Sunday, 18 January 2015

persekolahan bermula sekali lagi..

sejak abis studi part time 2010 yang lalu aku plan nak sambung belajar lagi...

at least sebagai self satisfaction dan juga boleh digunakan untuk masa depan..

new aim sekarang ialah MBA..

maka pencarian tempat bermula kira-kira 3 tahun yang lalu..

cuma nak startnya bila aku masih tercari-cari rentak..

ada beberapa tempat yang aku dah finalised antaranya ialah MMU,OUM dan UPM..

dalam banyak-banyak tempat, OUM ni agak menarik perhatian aku kerana lokasinya yang hampir dengan rumahku sekarang..

maka 2 minggu yang lepas aku mengerakkan diri untuk terjah ke OUM..

sampai sahaja disana aku disambut oleh Timbalan Dekan OUM Bangi..

beliau memberi serba sedikit overview OUM serta program yang ditawarkan..

setelah berpuashati dengan penerangan beliau aku pun terus pulang dengan tersenyum lebar..

semalam aku hadir lagi ke OUM untuk membayar wang pendahuluan untuk sambung belajar..

sekali lagi aku diberi penerangan ringkas berkenaan program yang aku pilih iaitu MBA..

apa yang menariknya.. program MBA tersebut ada Majoring yang aku boleh pilih...

dan besar kemungkinan majoring yang akan aku pilih ialah HRM..

setelah selesai buat pembayaran online mayban2u..

aku pun beredar dari kampus OUM tersebut..

insyaAllah taklimat ialah pada 31 Januari dan kelas bermula 1 Februari 2015..

doakan aku ya... Amin2...







No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin