tinggal beberapa hari sahaja lagi..
hmmm..
ingat lagi bila setiap tahun aku akan mengingati balik apa sumbangan serta kesalahan yang aku telah lakukan sepanjang setahun yang telah berlalu..
rasanya banyak dan aku hampir tidak dapat mengingati kesemuanya..
apapun, umurku semakin berkurangan setahun lagi..
kepada yang aku telah bantu serta melakukan kebaikkan kepadanya...
ikhlas.. aku bantu kerana Allah dan tidak harap apa-apa balasan..
kepada yang aku telah lakukan something yang menyakiti hati serta kesalahan terhadapnya..
Demi Allah aku tak berniat demikian dan setulus hati aku ingin meminta maaf..
"Sorry seems to be the hardest word"
ya mungkin bagi sesetengah orang mengucapkan maaf itu terlalu sangat sukar..
entahlah.. bagiku itu sudah jadi suatu kemestian..
dah kita buat salah, maka minta maaf je lah..
orang tersebut memaafkan atau tidak bukanlah persoalannya..
sekurang-kurangnya kita telah done our part..
buang ego jauh-jauh bila nak minta maaf kerana keikhlasan sangat penting semasa meminta maaf..
tujuan aku meminta maaf pun kerana aku rasa aku mungkin ada melakukan kesalahan tanpa aku sedar..
mungkin juga salah faham semata..
mungkin juga kerana aku yang terlalu sibuk..
hmmmm..
tak mengapalah...
hanya Allah yang Maha mengetahui segalanya..
aku tetap aku seperti dulu...
membantu orang lain setakat yang aku mampu..
perkembangan semasa..
nothing interesting being done actually..
cuma aku dan standby barang-barang untuk facelift The Red 1
kasi dia tukar muka sikit..
al maklumlah.. keta dah darjah 3 punya umur...
sekali sekala kita bagi facelift muka dia supaya lebih ceria..
nak bawak pun bertambah selera..
bila tu?? Soonest that it could be..
InsyaAllah kalau dah siap facelift baru kat blog ni akan dipaparkan pertukaran tersebut..
lain-lain??
alhamdulillah jika setahun lalu semasa hari lahir aku aku dah register untuk ke tanah suci..
tahun ni semuanya dah cukup..
hanya tunggu masa dan timing yang sesuai..
dan bila kita nak buat sesuatu maka berbondong-bondonglah perkara lain yang menjelma..
lately semangat nak berBIG Bike tetiba semakin hangat..
rakan rakan seusia mencadangkan pelbagai jenis BIG Bike..
daripada Fat Boy HD, hingga ke Kawa GTR, Kawa Versys, Kawa Z1000, Yama ZRX dan bermacam lagi model..
aku pulak yang semakin pening..
mungkin dengan penjelasan beberapa orang rakan akan membuat pilihanku semakin jelas.. InsyaAllah..
hmmm..
aku sambung lagi lain kali kalau umurku panjang..
amin.....
2 comments:
Happy birthday in advance.... yeayyy...
wahhhh nak ada new baby ehhh.. boleh kakak Faqihah tumpang wak pusing stesen
InsyaAllah... hehe..
Post a Comment