puasa dah masuk hari ke 12 hari ini dan macam-macam ujian dan cabaran dan dugaan semasa berpuasa kali ini rupanya.. teruk tak teruk, mencabar tak mencabar namun sedikit sebanyak mengugat keimanan serta kesabaranku dikala berpuasa..
aku hairan dengan sikap segelintir manusia yang menjadikan puasa sebagai medan untuk menunjuk-nunjuk serta bermegah dengan tempat mereka beriftar atau berbuka puasa.. bagi mereka, semakin mahal tempat mereka beriftar maka semakin tinggilah pahala mereka berpuasa agaknya... sedangkan Rasulullah tidak pernah mengajar kita untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah serta riak dengan setiap perbuatan yang kita lakukan.. cukuplah jika segalanya dalam kadar yang sederhana.. bukankah lebih baik sekiranya harga yang mahal dibayar untuk beriftar tersebut diberi serta dibelanjakan kepada golongan yang kurang bernasib baik atau anak yatim piatu serta golongan yang memerlukan..
dikala pagi cabaran serta dugaannya agak berbeza kali ini.. semakin cepat aku keluar rumah, semakin teruk keadaan trafik dijalanraya... satu hari akibat sudah terlewat pada semalamnya aku bercadang untuk keluar lebih awal lagi daripada biasa.. namun siap punya siap, tunggu punya tunggu, isteri kesayangan bersiap agak lambat dan sudahnya aku keluar lewat 5 minit daripada semalam.. hasilnya... arrrggghhhhh.... hampir sepanjang jalan semasa aku menghantar isteriku mengalami kesesakkan jalanraya yang amat teruk.. aku yang sudah agak kecewa dan sedikit marah terus mengambil keputusan untuk bercuti hari itu.. sedikit sebanyak sebagai protes keatas tindakan isteriku keluar rumah agak lewat hari itu.. apa punya dugaan daa.. aku tahu kalau aku teruskan juga kepejabat mood hari itu akan menjadi tidak baik selain terpaksa mengisi borang lewat sampai kepejabat setelah melepasi window lewat 10 minit yang dibenarkan..
dah menjadi kebiasaanku dan juga isteri untuk tidak berbelanja serta berbuka puasa diluar setiap hari dibulan ramadhan.. bukanlah kedekut namun apa yang aku rasa ialah ianya tidak membantu untuk berjimat serta agak membazir masa. dah lah rasa satu hal yang boleh dipertikaikan dimana-mana tempat yang kita pilih untuk beriftar, bermacam-macam lagi dugaan lain boleh tercetus semasa menunggu untuk beriftar.. kalian pun ada pengalaman masing-masing kan.. dengan berebut tempat parking, dengan terpaksa menerima apa sahaja kekurangan tempat tersebut akibat kebanjiran umat manusia yang beriftar diluar dan bermacam-macam lagi... so memang dah jadi lumrah aku dan isteri berbuka dirumah.. tak sempat?? entahlah.. aku dan isteri akan tiba dirumah habis cepat pun jam 6.30 petang setiap hari dan masa yang ada tersebut isteriku akan masak ala kadar sesedap rasa seperti biasa... untuk pengetahuan korang semua.. aku makan tak cerewet, even satu lauk pun aku makan jugak.. dan untuk pembuka selera kuih-kuih manis akan dibeli barang seringgit 2 sebagai pemanis mulut.
berbuka dirumah mak serta mak mertua menjadi kewajiban.. semalam kami berbuka dirumah mak di balakong.. selain berbuka, menjengah orang tua ni menjadi tanggungjawab aku sebagai anak lelaki tertua sementelah lagi rumahku paling dekat berbanding dengan kakakku di kuantan serta adik lelakiku di berkley klang... seronok juga berbuka dengan orang tua selain dapat menjengah mereka sementara mereka masih ada... berbuka ala kadar dirasakan lebih baik dan mesra daripada kita sibuk mengadap makanan dan mengabaikan kedua orang tua kita.. entahlah.. lain orang mungkin lain kepentingan dan pilihan mereka..
persiapan kenderaan juga tidaklah aku lupakan.. semalam juga The Red 1 sempat diservis walaupun dah terlebih 700++km tempoh servis yang sepatutnya.. apapun kenderaan jangan dilupakan persiapannya kerana dimusim perayaan ni bermacam perkara boleh terjadi sekiranya keadaan mereka kita abaikan.. kos akan meningkat dan sedikit sebanyak akan membuang masa yang penting dimusim perayaan... mintak-mintak tak terjadi apa-apa kepada kami sepanjang musim perayaan ini kerana jangkaanku tahun ini aku dan isteri akan berjalan agak jauh kerana akan beraya di 2 negeri iaitu johor dan pahang.. namun besar kemungkinan Si Genetic Silver akan menjalankan tugasnya kali ini.. selain merehatkan si The Red, Genetic Silver akan bertugas memandangkan beliau masih didalam keadaannya yang terbaik serta masih didalam tempoh waranti. apapun doakan kami dan keselamatan kami ya...
Aiseh... rasa macam baru sikit bukak cerita namun aku terpaksa stop dulu kali ini kerana nak beli barang dikedai sekejap sebelum menunggu masa beriftar. kali ini beriftar di Desa Arked Dengkil dan suasana yang baru membuatkan semangat beriftar itu menjadi lain.. Apapun selamat berbuka semua...
No comments:
Post a Comment