Friday, 6 July 2012

Apa yang terjadi ketika bangun tidur..

pernahkah kita bangun satu pagi dan tiba-tiba kita teringatkan orang lain yang sudah lama kita tidak berjumpa??
pernahkah kita bangun tidur dan teringatkan mimpi kita berjumpa seseorang yang sudah lama kita lost contact??
pernahkah mimpi itu berlaku sehingga 3 kali walaupun bukan berturut??
pernahkah kita bangun tidur dan telinga kita terngiang-ngiang satu lagu yang kita pernah dengar suatu masa dahulu??
pernahkah kita bangun tidur dan kita teringatkan satu kejadian yang pernah menyentuh kita suatu masa dahulu??
pernahkah kita bangun tidur dan kita tak ingat apa yang telah terjadi pada semalam hari??

hmmmm... mungkin ada antara kita yang pernah mengalaminya..
walaupun mimpi merupakan mainan tidur namun setiap mimpi yang baik merupakan satu petanda..
petanda mahupun disebabkan perasaan kita yang disentuh dengan kuat menyebabkan ianya terpahat kemas didalam memori kita..
aku banyak memori yang suka dan duka namun untuk aku ceritakan disini mungkin 3 hari pun tak habis..
maka lebih baik aku pendamkan sahaja..
apa yang aku nyatakan diatas tadi adalah sesuatu yang aku pernah mengalaminya..
adalah sesuatu yang tidak menyenangkan hati apabila aku bangun tidur didalam keadaan diatas..
sebabnya.. ianya akan mempengaruhi emosiku sepanjang hari..
biarpun senyuman terpancar namun apa yang berada didalam hati hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Entahlah.. mungkin ini semua balasan..
mungkin ini semua peringatan
dan mungkin juga sebagai pengajaran

Being a 40 years old man membuat aku bertambah cool, cool down dan juga makin beremosi..
Biar tak seperti dahulu yang gemar menunjukkan emosi, sekarang emosi lebih banyak tersimpan dan tersembunyi..

Banyak perubahan telah berlaku bersesuaian dengan umur yang sebegini..
perubahan yang lebih terarah kearah kebaikan..
cuma satu dua lagi yang akan aku usahakan untuk terus membuangnya..

kerana.. nafasku ini entah sampai bila..
mungkin esok, mungkin lusa..
apapun aku meminta maaf kepada kalian semua..
atas apa sahaja kesalahan diriku..

maafkan aku semua....



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin