Hari ini pada 13 tahun yang lalu..
telah termeterai satu ikatan
yang tidak mungkin dipisahkan melainkan jodoh serta ketentuan dari Allah S.W.T
telah bersatunya dua hati
berjanji sehidup semati
walau buruk atau baiknya salah seorang dari kami
ikatan ini tetap akan kami jaga
kami belai..
kami pupuk..
dan kami semai didalam hati sanubari kami....
dia yang ku kenali dua tahun sebelum itu
menerima seadanya diriku
begitu juga aku menerimanya seadanya
cabaran dan dugaan semasa bercinta
itulah yang menguatkan lagi hubungan kami..
dia yang ku cinta
dia yang ku kasih
dia yang ku sayang
dia jodohku buat selamanya....
percintaan itu satu ujian
percintaan itu satu percubaan
percintaan itu untuk pembelajaran
percintaan itu pembuka segalanya
hidup dan bercinta di tahun 90'an tidaklah semudah sekarang
tiada handphone untuk mendengar suaranya
tiada blog untuk menyatukan kami
tiada friendster untuk mengenali hati budinya
tiada face book untuk ber"mafia war" dengannya
tiada twitter untuk dia follow aku atau aku mem"follow"nya
atau ber Yahoo Messenger dengannya
malah tiada broad band 3G zaman itu untuk berinternet
yang ada hanyalah talian TM bodoh yg agak cekap untuk kami berbual andai kerinduan
jodoh dan ketentuan adalah kuasa Allah S.W.T
begitu juga dengan rezeki kurniaan Allah
walau tanpa kurniaan Allah tersebut
kasihku padanya tidak pernah luntur
sayangku padanya tidak pernah padam
cintaku padanya tidak mungkin hilang
dan biarlah kami teruskan hidup kami bahagia hingga ke akhir hayat
itulah doaku setiap kali selesai solat....
bohonglah jika ku kata kami tidak pernah berselisih pendapat
tidak pernah bertengkar
tidak pernah meninggikan suara
pernah....
semuanya telah kami lalui..
semuanya telah kami tempoh..
semuanya telah kami selesaikan
semuanya telah kami hadapi...
Alhamdulillah.. syukur padamu Ya Allah....
kesabaran..
mengalah..
berfikiran terbuka..
mengkaji balik punca pertengkaran..
mengingati semula saat2 manis bercinta..
merenungi semula saat2 mula bercinta
berdiam diri
memaafkan..
meminta maaf..
merendah diri dan
mengutamakan...
dan yang paling penting sekali ialah...
percaya..
itulah formula kami..
tiada yang special..
tiada yang istimewa..
namun itulah rahsia kami berumahtangga selama ini
Ya Allah Ya tuhanku..
doaku padamu sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke 13 ini..
satukanlah.. bahagiakanlah dan biarlah kami sehidup semati sampai bila2..
hanya itu pintaku....

2 comments:
:-)
;-) huhu...
Post a Comment