Sunday, 10 November 2013

demimu..

syukur alhamdulillah..

pembedahan katarak mak berjaya..

penglihatan mak bertambah baik than before..

hmm... tanggungjawab aku seterusnya bawak balik mak dan abah dari kuantan..

maka seawal pagi semalam bermula lah tugas aku..




hehe..

mungkin ada yang tertanya gambay highway mana yang aku ambik kat atas tu..

tu gambar lepas Mines sikit je nak ke Balakong daa...

nak amik si biru.. si merah takut mak abah tak selesa untuk perjalanan jauh..

maka selepas amik si biru aku meneruskan perjalanan ke kuantan..

perjalanan jauh berseorangan agak mengantuk juga.. baikla si waze menemanku sepanjang perjalanan..



ni trademark aku kalau dah separuh perjalanan..

jambatan menyeberangi sungai temerloh berpintu gerbangkan gading gajah..

depan sikit je tu dah RnR temerloh.. bandar ikan patin..

aku take 5 kejap sambil-sambil melegakan perut yang buat hal..

oh ya.. dalam kereta lain aku jarang sedut "oksigen"..

biar "oksigen" tu wangi sekalipun.. bukan apa.. sebagai menghormati mak abah aku..

selesai take 5 yang jadi take 30 aku pun gerak balik ke kuantan..

destinasiku ialah taman kampung padang..

tempat tu betul-betul berhampiran kolej professional mara kuantan..

alhamdulillah, perjalananku selamat tanpa apa-apa halangan..

sebelah petangnya dalam pukul 2 aku bergerak kembali ke balakong bersama mak dan abah..

boleh tahan juga memandu jauh dalam satu hari..

segalanya tangkap.. tangkap pinggang, tangkap kepala, tangkap badan dan lain-lain..

tak mengapalah.. demi mak dan abah aku korbankan segalanya..

bukan apa.. sementara mereka masih hiduplah kita menyumbang bakti..

jangan sampai terlewat dan menyesal seumur hidup..

sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi ditambah dengan pemergian nendaku ke rahmatullah..

aku rasa sangat lain.. lain mungkin kerana memikirkan bagaimana perasaan ku kelak..

entahlah.. itulah yang akan kita hadapi..

semua akan merasainya...

namun, pastikan bila kita merasainya kita telah melakukan dan berkorban yang sehabis baik..

terutamanya kepada kedua ibu bapa kita..

tadi ter"pause" kejap pasal dapat call dari mak..

mak bagitahu dageng rusa yang akak aku beli semalam dah siap masak "ungkep"..

perggghhhh.. terbaik masakan mak...

errrrr...

tiba-tiba aku rindu kat mak dan abah...




p/s: gambar 20 tahun lepas.. 1993 di Politeknik Ungku Omar Ipoh.. Majlis Graduasi Diploma aku..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin