serius shit emosi aku sangat2 tak stabil sekarang..
entah mengapa..
tapi yang aku tahu ada banyak penyebab..
Satu....
faktor umur yg makin kurang nih..
betul orang cakap, makin berumur makin sensitif..
kadang2 sebab kecik je dengan orang umah pun aku mula kecik hati..
nak dimarah aku tak suka nak marah2 sebab kalau aku marah kadang2 aku tak dapat kawal..
so cara terbaik aku diamkan je diri atau aku tidur...
Dua....
aku ni bukan ada banyak sangat hobi atau kegemaran..
even orang suka tengok bola aku tukar channel lain..
hobi aku hanyalah pada benda beroda empat tu..
ni dah masuk seminggu The Red 1 dalam bengkel..
barang yang kucari untuk menggantikan barang yang rosak pada The Red 1 pulak malam ni baru nak pi tengok atau beli dengan supplier..
barang satu hal, The Red 2 pulak memang dah direhatkan sementara menunggu dana untuk direvamp pada hujung tahun ni.. so maknanya aku patah kaki...
keta ada 2 tapi dua-dua dah masuk ICU.. so yang parahnya aku..
terpaksalah merempat menagih kasih orang untuk meminjam kereta..
nasib baik dan rezeki murah dapatlah aku kereta.. Alhamdulillah..
terima kasih banyak kepada si pemberi pinjam kereta..
bersyukur banyak aku kerana diberi pinjam kereta..
jasamu hanya Allah yang dapat membalasnya..
Ketiga....
salah satu lagi penyebab emosi aku terganggu ialah bila disebut hal zuriat..
entahlah.. sampai bila aku pun tak pasti..
mungkin ni balasan dosa2 aku dulu2..
mungkin ni dugaan dariNya kepadaku
mungkin ni cabaran pada tahap kesabaranku suami isteri..
mungkin ini sahajalah rezekiku..
mungkin ini semua yang membuat aku menjadi lebih tabah..
mungkin inilah segalanya..
mungkin...
mungkin..
mungkin..
entahlah....
memang mudah untuk bercakap..
memang mudah untuk menasihat..
tapi bila kena pada batang hidung aku sendiri kadang2 aku sendiri tewas..
jauh sekali mempersoal kekuasaanNya..
aku terima seadanya keadaanku
cuma kadang2 aku manusia biasa ni sering tewas dengan perasaanku sendiri..
nak mengadu..
dengan siapa?
aku tak boleh bercerita dengan isteriku kerana kelak keputusannya lebih parah..
so lebih baik aku pendamkan dan tidur..
entahlah..
Keempat....
begini agaknya rasa bila apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan..
begini agaknya rasa bila lain yang kita suruh, lain pula yang dibuatnya..
begini agaknya rasa bila apa yang kita rancang tidak berjalan ikut sepatutnya..
ni semua membuat aku kadang2 berfikir dan merenung kembali..
entah mana silapnya dan segalanya membuatkan emosi aku terganggu..
Kelima....
aku nak cerita lagi tapi...
emosi aku tangah tak stabil..
so lebih baik aku rest dulu .. menyedut oksigen..
bukan lama... 6 - 7 minit je
namun mencukupi membuatku tenang seketika...
sementara waktu...
No comments:
Post a Comment