"Sometimes you have to forget what's gone,Appreciate what still remains,and look forward to what's coming next"
Saturday, 5 May 2012
Kalau kita ikhlas pasti balasannya ada...
aku bukan boleh dengar orang tak sihat.. aku mula rasa susah hati lebih-lebih lagi kalau ahli keluarga aku sendiri. petang rabu dapat sms dari kakakku mengatakan abah sakit mata.. mula-mula dapat sms hati terdetik jugak, ish.. abah ni macam mana agaknya ya keadaannya.. aku baru sahaja menziarahi abah dan mak sabtu sebelumnya.. alhamdulillah kedua-duanya sihat hari sabtu lalu.. lepas dapat sms tu terus aku call abah dan ternyata beliau memang dalam kesakitan.. nak bukak mata pun susah.. terus lepas habis kerja sebelah petang tu aku ke Az-Zahrah dan An-Nur untuk tanyakan mereka bilakah Pakar Mata ada.. malangnya petang tadi adalah masa untuk Pakar Mata.. masa appointment lain hanyalah hari Jumaat.. Argghhh.. lagi la aku bertambah susah hati.. aku buat panggilan kembali kepada kakakku bertanyakan kepadanya mengenai keadaan itu.. beliau suggest pergi ke Hospital berhadapan Giant Cheras ataupun ke Hospital Pakar Kampung Baru aka Hospital Pakar Al-Islam.. panggilan dibuat dan appointment diatur.. Alhamdulillah ada Pakar Mata untuk Hari berikutnya iaitu hari khamis..
maka selepas menghantar isteriku pagi khamis tu ke tempat kerjanya di PJ aku patah balik ke Balakong untuk menjemput abah dan mak.. pagi tu nak dijadikan cerita aku terbangun agak lewat dan jawapannya trafik jem yang agak cermerlanglah yang aku terpaksa tempuh.. sepanjang pemanduan dan menempuh jem aku hanya mampu berdoa dan bersabar.. doaku semoga Allah memudahkan urusanku untuk menghantar abah ke Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru tersebut, ditambahkan pula temujanji adalah pada pukul 9 pagi.. aku bertambah gelisah, susah hati dan panik.. nak bawak laju jem merata tempat dan lokasi.. setelah hantar isteriku jam pada The Red1 menunjukkan pukul 7.45 pagi.. sambil memandu aku terus berdoa agar aku cepat sampai ke balakong dan seterusnya dipermudahkan pemanduanku untuk ke Kampung Baru melalui MRR2 dan masuk SMART Tunnel potong ke Jalan Ampang..
Allah maha adil dan mengujiku sekali lagi.. betul aku sampai ke rumah abah pukul 7.58 pagi dan mengikut perkiraan aku hanya ada masa selama sejam untuk ke Kampung Baru dari balakong.. Sampai sahaja ke Exit MRR2 masuk ke Terowong SMART.. ujiannya adalah Terowong SMART tersebut ditutup kerana operasi mengalirkan air hujan sedang berlaku.. nak tak nak aku pun exit la ke jalan atas terowong SMART.. macam biasa, kalau dah Terowong SMART tutup apa yg jadi?? MasyaAllah.. jalan jem sepanjang jalan selari dengan TUDM Sg.Besi tu sampai la ke jalan Chan Sow Lin.. tanpa putus asa aku terus memandu dan berdoa agar Allah permudahkan juga urusanku.. semacam ada satu keajaiban semasa aku memandu.. bukanlah kereta aku boleh terbang.. tak usah dok mengarut.. apa yang aku rasa ialah walaupun jalan jem sepanjang jalan, namun aku terasa lapang dada dan jem tersebut macam tetiba sahaja bertukar menjadi lancar.. bayangkanlah ya.. sepanjang jalan dari balakong - mrr2 nak EXIT dari MINES yang memang terkenal dengan jem - menghala ke Exit MRR2 ke Terowong SMART - Jalan bersebelahan TUDM Sg.Besi - ke jalan Chan Sow Lin - Jalan Ampang - susur Kampung Baru - Stadium Hoki - Masjid Kg.Baru - Hospital Pakar Al-Islam aku sampai tepat jam 8.55 pagi.. mungkin juga atas niat dan tujuanku yang murni nak hantar abah ke Pakar Mata di situ Allah makbulkan.. kereta aku yang bertransmisi manual lalu kat jem langsung tak buat hal dan rasa macam pick up semacam.. kalau kita driving kat jem sepatutnta dah nak tercabut kepala lutut ya dak?? ini aku rasa sungguh senang, lancar dan cepat sampai..
betul atau tidak, percaya mahupun tidak itulah kenyataannya.. Allah membantu makhluknya.. aku terasa syukur sangat selepas itu.. waktu balik jalan menghala ke selatan dah tak jem sangat dan bolehlah aku meluncur laju dan tenang hantar abah dan mak kembali ke balakong.. dah settle semua sempatlah aku masuk bertugas semula.. kansel cuti EL Full Day. terus amik Half Day pagi je.. next appointment abah ialah hari selasa depan.. abah kena radang mata rupanya.. patutlah dia cakap sakit semacam.. apa yang aku dapat ringkaskan ialah betapa bersyukurnya aku dapat membantu abah dan mak serta membalas jasa mereka kepadaku sewaktu kecil dahulu.. biarpun tak banyak namun aku cukup puas hati kerana tugas aku walaupun sekecil itu dihargai dan dibantu olehNya.. Syukur padamu Ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segalanya.. Jasa & pengorbanan mak abah mmg tak dapat dibalas sepenuhnya.. kita sebagai anak yg harus hargainya.. Amin..
Post a Comment