Sunday, 11 December 2011

Hari ini Hari Ahad.. Esok Selangor cuti.. Aduuuhhh...

Tatkala aku menaip ni tenagaku aku rasakan hanya tinggal separuh sahaja lagi sebelum aku ‘pengsan’ sementara untuk menyampai ke hari yang baru..

Padahal hari ini bukanlah aku lalui kehidupan yang sesibuk semalam dan hari sebelumnya iaitu Jumaat.

Jumaat lalu sebaik selesai tugasku aku bergegas ke Balakong untuk menziarahi kedua ibu bapaku dan juga ketiga-tiga anak buahku yang berada disana. Oh ya.. isteriku tidak bekerja hari tersebut sebab mengambil cuti gantian menyebabkan aku terus sahaja ke rumah ibu bapaku tanpa perlu berhenti di Hentian Komuter Serdang. Sebaik tiba, Ameer dan Areef yang juga baru selamat ‘Masuk Jawi’ pada minggu lepas kelihatan amat girang sebaik melihatku di pintu pagar rumah ibu bapaku.. ‘Nenek.. PakNgah datang..’ jerit Ameer dan Areef kepada ibuku yang berada di kebun belakang rumah.. Tangan ibu dan bapaku ku kucup dan seterusnya sambil bersembang-sembang dan menjamah hidangan sate yang kakakku beli di kajang sebentar tadi. Kebiasaannya tanpa sate, ibuku seakan faham dan akan memasak sup ayam kegemaranku setiap kali aku kesana. Setelah agak lama aku pun beransur pulang memandangkan malam itu malam NOS dan aku akan bergerak awal untuk ke Petronas Tesco Ampang..

Setelah tiba dirumah dan menyiapkan diri aku keluar semula dan menuju ke tapak NOS. Di NOS malam itu kelibat rakan-rakan lama Kenarianz muncul kembali.. Setelah selesai makan-makan di Warung Brader Atan jam pun dah menunjukkan jam 12.10minit tengah malam aku bergerak pula ke AU3 untuk satu urusan penting disana.. Urusanku selesai pada jam 4 pagi di AU3 dan perlahan-lahan aku gagahkan memandu The Red1 kesayanganku untuk pulang kerumah. Dekat pukul 5 pagi jugak baru aku lelapkan mata.. dan dengan itu selesailah urusanku pada hari jumaat itu..

Kadang-kadang aku terfikir, aku ni penat sebab aku ni dah makin berumur atau penat sebab terlalu banyak kerja atau yang paling aku takut, aku penat sebab buat yang tak sepatutnya aku buat.. Sebab itulah pada setiap hari aku telah rancang aku akan selesaikan 2 atau 3 perkara penting didalam kerjaku sebelum aku boleh bersenang-senang dihadapan Lap Top untuk melayan internet dan sebagainya.. Tetapi memandangkan kerja dibahagian Procurement kadangkala memerlukan kita bergaul dengan BiG Shot membuatkan apa yang kita rancang dipermulaan hari sering terbabas disebabkan adjustment masa yang perlu dilakukan untuk mengikuti masa Big Shot tersebut.. Sebelum korang salah faham, Big Shot yang aku maksudkan ialah Pengurus-pengurus kanan ditempat kerjaku.. oklah.. Kita lupakan sementara tentang kesibukkan aku di opis..

Entah mengapa aku kerap….



Sampai ke ayat ini tiba-tiba fikiran aku jadi kosong.. hmmm.. aku tiba-tiba Blur…. Aku perlukan rehat…. Nanti la aku sambung dilain masa ya… Sambil rasa tak puas hati sebab aku tak habiskan entri aku ni apa kata korang layan lagu dari DEWA 19 ini..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin