Wednesday, 29 December 2010

Metamorphosis diri 2




Marah..

cuba untuk mengawal emosi diri
agar tidak menjadi barah
menukar persepsi serta tanggapan
tidak semudah yang disangka
perlukan kekuatan dalaman serta pembersihan minda
perlu kerana perubahan masa kian meningkat
tak sanggup untuk berterusan begini
hidup didalam kebencian


Ada Otak tapi tiada

entah kemana letaknya
sikap kebudakkan
tidak berfikir panjang
sudah terhantuk baru terngadah
membangga diri tidak bertempat
membuat diri nampak bodoh
serta membodohkan diri sendiri
perlukah semua?


Bersatu

nama tiada bermakna
tinggal hanya sekeping kertas berwarna
komitment tiada
persefahaman ke longkang
yang diungkit lama berlalu
perlukah diingat dan dikenang
hasil mahu dilapah
usaha dibiar mati
bersatukah itu?


Diri

emosi menguasai
fikiran menerjah kesisi
sepi dalam keramaian
bising dalam kesunyian
kehendak tercapai
impian jauh tersasar
serabut dan kusut segala
aman dan tenang seketika
entah sampai bila..


Taraf sihat

merosot makin ketara
kawalan tidak terkata
makan sana
disuntik sini
harapan pudar
benci seketika
perlukah dikoyak
dan dijahit semula?
demi mendatang
pasrah..


Mendatang Generasi

hanya harapan
sesuatu yang tak pasti
teruskan mimpi
usaha mengoyakkan minda
menjalankan sisi
genggam bara
biar sampai pulih
demi penglihatan sejagat
akankah pasti?


Catatan masa

duapuluh satu tiga sembilan puluh empat
duapuluh empat sebelah sembilan puluh enam
sembilanbelas tigapuluh dua
satu enam tujuhpuluh dua
duapuluh lima lapan tujuhpuluh tiga
tigapuluh satu tujuh duapuluh sepuluh
lima tigaratus sembilanpuluh enam
empatbelas
enambelas
kosong


Menerjah

melayang
menguji fikiran
seribu persoalan
entah siapa tahu
menggasak ruangan kecil
perlukan kawalan
agar tidak gila
mahupun tidak upaya
sabarkan diri...


Ketuanan

bila sama tidak mengapa
bila tinggi tidak mengingati
sentiasa kita alpa diri
lupakah sudah
arahan tanpa kaji
cakap tanpa bicara
bermaknakah hiraki
begitulah homo sapiens


Senggang

bila tiada meminta
bila ada tak dikira
kawalan perlu
perkiraan pasti
perlu atau mahu
ditimbal sentiasa
bersyukur pada


Tidak pasti

jangan sibuk
jangan menyampuk
jangan soal
jangan segala
entah bila
entah mengapa
entah siapa
entah segala
peduli........


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin