Tuesday, 13 December 2011

selagi nafas ini masih ada...

Aku tengah dalam keadaan sangat-sangat tak best..

Mood swing lagi dalam seminggu ni..

Kerja banyak tak menjanjikan aku happy dan buat dalam keadaan rela..

So apa yang aku buat ialah aku kurangkan makan dan banyakkan tidur..

Kadang-kadang sampai aku sendiri rasa teramat lemau..

Was hoping like bila bangun dari tidur semua masalah gone..

Namun harapan tak seindah mimpi.. hilang akal ke hapa bangun tidur masalah boleh selesai?

Tak mengapalah.. mungkin ini semua ujian bagiku…

Mungkin ada benarnya, tak ramai yang faham aku..

Isteriku sendiri pun kadang-kadang tak faham dengan aku..

Entahlah.. aku tak pernah meminta sesuatu yang bukan milikku..

Aku cuma mahu share perasaan aku sementara aku masih bernafas..

Kita memang tak akan faham seseorang selagi kita tak tempatkan diri kita ditempatnya..

Mendengar dan memahami adalah dua perkara yang berbeza..

Kita seringkali tak mendengar serta tak memahami tentang apa jua permasalahan dan

Cuba untuk membuat konklusi tentang sesuatu..

Pernah tengok cerita Patch Adams?? Hmmm.. kalu belum better tengok cerita tu..

Cerita tu mengajar kita something iaitu nilai kemanusiaan yang tinggi dan pengorbanan..

Kemahiran mendengar merupakan kelemahan orang Malaysia
dimana mereka suka jump to conclusion atas sesuatu isu yang terjadi..

Tengok cerita tu dan fahamkan mengapa aku cakap kita perlu mendengar dengan teliti..

Mendengar dari kata hati dan bukan setakat mendengar apa yang diperkatakan..

Hmmm… apapun aku rasa aku memang susah orang nak fahami..

Dan dengan sebab itulah kalau tiada apa yang perlu aku buat aku rehatkan diri aku..

Mungkin untuk sementara waktu.. atau..

Entahlah.. hidup dah jadi semakin singkat agaknya dan aku masih tak punya apa..

Yang dapat membawa namaku serta mendoakan aku dihari selanjutnya…

Hmmmmmm…..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin