samada secara sedar ataupun tidak..
pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk meluahkan perasaan
perasaan yang pelbagai..
marah, sedih, gembira dan sebagainya..
dalam masa yang sama samada sedar mahupun tidak..
kita sering meluahkannya tanpa mengira sensitiviti orang lain..
yang aku maksudkan disini ialah cara kita meluahkan perasaan marah kita..
terutamanya di laman sosial atau dimana sahaja..
cuba bayangkan seorang yang pada zahirnya kita lihat baik dan sentiasa tenang,
tetapi bila marahnya dia mencarut-carut..
memaki hamun, mengucapkan perkataan yang tidak sepatutnya dan pelbagai lagi..
cuba bayangkan ianya diucapkan oleh seorang yang sentiasa berkopiah ataupun bertudung..
dan yang lebih baik lagi nama yang dipaparkan dilaman sosial bermula dengan Haji atau Hajjah...
tak terasa bersalah ke bila kita mencarut dengan imej kita yang amat bertentangan??
bercakap kotor ataupun menggunakan perkataan kotor sedikit sebanyak melambangkan peribadi kita..
sampai bila la kita nak jadi begitu??
berubahlah..
jangan sampai kita tak sempat berubah..
sebab hidup kita ni sangat singkat..

No comments:
Post a Comment