ada benda yang jarang aku nak cerita pasal diri aku..
ada benda juga yang aku merasa terpanggil untuk bercerita
kerana merasakan ianya satu pengalaman yang tak boleh diperolehi dimana-mana
sekolah atau institusi pengajian tinggi kecuali jika kita belajar sendiri
mengerjakannya..
apa daaa aku nak cerita?? macam cerita yang sangat
mendebarkan je..
hehe.. oklah..
sapa antara anda yang biasa ke acara korban pada setiap hari
raya aidiladha?
ada yang biasa dan ada juga yang memberi alasan takutkan
darah lah, kesian pada binatang yang nak dikorbanlah dan pelbagai alasan
lagi..
sebenarnya kita memang digalakkan melihat serta kalu ada
rezeki mengambil bahagian didalam acara korban.. tujuannya supaya bila kita
melihat upacara korban tersebut kita akan melihat setiap titis darah yang
mengalir kebumi tersebut sebagai penghargaan atau menghargai pengorbanan yang
pernah dilalui oleh Nabi Allah Ibrahim A.S terdahulu.
apapun apa yang aku rasa korban ialah satu upacara yang
sedikit sebanyak akan mendidik kita, mengajar kita erti pengorbanan, tempat
memupuk semangat kerjasama, bergotong royong dan lain-lain.
sedikit rahsia yang aku nak bongkar atau share dengan
pembaca semua mengenai apa yang aku buat setiap kali acara korban dijalankan di
opis aku.
Untuk sesiapa yang biasa hadir ke upacara korban mungkin
sedikit sebanyak dah dapat membayangkan apa yang berlaku semasa upacara
tersebut.. ada yang melapah, ada yang sibuk memasak, ada yang menimbang serta
membahagikan daging korban tersebut dan pelbagai kerja lain lain.
hmmm… aku pulak setiap kali upacara korban aku akan
mengerjakan perut… perut?? ye la perut, perut muda, babat, kitab, tuala dan
pelbagai gelaran lain.
ada orang, bila mendengarkan sahaja perut lembu dah
membayangkan bau yang amat menusuk hidung, membayangkan tahi lembu yang
berwarna kehijauan dan bermacam lagi..
namun kenyataannya itulah apa yang aku buat setiap tahun
apabila tiba acara korban.. geli?? entah..
sedikitpun aku tak pernah rasa
begitu selama hampir 10 tahun aku menjalankan kerja terhina dan terhormat tersebut..
memang pun.. apa yang ada didalam perut lembu merupakan
hampas rumput serta dedak yang dimakan oleh seekor lembu sebelum ianya
disembelih. so bolehlah bayangkan bau dan aroma yang akan anda bau ketika
mengerjakan perut tersebut.
oh ya.. terlupa pulak nak cerita bagaimana caranya aku
mengerjakan perut lembu tersebut..
proses mengerjakan perut tersebut amat mudah sebenarnya..
buang dulu hampas rumput yang terdapat didalam perut lembu
tersebut, kemudian dibersihkan dengan air terlebih dahulu sebelum direndam
didalam air yang dicampur dengan kapur..
sambil memprosesnya, perut yg dah direndam dengan kapur
tersebut kemudiannya dikacau-kacau.
Setelah dibiarkan dalam 15 minit, perut tadi dikeluarkan dan
dibersihkan dengan air serta digonyoh-gonyoh.. hasilnya… perut tadi terus
bersih dan berwarna keputihan.. sekali lagi dibilas dengan air yang bersih
sebulum ditus untuk mengeringkannya..
dah selesai.. tadi masa kehijauan sure tak ada orang yang
mahukan perut tersebut.. apabila dah putih barulah ada yang mengambilnya untuk
dibawa balik..
entahlah.. mengapa aku terus dan saban tahun mengambil tugas
mengerjakan perut tersebut??
bagi aku, dah tak ada orang yang sanggup melakukan tugas
tersebut dan daripada ianya dibuang begitu sahaja baiklah aku berkorban dan
mengerjakannya..
dan tahun ini merupakan yang paling terbaik kerana aku
mengerjakannya perut lembu dari 2 ekor lembu seorang diri.. punya la tak best
kan tugas aku?? Sampai tak ada orang yang nak bantu.. hehe..
akibatnya belakang aku sengal selama hampir 3 hari.. cara
mengurangkan kesengalan urat belikat aku ialah aku menampal dengan koyok cili api
selama 2 malam berturut-turut.. Alhamdulillah, kesannya kesengalan tersebut
hilang..
so lesson learn here is..
berkorban ada bermacam jenis.. sementara kita masih bernafas
berkorbanlah sebanyak yang mungkin kerana mungkin satu hari nanti orang akan
mengetahuinya juga..
mungkin ketika itu.. kita sudah tiada..


No comments:
Post a Comment