Friday, 7 August 2009

Abdul Rahman aka PoPo telah pergi buat selamanya..


Salam..

Tak tahu bagaimana nak aku ceritakan perasaan aku pada masa ini.. Kucing yang paling aku sayang telah pergi buat selamanya selepas waktu maghrib tadi.. Tiada perkataan yang dapat aku ucapkan, tiada kata-kata yang aku mampu katakan, hanya perasaan sedih yang menyelubungi diriku ketika ini..

Kini dia pergi buat selama-lamanya dan aku tidak akan dengar lagi suaranya menyahut panggilanku setiap kali aku memanggilnya. Tidak akan ada lagi kucing yang akan baring disebelahku ketika aku menonton TV atau melayari internet, tidak akan ada lagi kelibatnya yang setia menunggu aku suami isteri pulang kerumah setiap petang atau kelibatnya yang setia menunggu isteriku memasak didapur atau kelibatnya yang menunggu di tembok antara ruang tamu dan dapur..

Aku redha dengan pemergiannya.. Aku tahu Allah lebih sayangkan dia… Sebelum ini pun Allah telah memanjangkan umurnya untuk menemani kami suami isteri walaupun dia pernah jatuh dari tingkat atas ke bawah ketika kecil dan dia masih panjang umur selepas kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal pada wajahnya dimana rahangnya telah beralih dari kedudukan asal, kelopak mata kanannya tidak boleh rapat dan lelangitnya koyak akibat kemalangan tersebut. Usaha kami suami isteri menghantarnya ke Vet berhampiran telah menampakkan hasil walaupun wajahnya tidak pulih seperti dahulu. Sebulan lebih dia di vet tersebut sementara lukanya pulih dan baik sebelum aku dan isteriku mengambilnya semula. Namun setelah peristiwa tersebut dia seolah-olah faham dan seperti berterima kasih dengan menjadi kucing yang paling mendengar kata dan tidak banyak kerenah..

Cuma aku sedikit terkilan kerana sewaktu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir tadi aku tiada disisinya……………………………………………………………………...

Allah Maha kuasa……


Abdul Rahman aka PoPo dalam kenangan.. inilah gambar terakhir yang aku ambil ketika dia sedang tidur 2 minggu yang lalu..

2 comments:

Gent Creative Photography said...

hmm..sabar la bang..
sy paham perasaan abg & isteri skang sbb sy jugak seorang pembela kucing..

memang kucing ni dah jadik sebahagian dari family kalo dah duduk lama dgn kita..

sy sendiri pon dah sampai panggil kucing2 ni adik sy..

popo akan balas jasa abg & kakak di akhirat nanti..bersabar la ye..

Asmade Salam said...

thanks gent sbb faham..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin