Sunday, 4 November 2012

The Red 1 dan Janjiku..

aku cukup benci bila aku terpaksa mungkir janji..

namun apakan dayaku..

bukan nak mengelak diri..

bukan sekali nak menghampakan orang lain..

dan juga bukan sekali nak membuat alasan..

namun inilah hakikatnya...

dalam kehidupanku aku tak punya apa selain insan-insan yang aku sayang dan..

2 makhluk beroda 4 yang aku cukup sayang dan tatang bagai minyak yang penuh..

sedang orang lain punyai their "Pride n Joy" iaitu zuriat untuk dibanggakan dan disayangi..

aku tiada..

maka dengan ketidak sihatan 2 insan beroda 4 yang cukup aku sayang itu juga membuat aku sedikit sebanyak merasa kesannya..

aku susah hati dan sudahnya BP aku la yang naik..

2 minggu lepas The Red 1 merajuk dan minta digantikan Compressor Air Cond..



kos?? hmmm... tak perlu lah aku nyatakan kat sini berapa yang aku harus belanjakan..

nilai wang ringgit bukan ukuran dengan jasanya yang puas membawa aku suami isteri kehulu dan kehilir kemana sahaja tanpa penat..

dihitung-hitung dan dicongak-congak usianya dah 8 tahun 4 bulan dan sewaktu entri ini aku ditaip..

paling besar yang pernah diminta olehnya ialah pembedahan jantung kira-kira 3 tahun yang lalu..

jantung asal sudah tak mampu untuk diteruskan memandangkan pembedahan pintasan koronari juga sudah tak mampu untuk membuat nadinya terus berdenyut..

dan...

pada khamis lepas sewaktu nak ke tempat kerja aku terperasankan tompokan minyak dilantai tempat The Red 1 melelapkan matanya setiap hari..

start daripada itu hatiku sudah terdetik dan berasa tak sedap..

untuk memastikan keadaan setelah balik kerja pada hari khamis tersebut aku lapikkan kertas dibawah isi perut The Red 1..

sebelah pagi jumaat memang pastilah The Red 1 mengalami sedikit masalah kesihatan yang aku rasa dan pasti aku harus segera menyelesaikannya dan membawanya ke Kelinik Din dengan kadar yang SEGERA..

sebelah petang selepas solat jumaat panggilan dibuat ke Kelinik Din untuk Appoinment pada hari sabtu itu juga untuk rawatan The Red 1 dibuat..


sabtu pagi masalah dikenalpasti..

flywheel oil seal was the culprit..

nak tak nak The Red 1 perlu menjalani operasi pembedahan..

jantungnya perlu dikeluarkan dan digantikan barang yang telah rosak tersebut..



kos barang tersebut agak murah namun apabila melibatkan pengeluaran jantung, kosnya telah menjadi berlipat kali ganda dari kos asal kerosakkan barang..

namun aku seperti biasa tetap redha dengan apa yang terjadi..

memikirkan jasa-jasanya yang telah lalu..

aku redha dengan jumlah kos yang aku terpaksa keluarkan demi memastikan The Red 1 kembali pulih dan sihat seperti sediakala..

Namun....

didalam kekalutan memastikan The Red 1 kembali sihat aku terpaksa memungkiri janji dan mungkin juga telah melukakan hati seseorang..

janji ku padanya ialah untuk hadir ke majlisnya pada hari tersebut terpaksa aku mungkiri kerana masalah ini..

entahlah.. bukan niatku untuk berbuat demikian...

entahlah...

Munafiknya aku.....

MasyaAllah....

Maafkan abang..


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin