ok... i learned something today..
1 - jangan percaya bulat2 100% apa yang orang bagitahu padamu
2 - kalau tak tahu, elok bertanya pada yang pakar
3 - Be Prepare for ANYTHING
4 - Siapkan apa yang patut 1 hari sebelum
5 - Fikiran kena pantas untuk mencari alternatif
6 - jika perlu bersabar, bersabarlah sedaya upayamu..
kesemua ni aku belajar dalam sehari..
aku ulang.. sehari atas sebab nak buat pasport..
pasport semata-mata nak ke USS minggu depan..
semalam sembang dengan "Orang yang baru Buat Pasport"
dia buat untuk dia dan wifey dia..
kebetulan wifey dia orang yang kena naik "Belon" bila nak balik kampung..
kira same kes dengan aku la..
IC aku tengah-tengah dia no 13.. best kan..
sebabnya atas dasar tugas abah yang kena menjaga keamanan negara satu ketika dahulu..
maka kami sekeluarga hidup berpindah randah..
tu sebab masa kecik aku tak ramai kawan..
kira kes wife dia punya pasport 3 - 5 hari bekerja baru siap..
apa?? 3 - 5 hari bekerja??
terus suis "Panic" macam baru ditekan..
so balik kerja semalam tak fikir panjang aku terus buat report Polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Balai Polis Bangi terletak betul-betul sebelah Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi..
tak tahu kat mana?? Ok... Ana Ikan Bakar Petai tahu dak??
hehe.. kira2 sebaris la semua tu..
Balai Polis, Balai Bomba dan Ana Ikan Bakar Petai...
Siap je Report Polis aku terus balik..
nak photostat IC lupa, Nak amik gamba pasport pun lupa..
dah... bangun pagi semua tu baru teringat tak buat lagi..
kan dah rugi masa...
selepas hantar Cik Puan ke kantornya di PJ, terus aku terfikir-fikir kat mana nak photostat IC..
kat bangi ni kalu nak cari time tu la semua benda tak ada..
teringat satu je tempat yang ada mesin photostat..
dulu PROJET dan sekarang dah jadi SHELL menghala ke WARTA selepas Az Zahrah..
settle je photostat terus shoot P15 Pejabat Pasport..
tu pun masih tak settle lagi sebab gamba belum ada.. haih..
buang masa betul..
sib baik kat situ ada kedai amik gamba walaupun aku dah buang masa kat situ..
settle je amik no giliran..
haaaa...... hambik ko.. No giliran aku 1171..
no sekarang 1021.. ada 150 lagi sebelum aku dilayan..
kira mendapat la aku haritu..
tingkatkan kesabaran dan sambil buang masa bertenet dari Galaxy Note yang Data Plan aku dah nak Maximum aku teruskan jua..
hehe... Dalam jam 1205hrs akhirnya giliran aku dipanggil..
aku ajukan beberapa soklan pada yang tukang buat pasport aku tu..
Soklan 1.. Betul ke kalu IC dari Negeri kena naik Belon nak balik kampung 3 hari baru siap pasport?
Dia Jawab: Tengok jugak encik.. kalau dia x pernah ada pasport baru 3 - 5 hari
Soklan 2.. So orang macam saya ni IC tengah2 no 13 ni 3 hari la baru siap ya??
Dia Jawab lagi: Errr.. kalu ikut No pasport lama encik ni, encik dikira asal dari sini mungkin mak ayah encik orang sini ya?
Aku Tak Tanya Soklan Tapi Cakap Dalam Hati: Eh dia ni, Aku tanya dia, dia tanya aku balik pulak..
So Aku la yang jawab: Haaa.. Betul tu.. ayah saya dulu askar.. asal mak abah orang MUOR..
Aku tanya dia lagi: Errrr.. Salinan Report Polis nak ke??
Dia Jawab Lagi: kalau Pasport encik dah Expired tak perlu Polis Report..
Aku Cakap lagi dalam Hati: Aduh... Terkono aku hari ni.. Memandai-mandai sangat..
So Aku tanya dia lagi : So.. Saya punya pasport ni bila siap ya??
Dia jawab lagi dan lagi : Bisuk siap lah encik..
ok done with those conversation.. Time untuk bayar di kaunter 6.
Aku saja bukak soklan : Errr.. saya punya pasport ni bila siap ya cik??
Dia dengan selamba jawab (walaupun orang lain) : kalu tak de pape lagi 2 - 3 jam siap la encik..
aku pun jawab panjang: OOOoooOOOooOOoOOOoooOOoOOooOOOooOOOOoOooooo
soooooo.. itulah beberapa pengajaran dan pelajaran yang aku pelajari hari ni dalam 4 jam..
kesimpulannya.. jangan assume.. jangan tanya orang yang juga kurang tahu.. jangan terlupa buat benda-benda yang perlu, prepare awal2 apa yang patut, dan beberapa lagi benda yang aku pelajari..
tapi lagi satu aku diduga teruk hari ni..
banyak pulak dugaan mata harini.. bukan seksi, bukan menjolok mata namun perawakkan yang manis, cumel dan keibuan lalu lalang depanku.. Yaaaa Allah.. Kuatkan lah imanku..
betul-betul punya diuji keimanan ku hari ini..
No comments:
Post a Comment