"Sometimes you have to forget what's gone,Appreciate what still remains,and look forward to what's coming next"
Wednesday, 10 July 2013
bagaimana puasa di hari pertama?
setiap dari kita sudah tentu ada pengalaman masing-masing berkait dengan puasa..
almaklumlah.. hari ini merupakan hari pertama puasa dibulan ramadhan 1434H..
aku masih ingat dulu masa aku sekolah dan didarjah satu di Sekolah Kebangsaan Si Rusa Port Dickson N9..
sekolah petang macam biasalah ada bermacam xtvt diadakan termasuklah beriadah dan bersukan (ringan)
selepas bersukan ramai antara kawan-kawan aku menuju ke paip dibelakang kelas..
alasannya ialah nak bersihkan diri serta kasut..
hehehe.. semasa dipaip aku tengok masing2 berkumur2 dengan agak lama..
eh.. diaorang ni berkumur ke minum?? kataku dalam hati..
sebab aku merupakan orang terakhir beratur maka aku dengan gigih la tabahkan hati dan sabar menunggu..
sampai ke giliranku dan sedang aku berkumur2 tu tiba2 ada macam satu perasaan dalam hati menyuruh aku lakukan sesuatu.. jeng..jeng..jeng...
minumlah.. minumlah.. sikit je.. bukan orang nampak pun.. lagipun dah tak ada orang..
aku bagai dirasuk.. dirasuk diri sendiri (sebab syaitan kan dah kena kurung).. dan dengan tak semena-mena..
seteguk... 2 teguk.. 3 teguk... perrrggghhhhh.. apsal air paip ni rasa sedap sangat..
dah..dah.. kataku dalam hati.. banyak dah ni... aku dengan segera menghentikan tegukkan air paip tersebut dan segera kembali kedalam kelas..
dirumah aku berlagak macam biasa dan gaya macam orang berpuasa... dan yang paling best ialah turut berbuka juga macam biasa.. hehehe.. itulah pengalaman masa kecik..
syukurlah aku setakat hari ini aku belum pernah lagi ponteng puasa dengan sengaja ataupun sebab tidak sihat.. cuma sejak dah ada penyakit gastrik kira-kira 5 atau 6 tahun lepas aku kena lebih berdisiplin didalam berpuasa.. kalau time makan kena makan dan time sahur juga aku wajib makan dan minum pada kadar yang mencukupi..
pernah satu hari dibulan ramadhan 3 tahun lepas aku tak jaga betul-betul makan aku, akibatnya dalam pukul 2 petang aku dah start flat giler.. rasa macam orang tak sahur.. mengantuk tak usah cerita lah..
so untuk mengelakkan rasa yang sama terjadi kepadaku, aku start displinkan balik makan dan minum aku..
hingga sekarang aku boleh berpuasa seperti biasa tanpa ada sebarang masalah.. walaupun ada penyakit gastrik.. kepada mereka yang bagi alasan gastrik dan tak boleh puasa tu fikir-fikir balik lah betul atau tidak tindakan anda.. sahur tak?? makan atau minum tak semasa sahur??
bukan apa.. jika kita tak mula berubah, bila lagi la kita nak mengubah diri kita? takut-takut tak sempat je nanti.. afterall, itu pun gunanya kita berpuasa kan.. untuk mendisiplinkan diri kita serta melatih kita supaya tahan berlapar dan dahaga.. selain mengajar kita untuk mensyukuri nikmatNya yang telah selama ini kita rasa.. selain itu, secara tak langsung bagi organ dalaman kita terutama perut dan lain-lain berehat seketika setelah selama setahun kita gunakan tanpa rehat yang cukup.. kot kalau kereta kita guna tanpa henti pun boleh rusak inikan pula manusia ye tak??
banyak lagi fadhilat kita berpuasa ni sebenarnya..
mata, telinga, mulut kita juga kena berpuasa..
kaki dan tangan juga tak lupa, kurangkan atau kalau boleh hentikan terus apa sahaja xtvt yang tak elok yang kita biasa lakukan..
bila hati dah bersih, cuba jengah kehidupan serta nasib mereka yang tak bernasib baik..
berikanlah sumbangan serta bantuan sekadar yang termampu..
semoga Allah membalas perbuatan kita dengan sesuatu yang baik juga hendaknya.. InsyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment