Wednesday, 5 August 2009

keretapi oh keretapi...

klik utk melihat imej lebih besar..

oleh kerana ramai yang x dapat melihat imej yang ingin aku perkatakan maka aku dah up load semula gambar dalam entri sebelum ini dengan saiz yang lebih besar.. apa yang best sangat dengan keretapi ni?? x de apa yang best pun sebenarnya.. cuma keretapi merupakan salah satu pengangkutan darat yang terawal wujud di Malaysia atau Tanah Melayu suatu masa dahulu. sebab tu nama Keretapi Tanah Melayu masih dikekalkan sehingga sekarang oleh pengendali kenderaan tersebut sehingga kini. hmm.. pengalaman aku naik keretapi ni agak banyak kali jugak sebenarnya:-

1. Masa kecik2 dulu abah aku askar so keretapi ni mcm kenderaan utama gak selain trak askar bagi tujuan perpindahan ataupun "posting" ke merata negeri. biasalah.. askar kan dapat 'waran' keretapi so naik keretapi ni dah agak kerap dalam kehidupan aku masa kecik dulu. tu pun sebelum abah ada kereta sendiri la..

2. Kali pertama aku naik keretapi tanpa orang tua aku ialah selepas aku SPM tahun 1989 dulu. masa tu aku pernah mohon utk Pegawai Kadet. aku bersemangat nak pegi temuduga Pegawai Kadet krn masa form 4 dan form 5 dulu aku join kadet tentera kat sekolah aku iaitu Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. lagi satu mungkin sbb darah pejuang yg ada dlm darah aku ni kot.. selepas dapat surat urusan seri paduka baginda dengan waran tiket keretapi untuk ke pulau pinang maka aku x lepaskan peluang tersebut. kem sungai ara.. aku ingat lagi kem tu.. sampai2 je di stesen keretapi butterworth terus trak askar dah tunggu kat situ dan kami terus dibawa ke kem tersebut. dekat seminggu gak la kena belasah kena henyak, kena lari bertime, kena lari berhalangan, kena makan nasi kawah kem punya, mandi dlm suasana kem, semuanya ikut time, member2 siap menyanyi lagu sejati (wings) masa tu top giler.. kena attend kelas malam (best woo askar buleh isap rokok dalam kelas..), kena jalani ujian kepimpinan, temuduga awal dan temuduga akhir.. syukur alhamdulillah aku berjaya sehingga keperingkat temuduga akhir. namun rezekiku bukan ke situ maka setelah dapat result x lama tu maka aku teruskan dengan life aku dengan cara lain.. menyesal?? x de la.. apa lak nak menyesal.. dah x de rezeki kan...

3. Kali kedua aku naik keretapi sendirian ialah masa aku dapat belajar kat Politeknik Ungku Omar Ipoh.. aku ditawarkan pinjaman JPA dan masatu diaorg nak tandatangan org tua aku dengan kadar yg agak segera, maka nak x nak aku pun redah naik Keretapi Mel.. Korang tahu ke apa tu Keretapi Mel?? x tahu?? best woooo... hahahaa... best apekebendanya.. dah la berhenti2 kat hampir semua stesen yang ada di sepanjang rel keretapi nak ke KL tu.. pastu x de tempat duduk sebab penuh mcm bas mini, malam2 pun penuh?? heran aku..... aku mcm x percaya je.. dari ipoh dah penuh giler, jangan kata nak duduk kat kerusi, nak duduk kat lantai pun x de tempat.. dekat pintu?? cheh.. Don't dream la... tah sampai mana tah memula tu aku dapat la space untuk duduk atas lantai.. bersyukur giler dah tu.. dapat la selelap dua atas lantai tu sebelum sampai manatah at last aku dapat la duduk atas kerusi.. tobat aku sampai sekarang ni tobat nak naik Keretapi Mel dah..

4. Kali ketiga aku merasa naik keretapi ni pulak time tu dah keja.. tahun 1994 kalu aku x silap.. aku dan beberapa orang yang aku ketuai diarahkan untuk berkursus di Singapura.. Time tu aku dah bertunang dengan wife aku sekarang ni la.. so peluang lead group untuk training di singapore ni agak mengujakan jugak pengalamannya.. Dah keja musti la naik kelas yang best skit.. Masa tu Kelas dua.. naik dari Stesen Keretapi KL selepas isyak, dapat la tempat tidur jenis mcm double decker.. keretapi tu di kenali dengan nama Ekspress Singapura kalu aku x silap sbb dia akan terus masuk ke singapura selepas turunkan penumpang yang nak turun kat Johor Bahru. Kastam akan bagi form untuk dikepilkan dengan passport dan hanya di Stesen Keretapi Tanjong Pagar dalam atau ujung singapore sahaja barulah kami akan diperiksa serta di copkan passport.. (sistem ni unik skit sbb tanah kat ujung singapore tu masih milik Malaysia suatu masa dahulu) abis seminggu training kat Yokogawa Singapore aku masuk Johor Bahru sbb nak antar 1st group yang aku lead ni dan nak jemput group kedua pulak serta bawak masuk dalam singapura balik.. so total aku ada kat dalam singapura tu adalah dua minggu gak la.. disebabkan masa pegi dah naik keretapi, konon muak la.. so time balik aku dgn kawan2 aku decide nak naik Bas Ekspress "Executive Coach" MARA tu.. (Satu2nya syarikat pengendali bas ekspress Eksekutif time tu..) memang berbaloi la masa tu.. gempak woo turun kat depan Medan MARA semua org duk tengok... hahaha..

5. Pengalaman seterusnya naik keretapi ialah time aku honeymoon dgn wife aku ke Langkawi.. Maka kami pun naik la Ekspress Langkawi.. Sama gak. Bertolak malam dan sampai awal pagi kat Stesen Keretapi manatah kat Perlis.. Yang aku tahu dekat2 Kuala Perlis la masa tu.. best gak pegi jalan jauh2 naik keretapi ni sebab boleh rilek giler siap tido2 lagi.. tahu2 je dah sampai.. yg kurang bestnya ialah makanan yg dijual kat Cafe dalam keretapi tu agak mahal la skit.. tu je kot.

Pengalaman lain aku naik keretapi?? hmmm.... apa ek?? Komuter dgn LRT Putra je la.. hehe.. Komuter ni masih boleh dikelaskan sebagai keretapi sbb jalan pun kat rel keretapi cuma berkuasa elektrik dari company aku keja.. ERL?? boleh gak la dikelaskan sebagai keretapi sbb masih wujud rel berbentuk mcm rel keretapi.. LRT ni x kot sebab dia x de tayar mcm keretapi.. Tu sebab dulu2 orang buat lawak keretapi lambat sebab nak pam tayar dulu atau pun kerja pam tayar keretapi.. (X ke lawak bodoh kan dulu2??) hahaha..

Apapun itu hanyalah serba sedikit pengalaman aku dengan keretapi didalam kehidupan aku.. dah aku pun budak laki2, masa kecik2 dulu abah pernah belikan aku set keretapi yg ada rel berbentuk no 8 tu.. huhu.. hmmm.. ni kat bawah si serba sedikit yg aku dh buat research pasal KTM dan Komuter ni..

The Class 81 is the first type of electric multiple unit introduced by Keretapi Tanah Melayu on its KTM Komuter services. 18 sets were built by Jenbacher Transport in 3-car formations.
The cars have features that resemble passenger carriages on existing intercity services, such as single-leaf doors, luggage racks and traverse seating.


The Class 82 is a type of electric multiple unit operated by Keretapi Tanah Melayu on its KTM Komuter services. 22 sets were built by Union Carriage and Wagon of South Africa in 3-car formations.


The Class 83 is a type of electric multiple unit operated by Keretapi Tanah Melayu on its KTM Komuter services. 22 sets were built by Hyundai and Marubeni of South Korea and Japan respectively, in 3-car formations.


One of the earliest locomotive used by KTM. Now stored at Muzium Selangor.


YDM

Ini mungkin keretapi yg aku nampak dan snap gambarnya aritu, memandangkan gambar ni diambil di stesen keretapi Kuala Lipis..

Blue Tiger


Dalian Meranti


YDM


A few interesting link

http://www.keretapi.com/links.html

http://www.timlight.uni.cc/

http://mfrna.tripod.com/cl20125.htm

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin