Saturday, 8 September 2012

Stylus Galaxy Noteku Hilang selama 3 jam...



Perkara yang paling ditakuti oleh pengguna Phone atau Smartphone iaitu kehilangan gadget telah berlaku padaku awal pagi tadi..

Seperti biasa setiap Jumaat malam, perjumpaan kelab atau Kenarianz gelarkan NOS (Nes O Session) berlangsung malam tadi..

Setelah puas berborak serta bersembang, aku ambil keputusan untuk beransur terlebih dahulu dari Petronas TTDI untuk berjumpa kawanku di AU2 Keramat.

Jam ketika itu sudah menunjukkan 12.30 tgh malam, aku singgah jap di bilik mesyuarat Stesen BHP disebelah Petronas TTDI dan ketika itu jugalah terjadi kejadian yang paling ditakuti iaitu Smartphoneku terjatuh.. Kawasan sekitar agak gelap dan setelah kulihat tiada apa2 kerosakkan besar terjadi (calar sikit je) padanya aku meneruskan hajat di bilik mesyuarat tersebut..

Tanpa syak apa2 kehilangan terjadi aku meneruskan perjalanan ke AU2 Keramat menggunakan GPS Smartphoneku Sygic untuk ke lokasi memandangkan hari dah jauh malam dan aku x tahu laluan terdekat untuk kesana. Syukur Sygic banyak membantu dalam perjalananku kerana route yang aku lalui penuh dengan simpang serta exit jalan yang aku tak pernah lalu sebelum ini.

Untuk makluman inilah handphone atau smartphone ku yang pertama yang bernilai lebih dari RM1k++. Ia juga merupakan smartphoneku yang Pertama. SAMSUNG Galaxy Note ini merupakan smartphone yang menjadi idamanku sejak ia dilancarkan hampir 2 tahun yang lalu.. Selain saiz, function yang pelbagai serta keserasiannya membuatkan aku mengidamkannya sejak itu.. Syukur Alhamdulillah, sedikit rezeki dari Allah serta harga terbaik yang aku perolehi berbanding dengan kedai-kedai serta penjual handphone yang aku risik maka pada penghujung Mei aku ambil keputusan untuk meminangnya bersempena dengan hari lahirku yang hampir tiba.. kira ni Besday present aku la ni.. nak tunggu orang bagi.. hehe... lupakan je lah...

Aku bukanlah berasal dari keluarga berada dan pengalaman hidup yang lalu membuatkan aku sayang dengan semua benda milikku terutama yang aku beli sendiri dengan titik peluhku.. yang orang bagi pun aku sayang jugak sebab ianya dah jadi milik aku.. hehe..

Berbalik dengan perjalanan tengah malam aku tadi.. setelah sampai di lokasi dan berjumpa dengan sahabatku, ketika jam menunjukkan pukul 3 pagi aku bergerak balik ke Bangi.. Driving tengah malam atau awal pagi sangat enjoy dan relax sebab merata jalan lengang. X sampai setengah jam aku pun sampai dirumah..


Ketika aku nak mandi tiba-tiba aku teringatkan Noteku dan nak tengok balik keseriusan calar yang tidak seberapa itulah aku terperasan ada satu lubang besar iaitu lubang untuk Stylus.. Ya Allah.. mana perginya Stylus atau S Pen aku ni? Terus kepala menerewang teringatkan kes terjatuh tadi di BHP TTDI.... Split Second aku ambik keputusan untuk mencuba rezekiku dan start kereta terus aku arahkan keretaku ke arah TTDI...

Sepanjang perjalanan aku terfikir rasional atau tidak tindakan aku dengan jarak serta nilai stylus tersebut dipasaran..

Pertama kalau aku gerak esok untuk mencarinya hari dah siang so kemungkinan besar ramai orang akan terjumpanya..
Kedua nilai stylus Ori OEM di pasaran adalah sekitar RM100
Ketiga stylus lain dah nak kena keluar duit lagi
Keempat Usaha Doa dan Tawakkal adalah prinsipku


untuk pengetahuan korang pembaca semua.. Stylus Galaxy Note adalah jenis Capacitive Stylus.. Ni baca kat sini..

Stylus

The Galaxy Note includes a stylus which Samsung calls the "S Pen". The stylus tucks into the bottom panel of the phone and can be used in a variety of apps. It can simply replace the use of a finger in situations where precision is needed, but it is also equipped with a "shift" button, which when pressed enables other functions such as grabbing screenshots (which can then be drawn on using the stylus) or for writing sticky notes with drawing/handwriting, text input, and pictures. The stylus and screen are coordinated using a Wacom digitiser system which results in accurate pressure-sensitive input.[19]

Samsung released in late November 2011 an SDK (software development kit) for the stylus so developers can write third-party apps that use it for input.[20] Android 4.0 "Ice Cream Sandwich", the OS version released after the introduction of the Galaxy Note, also includes support for stylus input.[21]

Personal Digital Assistant (PDA) devices in the 1990s used the stylus as a primary input method. Many other touchscreen smartphones in the 2000s also included styluses, although the Galaxy Note is notable in that it has a capacitive touchscreen and a stylus, where as traditionally styluses could only be supported on pressure sensitive resistive touchscreens. The Galaxy Note stylus implementation has been described as high quality.[22]


perjalanan setengah jam membuatkan aku sedikit cuak bilamana aku menghampiri stesen BHP tersebut aku terlihat kelibat kereta park ditempat stylus tersebut dijangka hilang..
ketika bersebelahan dari jauh aku terlerasan sesuatu dan kelibatnya adalah menyerupai apa yang aku sedang mencari...

YaAllah.. aku bersyukur... memang sah stylus aku yang terjatuh tadi masih ditempat yang sama aku jangkakan ianya hilang... Tak berlengah lagi aku park kereta bersebelahan kereta tersebut dan terus ambil stylus tersebut. aku cucuk stylus tu kat tempat yang selayaknya ia berada dan terus aku memandu pulang ke rumah.. setibanya dirumah jam dah menunjukkan jam 4.30 pagi.. selesai mandi serta membersihkan diri aku rehat sementara menunggu azan subuh... selepas itu.... zzzzzzzzzzzzzzzzzz......



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin