? Kemudahan meletak kenderaan yang banyak serta mempunyai lift serta eskelator dari tempat meletak kenderaan amat memudahkan disamping tempat untuk berwuduk yang berdekatan iaitu sebelum menaiki eskelator atau tangga sebelum ke dewan solat utama. Untuk kaum muslimat juga tidak dilupakan dimana ruangan solatnya berada ditingkat atas dikiri dan kanan dewan solat utama tersebut.












2 comments:
hahaha.. malam jumaat aritu pon pali ader g tgk masjid nih.. tp tgk dr luar jek.. lgpon da mlm n masjid mcm da tutup.. tp kalu skali tgk masjid nih mcm blom siap spenuh nyer jek.. maksud nyer dr segi finilising stage mcm xde signbord masjid, pokok bunga, landskap skeliling... walau aper pon, masjid nih mmg gah skali.. insyaalah diri ini akan tiba ke sana.. :D
Post a Comment